BTC USD 84,364.2 Gold USD 4,147.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

drone perancis ditembak jatuh

is mengaku menembak jatuh pesawat tanpa juruterbang di sempadan syria dan turki. Pesawat tersebut milik perancis di bandar manbij

121613_zpsbsogjcxe.jpg
 
Menteri minta rakyat miskin berdiet dicemuh

BALI - INDONESIA. Gara-gara ingin bergurau, akhirnya memakan diri apabila niat berseloroh Menteri Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Puan Maharani dicemuh rakyat Indonesia, lapor Merdeka.com.

Maharani sebelum ini berjenaka meminta rakyat miskin berdiet dan tidak makan terlalu banyak ketika menghadiri majlis menyalurkan bantuan beras kepada penduduk miskin di Bali baru-baru ini.

"Jangan makan terlalu banyak, tidak apa kalau diet sedikit," katanya lapor media tempatan Indonesia.

Menurut masyarakat Indonesia, Maharani tidak memahami perasaan rakyat miskin kerana dia lahir dalam keluarga yang kaya.

"Maharani dia tidak pernah merasa susah kerana beliau anak orang kaya, kalau dia pernah merasai kesusahan sudah pasti dia tidak meminta orang miskin berdiet dan mengurangkan makan," kata Desmond J Mahesa.

image11_zpsi4mhgecd.jpg
 
Proses autonomi di selatan Filipina buntu

MANILA: Pegawai kerajaan Filipina mendedahkan Kongres negara itu kesuntukan masa untuk meluluskan satu undang-undang autonomi Islam di bawah pentadbiran presiden semasa, sekali gus mencetuskan kebimbangan yang kebuntuan itu akan menyebabkan puak gerila melancarkan serangan. Senator dan Ahli Dewan Perwakilan hanya mempunyai tempoh sehingga hari ini untuk membahaskan undang-undang itu sebelum mereka memulakan cuti tiga bulan bermula akhir minggu ini.

Undang-undang yang lama tertangguh itu adalah asas perjanjian damai yang dimeterai kumpulan pemberontak terbesar Islam di selatan Filipina dan tempoh pemerintahan Presiden Beningno Aquino III bakal berakhir Jun ini. Seramai 44 komando polis maut dalam pertempuran yang membabitkan sebahagian gerila awal tahun lalu ternyata menjejaskan kelulusan rang undang-undang autonomi seperti yang digariskan perjanjian damai pada 2014. - AP


manival.transformed_zps6lufc3of.jpg
 
Polis Dubai tak mahu lelong kereta mewah

Dubai: Seorang warga Amerika Syarikat yang tidak dikenali menawarkan Dh6 juta (RM6.88 juta) untuk membeli sebuah kereta mewah edisi terhad, Enzo Ferrari yang berada dalam tahanan polis di sini sejak hampir enam tahun lalu.

Namun, tawaran itu ditolak kerana kenderaan itu dikehendaki Polis Antarabangsa (Interpol), kata ketua polis trafik Dubai.

Kolonel Saif Al Mazroui menggambarkan kenderaan mewah itu sebagai ‘ciptaan terbaik’ dan berkata, ia menarik perhatian ramai pembeli yang mencari kereta mewah.

“Seorang warga Amerika Syarikat menawarkan Dh6 juta untuk membelinya, tetapi kami tidak akan menjual atau melelongnya kerana ia masih di bawah pertikaian undang-undang.

“Kereta itu benar-benar hasil rekaan terbaik dan hanya 300 dihasilkan oleh syarikat itu. Beberapa orang menawar untuk membelinya dan beberapa lagi hanya bertanya mengenainya,” katanya.

Kereta Ferrari itu dilengkapi enjin 12 silinder dan dinamakan sempena pengasas syarikat itu, Enzo Ferrari.

Ia direka pereka terkenal dari Jepun, Ken Okuyama. - Agensi


03hmrafe.jpg.transformed_zpsnmkxdyd3.jpg
 
hadis 1 tentang jihad

Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ya, Rasulullah! Kami lihat jihad itu adalah amal yang paling utama. Apakah kami tidak boleh ikut berjihad?" Jawab Nabi, "Tidak! Jihad yang paling utama ialah haji yang mabrur (yang diterima Allah swt.)."

Hadis Bukhari
 
hadis 2 tentang jihad

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tuhan menjamin bahawa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar (berjihad), semata-mata berjihad untuk jalan (agama) Allah dan kerana membenarkan perintahNya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga, atau mengembalikannya ke tempat kediamannya semula dengan mendapat pahala dan rampasan".

Hadis Bukhari
 
hadis 3 tentang jihad

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perumpamaan orang yang berjihad dalam agama Allah (dan Tuhan mengetahui orang yang berjihad dalam agamaNya), seumpama orang puasa yang mengerjakan solat. Tuhan menjamin kemenangan bagi orang yang berjihad dalam agamaNya; kalau dia gugur Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya pulang dalam keadaan selamat serta mendapat pahala dan rampasan".

Hadis Bukhari
 
hadis 4 tentang jihad

Dari Zaid bin Tsabit r.a., kalanya: Rasulullah s.a.w. menyuruh menuliskan kepada saya firman Tuhan yang ertinya: "Tiada sama orang yang duduk (tidak turut berperang) dengan orang yang berjihad (berperang) di jalan Allah". Kata Anas: Maka datanglah Ibnu Ummi Maktum ketika beliau menuliskan kepada saya. Lalu ia berkata: "Hai Rasulullah! Kalau sekiranya saya sanggup berjihad (berperang), nescaya saya akan turut berperang". Dia seorang laki-laki yang buta. Lalu Tuhan menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w. sedang peha beliau di atas peha saya. Maka terasa amat berat bagi saya, sehingga saya khuatir peha saya akan pecah. Kemudian wahyu selesai. Tuhan menurunkan ayat yang ertinya: "Selain orang yang mempunyai cacat".

Hadis Bukhari
 
hadis 5 tentang jihad

Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya, mengerjakan solat, dan puasa dalam bulan Ramadan, adalah kewajiban Tuhan memasukkannya ke dalam syurga, baikpun ia berjihad dalam agama Allah atau tetap tinggal di negeri kelahirannya". Orang banyak bertanya: "Apakah tidak baik tuan gembirakan manusia dengan yang demikian itu'!"

Beliau menjawab: "Sesungguhnya dalam syurga ada seratus darjat (tingkatan). Tuhan menyediakannya untuk orang-orang yang berjihad dalam agamaNya, jarak antara satu darjat dengan yang di atasnya bagai antara langit dan bumi. Jikalau kamu bermohon pada Tuhan, mohonkanlah beroleh Firdaus..Sesungguhnya Firdaus itulah yang paling baik dan paling tinggi darjatnya yang pernah diperlihatkan kepada saya. Di atasnya 'Arsy Tuhan, dan di situ mengalir sungai-sungai syurga".

Hadis Bukhari
 
hadis 6 tentang jihad

Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Seorang laki-laki datang menghadap Nabi s.a.w., lalu mohon izin kepada beliau untuk berjihad (perang). Beliau bertanya: "Apakah ibu bapa engkau masih hidup?" Jawabnya: "Masih!" Beliau bersabda: "Maka berjihadlah mengurus kedua orang tua itu.".

Hadis Bukhari
 
Back
Top
Log in Register