BTC USD 84,993.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Kumpulan Boko Haram bakar budak hidup-hidup

DALORI - NIGERIA. Seorang mangsa yang terselamat mendakwa dia melihat pelampau kumpulan Boko Haram membakar sebuah pondok dan mendengar jeritan kanak-kanak yang berada di dalam pondok berkenaan dalam serangan yang turut mengorbankan 86 yang lain.

Menurut mangsa yang terselamat serta tentera yang berada di lokasi kejadian berkata, puluhan mayat dengan kesan tembakan dan letupan bergelimpangan di jalan-jalan dalam serangan pada malam Sabtu di sebuah perkampungan di Dalori dan dua kem berdekatan yang menempatkan 25,000 pelarian.

Tembakan dan kebakaran serta letupan dari tiga pengebom berani mati berterusan selama hampir empat jam di kawasan yang tidak dilindungi, menurut mangsa yang terselamat Alamin Bakura yang dipetik AP.

Keganasan berterusan dengan tiga pengebom berani mati wanita meletupkan perkampungan Gamori dan membunuh ramai orang, menurut tentera yang berada di tempat kejadian yang enggan namanya didedahkan.

Sementara itu, menurut penyelaras Agensi Pengurusan Kecemasan Nasional, Mohammed Kanar berkata 86 mayat dikumpulkan manakala 62 penduduk menerima rawatan akibat terbakar.

Kumpulan Boko Haram menyerang sasaran yang mudah, pertambahan pengebom berani mati sejak tahun lepas selepas diusir keluar dari bandar dan kampung di Timut Laut Nigeria.


imageaa_zpsaylkv25q.jpg
 
Iran mahu buka semula laluan penerbangan ke AS

TEHRAN - IRAN. Iran sedang bercadang untuk membuka semula laluan penerbangan ke Amerika Syarikat (AS), yang terhenti sejak meletusnya Revolusi Islam pada 1979.

Menurut laporan EPA, perbincangan kearah itu sedang giat dijalankan buat waktu sekarang.

"Organisasi Penerbangan awam Iran sedang berbincang mengenai laluan penerbangan antara Iran dan AS.

"Penerbangan setiap hari ke New York berlaku sebelum Revolusi Islam, dan diharapkan penerbangan itu dibuka semula dalam waktu terdekat ini," kata Ketua Penerbangan Iran, Farhad Parvaresh.


image1_zpsllg6nu0r.jpg
 
Malala mahu rayu dana pendidikan

LONDON - BRITAIN. Penerima Hadiah Nobel, Malala Yousafzai akan mengemukakan rayuan kepada pemimpin dunia untuk memberi sumbangan sebanyak AS$1.4 bilion (RM5.82 bilion) bagi tabung pendidikan pelarian Syria.

Menurut laporan Tabung Malala, kira-kira 700,000 kanak-kanak Syria yang tinggal di kem pelarian di Jordan, Lubnan dan beberapa buah negara Timur Tengah kini tidak bersekolah.

“Saya telah bertemu dengan kebanyakan daripada mereka. Mereka beranggapan tidak mempunyai peluang langsung untuk ke sekolah. Kita masih boleh membantu mereka dengan menyediakan sekolah dan bantuan lain. Ini adalah satu-satunya jalan untuk melindungi masa depan Syria, ” katanya.

Pemimpin daripada beberapa buah negara bakal menghadiri Persidangan Menyokong Syria dan Rantau Arab yang dijangka berlangsung di London pada Khamis ini bertujuan mengumpul dana untuk bantuan kemanusiaan di Syria. - Reuters


image2_zpslnemeh0q.jpg
 
Saudi tawar ganjaran RM7.74j

RIYADH - ARAB SAUDI. Kerajaan Arab Saudi menawarkan ganjaran sebanyak AS$1.86 juta (RM7.74 juta) kepada mana-mana individu yang membantu kerajaan menggagalkan serangan ganas di negara itu.

Kelmarin, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan kerajaan juga menawarkan AS$266,000 (RM1.1 juta) kepada individu yang mendedahkan maklumat lokasi persembunyian pengganas.

Pengumuman itu dibuat selepas kementerian tersebut membongkar identiti suspek terlibat dalam insiden pengeboman masjid yang turut meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa di bandar Abha, wilayah Asir pada 6 Ogos lalu.

Difahamkan, seramai dua suspek telah diberkas dan pihak berkuasa kini sedang memburu sembilan lagi individu selain turut menawarkan ganjaran AS$1.33 juta (RM5.53 juta) kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penangkapan mereka. - al-Arabiya


image3_zps0z9mhqcx.jpg
 
Ban larang Israel tembak rakyat Palestin

PBB: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon memberitahu Israel supaya "jangan tembak penyampai" (rakyat Palestin) ketika beliau memperbaharui kritikan berhubung penjajahan "memalukan" Israel ke atas wilayah Palestin. Ban dalam satu ruangan pendapat diterbitkan akhbar New York Times, berkata Israel tidak boleh terus "mengecam setiap kritikan berniat baik" mengenai dasarnya dan beliau "hanya bercakap perkara yang benar."

"Rakyat Palestin, terutama golongan muda, semakin hilang harapan dalam apa yang mereka lihat sebagai penjajahan kejam, memalukan dan tiada henti," katanya dalam ruangan editorial ditulis di laman web akhbar itu lewat kelmarin. Katanya, pada masa sama, Israel sedang pulih daripada serangan hampir setiap hari dan "hilang arah" untuk mengadakan satu perjanjian damai. "Masanya sudah tiba untuk rakyat Israel, Palestin dan masyarakat antarabangsa membaca tulisan pada dinding: status quo tidak dapat dipertahankan," tulisnya.

Tulisan itu adalah pandangan terbaru daripada Ketua PBB itu mengenai proses damai Israel-Palestin, yang menemui jalan buntu sejak misi damai dibantu Amerika Syarikat yang runtuh pada April 2014. Diplomat PBB berkata, secara peribadi, Ban meningkatkan tekanan untuk cuba menghidupkan semula rundingan damai sebelum berundur daripada jawatannya akhir tahun ini.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu minggu lalu menuduh Ban "menggalakkan keganasan" selepas mengatakan beliau memahami mengapa rakyat Palestin menentang pemerintahan tentera Israel. Ban berkata, beliau "bimbang bahawa kita mencapai satu titik di mana penyelesaian dua negara tidak akan berlaku" dan "terganggu". - AFP

02ban.transformed_zpseemi132v.jpg
 
40 akan didakwa kes kren Makkah tumbang

MANAMA: Dokumen membabitkan 40 suspek dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah sudah dirujuk pendakwa raya untuk pendakwaan. Sumber memberitahu akhbar harian Arab, Al Watan 30 suspek adalah pengarah, juruteknik dan ketua projek di syarikat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pelebaran masjid manakala 10 suspek adalah kakitangan sektor awam.

Bagaimanapun, sumber berkata lebih banyak nama mungkin dimasukkan ke dalam senarai kerana siasatan masih diteruskan. Menurut akhbar itu, siasatan awal terhadap beberapa suspek bermula di bandar Jeddah dua bulan lalu. Dalam kejadian itu, 107 jemaah terbunuh dan 238 cedera selepas sebuah kren tumbang pada September. Raja Salman Bin Abdul Aziz memerintahkan keluarga mangsa dibayar satu juta riyal (RM1.1 juta) sebagai pampasan.

Beliau turut memerintahkan satu juta riyal (RM1.1 juta) diberikan kepada keluarga mangsa yang mengalami kecederaan kekal. Pembayaran sebanyak 500,000 riyal (RM556,000) juga diumumkan bagi mangsa yang cedera. - Agensi

02kren.transformed_zpsdhllnsxq.jpg
 
Racun rakan baik

Jakarta: Polis menamakan Jessica Kumala Wongso sebagai suspek pembunuhan rakan baiknya sendiri, Wayan Mirna Salihin yang mati tidak lama selepas meminum secawan kopi beracun di sebuah kafe, di sini pada 6 Januari lalu.

Jessica yang minum semeja dengan Mirna dan seorang lagi rakan yang dikenali sebagai Hani ditahan kelmarin di sebuah hotel di Jakarta Utara.

“Jessica ditahan selepas kami memutuskan dia sebagai suspek kes ini,” kata pengarah jabatan jenayah polis Jakarta, Krishna Murti.

Sejak kematian Mirna, polis memfokuskan siasatan terhadap Jessica termasuk menggeledah rumah dan menyoal siasatnya beberapa kali.

Pembantu rumah Jessica yang dipercayai membuang seluar yang dipakai wanita itu ketika di restoran turut disoal siasat.

“Dia kini disoal siasat sebagai suspek,” kata Krishna.

Krishna berkata, Jessica memberi keterangan yang meragukan dan tidak konsisten ketika disoal siasat sebagai saksi sebelum ini.

Menurutnya, Jessica didakwa mengikut Artikel 340 Kanun Jenayah kerana melakukan pembunuhan terancang.

“Jessica boleh mengambil peguam bela, sekiranya dia tidak mampu kami boleh menyediakan bantuan guaman kepadanya,” tambahnya.

Mirna meninggal dunia tidak lama selepas meminum kopi dipesan Jessica yang terlebih dahulu datang ke kafe berkenaan.

Ujian makmal mendapati kopi berkenaan mengandungi racun sianida yang tinggi.

Sehingga kini motif pembunuhan itu masih belum diketahui.


02hmmirna.jpg.transformed_zpsqompbmlc.jpg


Mirna
 
Pengebom sasar balai polis

Kabul: Seorang pengebom berani mati Taliban semalam menyerang balai polis di pusat bandar Kabul, menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan terkorban hanya beberapa hari menjelang perbincangan yang diharap dapat memulakan semula usaha rundingan damai dengan kumpulan itu.

Puluhan orang cedera dalam kejadian bom di pintu masuk balai itu dengan beberapa mayat serta puing terbakar berteraburan.

Menteri dalam negeri pada mulanya melaporkan serangan itu sebagai bom kereta, tetapi kemudian berkata, penyerang itu sebenarnya berjalan kaki dan meletupkan dirinya di barisan orang yang beratur untuk memasuki balai berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohammad Ayoub Salangi berkata di Twitter: “10 orang dilaporkan terbunuh dan 20 lain cedera dalam serangan berani mati di dataran Deh Mazang, Kabul.

“Kebanyakan mangsa orang awam.”

Jurucakap polis Kabul, Basir Mujahid kemudian mengesahkan jumlah kematian sebenar sembilan orang dengan sekurang-kurangnya 12 orang termasuk seorang wanita cedera.

Kementerian kesihatan berkata, beberapa mangsa parah akibat terkena serpihan pada dada dan kini dalam keadaan kritikal.

Serangan berlaku beberapa hari sebelum pusingan ketiga perbincangan membabitkan empat negara yang berusaha mewujudkan asas rundingan antara Kabul dengan Taliban.

Wakil dari Afghanistan, Pakistan, China dan Amerika Syarikat dijadualkan bertemu di Islamabad pada 6 Februari ini untuk berbincang bagi menamatkan pemberontakan 14 tahun Taliban. - AFP


02hmgirls.transformed_zpslugssvso.jpg
 
Padah 'berangan' askar

Riyadh: Seorang pekerja dobi tidak menyangka tindakannya mengambil selfie sambil berpakaian tentera pelanggannya menyebabkannya ditangkap.

Pekerja yang dipercayai berasal dari India atau Pakistan itu ditahan sehari selepas memuat naik gambarnya di media sosial dengan berpakaian tentera.

Media tempatan melaporkan, polis berjaya mengesan dobi tempatnya bekerja di timur Arab Saudi dan terus membawanya ke balai polis.

Jurucakap polis Leftenan Kolonel Ziad Al Rugaiti berkata: “Dia ditangkap kerana memakai pakaian seragam tentera pelanggannya, selain turut memakai baju-baju lain.” - Agensi


02hmpos_cropped.transformed_zpsohwwrvhe.jpg
 
18 askar iraq terbunuh

is telah lancarkan serangan meletupkan diri di utara ramadi ,Iraq menyebabkan 18 askar iraq terkorban.


05939da8c714453a90c5665e2bec7d4c_18_zps3kv6exou.jpg
 
Back
Top
Log in Register