BTC USD 84,364.2 Gold USD 4,140.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Jet pejuang Rusia ceroboh Turki

ANKARA – TURKI. Jet pejuang SU-34 milik Rusia didakwa telah menceroboh ruang udara Turki kata Kementerian Luar Negeri Turki, kelmarin, lapor Al Jazeera.

Kedutaan Rusia di Turki dikatakan telah dipanggil berhubung insiden itu.

Melalui satu kenyataan semalam, kementerian itu berkata, kejadian itu jelas menunjukkan bahawa Rusia mahu ‘menambah’ isu antara kedua negara.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Rusia menyifatkan tuduhan itu sebagai propaganda tidak berasas.

“Tiada satu pun pencabulan di ruang udara Turki yang dilakukan oleh pesawat pejuang Rusia di Syria,” kata jurucakap Rusia, Igor Konashenkov seperti dipetik oleh agensi berita Rusia.

Namun, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bertegas bahawa jet pejuang Rusia telah mencabul ruang udara di negaranya dan memberi amaran terhadap akibat kepada Rusia jika ia berterusan.

“Bukan ruang udara Turki sahaja dicabul tetapi NATO juga.

“Jadi, Nato meneliti situasi ini. Malah NATO telah mengesan insiden ini sebelum kami. Saya ada cuba bercakap dengan Putin (Presiden Rusia, Vladimir Putin) namun dia tidak menghubungi saya kembali melalui telefon,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg menggesa Rusia mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan perkara sama tidak berulang.

“Pesawat pejuang Rusia menceroboh ruang udara Turki semalam walaupun telah diberi amaran beberapa kali oleh pihak berkuasanya.

“Saya menggesa Rusia bertindak dengan bertanggungjawab dan menghormati ruang udara NATO sepenuhnya. Kejadian sebelum ini sudah menunjukkan betapa bahayanya tindakan itu,” katanya.

November lalu, Turki menembak jatuh sebuah pesawat perang Rusia yang merosakkan hubungan kedua-duanya.


image444_zpsydodrcfs.jpg
 
Lebih 1,000 orang awam maut

AMMAN - JORDAN. Angka kematian membabitkan orang awam akibat serangan udara oleh jet Rusia di Syria sejak empat bulan lalu, dilapor mencecah 1,400 orang.

Angka tersebut dikeluarkan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, kelmarin.

Menurut organisasi yang berpangkalan di London itu, serangan terbabit turut membunuh 965 anggota militan IS serta 1,233 pejuang daripada pelbagai kumpulan pemberontak lain.

Rusia memulakan kempen serangan udara besar-besaran di Syria pada 30 September lalu, kononnya sebagai membantu rejim Presiden Bashar al-Assad memerangi pengganas.

Moscow sebelum ini menegaskan ia menyasarkan militan IS tetapi pemberontak dan penduduk menuduh serangan udara Rusia telah menyebabkan beratus-ratus kematian orang awam dalam pengeboman secara rambang di kawasan awam. - Arab News


imagewww_zpsnlvsrd2u.jpg
 
Daish gagal kembangkan ideologi di selatan Thailand, kata pakar

BANGKOK: Cubaan militan Daish untuk menyebarkan ideologi mereka dalam kalangan umat Islam di wilayah selatan Thailand yang mengalami pergolakan, tidak berhasil.

"Setakat ini, tiada bukti menunjukkan mereka berjaya mewujudkan unit seperti pejuang pembebasan di selatan (Thailand). Ia masih kekal sebagai suatu idea," kata seorang pakar mengenai hal ehwal selatan Thailand, Prof Dr Jaran Maluleem.

Beliau memberitahu sebab utama Daish gagal menawan hati dan minda umat Islam ialah kebencian penduduk terhadap kekejaman yang dilakukan mereka.

Selain itu, perjuangan umat Islam Thailand adalah lebih bersifat perjuangan setempat, bukan perjuangan keagamaan, katanya.

Jaran, yang menyandang jawatan profesor sains politik di Thammasat University, Bangkok, berkata usaha Daesh untuk merekrut umat Islam Thailand sebagai anggotanya bermula tahun lepas.

Katanya dalang utama yang memainkan peranan untuk merekrut anggota kumpulan militan itu ialah seorang "tokoh agama" yang sering memberi ceramah untuk menyebarluaskan ajaran Daish.

Kata Jaran lagi: "Saya dimaklumkan bahawa orang itu secara terang-terangan berkata kita perlu mendoakan agar IS (Daish) kembali bangun untuk berperang (dengan imperialisme Barat). Dia ingin menghasut orang ramai supaya memberi sokongan (kepada Daish).

"Dia juga muncul dalam satu program yang disiarkan sebuah stesen televisyen di selatan Thailand."


Pengaruh merosot

Menurut Jaran, pada mulanya, ramai juga yang tertarik kepada Daish, tetapi apabila kumpulan itu sering melakukan kekejaman, terutama terhadap orang awam, pengaruhnya mula merosot.

"Umat Islam di selatan sekali-kali tidak boleh menerima keganasan," katanya.

Jaran, yang pernah menjadi penasihat hal ehwal umat Islam kepada bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, ditemu bual selepas berucap pada seminar bertajuk "Keganasan, dari Paris ke Jakarta" di universiti itu.

Selepas berlakunya peristiwa serangan di Jakarta, yang dipercayai angkara sebuah kumpulan tempatan yang bersekutu dengan Daish dikenali sebagai "Katibah Nusantara", pihak berkuasa Thailand dikatakan bimbang wilayah di selatan Thailand akan menjadi sarang kumpulan pengganas.

Kebimbangan mereka meningkat apabila tersiar laporan yang mendakwa tiga individu, yang disyaki mempunyai hubungan dengan Daesh, mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin agama di Narathiwat akhir tahun lepas.
Media tempatan memetik Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha sebagai berkata beliau meminta pihak berkuasa menyiasat perkara itu.

Menurut media tempatan, sumber perisikan mengenal pasti tiga suspek berkenaan sebagai seorang rakyat Indonesia, seorang rakyat Malaysia dan seorang rakyat Singapura, yang memberi derma kepada sebuah masjid tempatan dan memintanya menyampaikan ajaran Daish kepada pelajar Daish.

Jaran berkata, walaupun Daish menemui kegagalan di wilayah selatan Thailand, namun beliau bimbang kumpulan pengganas itu tidak akan menghentikan cubaannya untuk menyebarkan ideologi sesat mereka

41453202928_pattani_zpsra3qhpna.jpg
 
Militan IS serang makam Syiah, 45 maut

BEIRUT/AMMAN: Sekurang-kurangnya 45 maut, manakala 110 lain cedera dalam serangan militan IS di daerah Sayeda Zeinab, Damsyik, hari ini. Militan IS mendakwa bertanggungjawab melakukan serangan itu, menurut agensi berita yang menyokong militan berkenaan, Amaq.

Ia menyebut, dua operasi mengenai kubu kuat militan Syiah paling penting di Damsyik. Agensi berita kerajaan Syria, SANA memetik sumber kementerian berkata, sekumpulan militan meletupkan bom kereta dekat garaj pengangkutan awam di kawasan Koua Sudah, di kejiranan itu. Dua pengebom bunuh diri kemudian meletupkan diri mereka berhampiran mangsa yang sedang diselamatkan. Sementara itu, Pemantau Hak Asasi Syria (SOHR) mendakwa 60 maut dalam serangan itu, termasuk 25 pejuang Syiah.

Letupan itu berlaku ketika wakil kerajaan Syria dan pembangkang terbahagi mula bersidang di Geneva untuk rundingan damai pertama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam tempoh dua tahun. - AFP

hancurisbuat.transformed_zps8ccs9psp.jpg
 
4 anggota keselamatan Mesir terkorban serangan IS

KAHERAH: Dua polis Mesir dan dua askar terkorban dalam serangan bom di Semenanjung Sinai pada Ahad, lokasi yang sering menjadi sasaran Kumpulan Negara Islam (IS) menyerang pasukan keselamatan.

Pegawai berkata, dalam satu serangan, bom yang diletupkan menggunakan alat kawalan jauh terkena kenderaan polis ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi mencari di Wilayah Rafah, sempadan dengan Semenanjung Gaza menyebabkan dua polis terbunuh. Seorang pegawai polis dan seorang askar turut terbunuh dalam serangan sama di Sheikh Zuwaid, utara Sinai. Tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu tetapi wilayah itu adalah kubu kuat IS. - AP

01bom1.transformed_zps7jozb1qe.jpg
 
Polis dipenjara sebulan muat naik video Messi

DUBAI: Mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas seorang anggota polis kerana memuat naik video mengandungi imej pasport bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi dalam media sosial. Akhbar The Gulf News melaporkan dalam laman webnya bahawa anggota polis itu hanya dikenali sebagai J.J., dikritik terutama kerana "menyalah guna sistem komunikasi." Anggota polis itu mengaku bersalah dan mengakui dia tersilap memuat naik video berkenaan ke aplikasi Snapchat menggunakan telefon pintarnya. Insiden berlaku pada Disember di Lapangan Terbang Dubai, di mana Messi tiba dengan pesawat bagi menghadiri majlis Anugerah Bola Sepak Antarabangsa.

Dia menerima anugerah pemain terbaik. Anggota polis terbabit mahu mengambil gambarnya dengan bintang bola sepak itu tetapi diberitahu Messi berasa letih. "Saya kemudiannya ke tempat kaunter kawalan pasport dan mendapati pasport Messi ada di situ, jadi saya ambil dan merakam video saya memegang pasport itu," kata anggota polis berkenaan. - AFP

02messi.transformed_zpsgquncn9p.jpg
 
Hari Keluarga Masjid Catat Rekod Ikatan Pelikat Terpanjang

SINGAPURA: Lebih 7,000 menghadiri Hari Keluarga Masjid yang pertama diadakan di negara ini melibatkan 69 masjid di Taman Pasir Ris pada Ahad.

Malahan, rantaian manusia mengikat kain pelikat sepanjang 530 meter juga direkodkan pada majlis anjuran Majlis Agama Islam Singapura.

Lebih 500 peserta program terlibat mengikat kain pelikat itu.

Program berkenaan sebagai simbolik untuk merapatkan hubungan antara jemaah semua masjid di negera itu, selain mengiktiraf sumbangan sukarelawan masjid kepada komuniti Islam di ini.

Enam keluarga terpilih menerima Anugerah Keluarga Masjid Contoh kerana sumbangan mereka.

Menteri Penerangan dan Komunikasi, Yaacob Ibrahim yang hadir pada majlis itu berkata, institusi masjid menyumbang kepada kehidupan sosio agama komuniti Islam di Singapura.

Malahan, beliau yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam berkata, institusi masjid itu akan terus membuka pintu tanpa mengira agama dan bangsa.

harimasjid_zpsanmyrbo9.jpg
 
Zika Dikesan Di Indonesia

VIRUS Zika dikesan ketika pasukan penyelidik menjalankan kajian berkaitan demam denggi di sekitar Indonesia.

Institut Molecular Biologi Eijkman berkata, lelaki berusia 27 tahun di Jambi dikesan dijangkiti virus itu.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan didapati tidak pernah melakukan perjalanan ke luar negara.

"Daripada 103 spesimen yang didapati negatif untuk deman denggi sebaliknya satu didapati positif untuk Zika," kata Timbalan Pengarah Institut Eijkman, Herawati Sudoyo kepada AFP.

Sudoyo berkata, sampel berkenaan diambil ketika wabak denggi di Jambi antara Disember 2014 hingga April 2015.

"Penemuan itu membawa kepada kesimpulan virus itu sudah agak lama merebak ke Indonesia," katanya.

Zika dikatakan boleh disebarkan menerusi nyamuk Aedes yang juga boleh mengakibatkan demam denggi dan virus chikungunya.

Ia juga membawa kepada simptom seperti selesema, sakit kepala, lenguh sendi dan ruam.

Virus itu juga dikatakan boleh mengakibatkan kerosakan otak terutama kepada bayi yang baru lahir.

zikaindonesia_zpsm5fh2el1.jpg
 
Aquino mahu usaha damai berterusan

Manila: Presiden Filipina Benigno Aquino mengarahkan usaha khas dilakukan untuk memastikan perjanjian damai dengan kumpulan pemisah Islam dilaksanakan walapun selepas penggal perkhidmatannya berakhir tahun ini.

Pemimpin Kongres berkata, mereka tidak mungkin meluluskan rang undang-undang keamanan dengan kumpulan pemisah di selatan negara itu sebelum tempoh perkhidmatan Aquino berakhir Jun ini.

Jurucakap Aquino, Herminio Coloma memberitahu wartawan di Manila semalam, Presiden Filipina itu mengarahkan rundingan dan mesyuarat diadakan dengan pihak terbabit di samping tindakan sesuai bagi membolehkan proses damai diteruskan.

Aquino sebelum ini berharap Kongres meluluskan rang undang-undang itu bagi membolehkan perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dimeterai.

Namun, tentangan beberapa anggota Kongres melengahkan usaha itu.

Rang undang-undang itu bertujuan menamatkan pemberontakan di Mindanao, pulau di selatan negara itu, yang meragut lebih 100,000 nyawa sejak 1970-an.

Aquino mahu ia diluluskan tahun ini, tetapi usaha itu terjejas ekoran pembunuhan 44 komando polis dalam pertempuran dengan kumpulan pemisah di pulau itu tahun lalu.


01hmmilf.jpg.transformed_zpsukoqq9on.jpg
 
Lelaki bertukar jadi ‘pokok’

DHAKA – Seorang lelaki berusia 25 tahun di sini bertukar menjadi ‘pokok’ selepas kedua-dua tangan dan kakinya ditumbuhi ketuat seperti akar pokok.

Abdul Bajandar yang berasal dari Khulna disahkan menghidap sejenis penyakit ganjil yang dikenali sebagai Epidermodysplasia Verruciformis sejak tujuh tahun lalu.

Penyakit itu yang merupakan sejenis penyakit kulit yang jarang berlaku menyebabkan ketumbuhan ketuat seperti akar dan kulit kayu di sekitar badan akibat jangkitan virus human papillomavirus .

Bagaimanapun, beberapa pakar bedah di Hospital Kolej Perubatan Dhaka kini membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan bagi membuang sebahagian besar ketuatnya jika keadaan kesihatan lelaki itu mengizinkan.

Sebelum ini, seorang lelaki dari Indonesia, Dede Koswara turut dikenali sebagai lelaki pokok kerana memiliki ketuat di bahagian kaki dan tangannya namun dia telah meninggal dunia kelmarin. – Agensi

du_05.1_zps0rc4l3sd.jpg
 
Back
Top
Log in Register