BTC USD 84,713.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

7 maut serangan nekad di Yaman

ADEN: Sekurang-kurangnya tujuh mati dan tujuh yang lain cedera dalam serangan pengebom nekad malam tadi. Ia adalah serangan nekad kedua di bandar kedua Yaman, lapor pasukan perubatan dan keselamatan.

Sumber berkata, serangan itu menyasarkan pos pemeriksaan polis tidak jauh dari tempat serangan pengebom nekad kelmarin yang mengorbankan lapan orang termasuk tentera dan orang ramai, di luar bandar kediaman presiden. Seorang jurucakap hospital mengesahkan tujuh orang terbunuh dalam serangan malam tadi.


Setakat ini tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan terbabit tetapi militan IS mengaku melakukan serangan kelmarin. - AFP

aden30.transformed_zps8sfa4yfi.jpg
 
10 maut serangan pengebom kanak-kanak di Nigeria

KANO: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh apabila seorang pengebom kanak-kanak meletupkan dirinya di pasar di utara Nigeria semalam, pertumpahan darah terbaharu melanda wilayah itu yang dibayangi masalah pengganas, kata saksi. Letupan besar itu dilaporkan kira-kira jam 11.00 tengah hari waktu tempatan di kawasan pasar sesak di Gombi, negeri Adamawa.

Ia adalah serangan paling teruk dalam tempuh tujuh tahun pemberontakan Boko Haram. Seorang peniaga, Mustapha Jalo, berkata beliau mendengar letupan kuat datang dari arah bahagian menjual bijirin yang terletak di pinggir pasar. "Kami bergegas ke tempat kejadian dan mendapati ia adalah pembunuhan beramai-ramai. Kelihatan mayat bergelimpangan.

"Saya boleh katakan lebih 10 orang mati dalam letupan itu tetapi saya tidak boleh memberikan jumlah yang tepat kerana yang cedera juga terlalu ramai," katanya. Letupan itu berlaku selepas serangan tiga pengebom nekad yang membunuh sekurang-kurangnya 14 orang di bandar Chibok, Rabu lalu. Dalam serangan itu penyerang turut menculik lebih daripada 200 orang gadis pada April 2014.

Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari bulan lalu mengisytiharkan rangkaian kumpulan militan IS itu secara 'teknikal' berjaya ditewaskan tetapi masih belum mampu menghentikan serangan bom bunuh diri. - AFP


kano30.transformed_zps7bqf89tx.jpg
 
Sindiket jual ginjal di Indonesia

JAKARTA – Polis sedang menyiasat satu sindiket jual beli organ manusia terutamanya ginjal yang beroperasi di tiga buah hospital termasuk sebuah hospital kerajaan di sini.

Menurut media tempatan, polis mengesahkan terdapat sindiket membeli dan menjual ginjal secara haram dikendalikan oleh beberapa orang awam yang menjadi orang tengah dan diuruskan oleh pegawai perubatan di hospital-hospital tertentu.

Jurucakap Bahagian Siasatan Jenayah Polis Republik Indonesia, Umar Surya Fana dipetik sebagai berkata, setakat ini polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan selain menyiasat pengurusan hospital yang dipercayai terbabit dalam sindiket membeli dan menjual organ manusia itu.

Polis juga sedang menyiasat seorang bekas banduan yang dipercayai menjadi antara peniaga organ manusia.

Beliau berkata, siasatan dilakukan di bawah kesalahan membeli dan menjual organ manusia.

Modus operandi sindiket itu ialah orang tengah akan menerima pesanan organ manusia dari hospital manakala orang tengah itu akan mencari individu daripada golongan miskin yang sanggup menjual organ dalam tubuh mereka demi mendapatkan wang.

Umar berkata, penjual organ itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital-hospital tertentu sebelum melakukan pemindahan organ kepada pesakit yang memerlukannya.

Hasil siasatan awal mendapati individu yang menjual buah pinggang itu dibayar kira-kira S$5,150 (RM15,000) dan organ itu kemudian dijual sehingga mencecah harga S$34,400 (RM100,000) kepada pesakit yang memerlukannya.

Katanya, perbuatan mengambil organ manusia secara sembara*ngan adalah satu kesalahan kerana terdapat undang-undang yang melarang golongan pekerja kasar se*perti buruh dan sebagainya menjadi penderma organ. – Bernama


du_01.1_zpsj0gzmnuz.jpg
 
16 lagi mati kebuluran di Syria -

BEIRUT: Enam belas lagi orang mati kebuluran di bandar Madaya di Syria yang dilanda konflik peperangan sejak bantuan antarabangsa tiba awal bulan ini.

Menurut kenyataan Doctors Without Borders (MSF), berpuluh-puluh lagi penduduk di bandar berkenaan kini berada dalam situasi 'bahaya maut' kerana kekurangan zat makanan yang amat teruk. - AFP

madayaafp.transformed_zps0yauh5im.jpg
 
engapa pula kami perlu mohon maaf?' - Presiden Iran

ROME: Presiden Iran Hassan Rouhani pada Rabu berharap negaranya akan menjalin hubungan baik semula dengan Arab Saudi, namun menolak untuk memohon maaf atas kejadian serangan di kedutaan Arab Saudi di Tehran.

"Kami telah lakukan apa yang perlu, kami telah mengecam insiden serangan itu. Kami juga telah menangkap pihak yang bertanggungjawab," ujarnya mengenai tindakan para penunjuk perasaan pada awal bulan ini berikutan hukuman pancung seorang ulama Syiah, Sheikh Nimr al-Nimr

Tambah Hassan, ia tindakan yang perlu dilakukan, dan Iran telah melakukannya," kata Hassan.

"Mengapa kami perlu mohon maaf? Adakah kerana Nimr al-Nimr dihukum mati? Adakah kami yang perlu minta maaf kerana mereka membunuh rakyat Yemen? Minta maaf kepada mereka kerana mereka menolong pengganas?" Hassan bertanya.

Sambil menyatakan Iran tidak mahu situasi tegang yang berpanjangan dengan Arab Saudi, Hassan menegaskan bahawa tiada justifikasi kepada polisi agresif Riyadh di rantau itu.

"Mereka yang perlu mohon maaf kepada orang Islam, beratus-ratus kali," katanya.

Kerajaan Teluk itu dan beberapa sekutunya memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran selepas insiden serangan pada 2 Januari.
Iran sebelum ini mendedahkan pihak berkuasanya tekah menahan 40 orang di Tehran, dan lagi empat suspek selepas konsulat Arab Saudi dibakar pada 2 Januari lalu.

51444880860_HassanRouhani_zpsbadkcezz.jpg
 
37 lemas bot pendatang karam dekat Turki

AYVACIK (Turki): Pengawal pantai Turki menemui mayat wanita dan kanak-kanak yang dihanyutkan ke pantai selepas sebuah lagi bot pendatang karam ketika cuba menyeberang ke Eropah menyebabkan sekurang-kurangnya 37 maut.

Suasana menyayat hati ketika kematian kanak-kanak Syria, Aylan Kurdi yang dirakamkan jurufoto terdampar di pantai Turki pada September lalu, kejadian pada Sabtu pula menyaksikan mayat kanak-kanak kecil kelihatan di antara mayat yang dihanyutkan ke tepi pantai dekat Bandar Ayvacik di timur laut Wilayah Canakkale. Salah satu gambar AFP menunjukkan kanak-kanak yang mati berseluar gelak dan berbaju biru, dengan mukanya ditutupi sebuah topi. Puting kanak-kanak turut berada di sisi mangsa.

Gambar lain menunjukkan seorang pegawai polis Turki memasukkan jasad seorang kanak-kanak ke dalam beg mayat. Seorang lagi kanak-kanak dijumpai mati di dalam air. Selain itu, jumlah kanak-kanak lain yang turut lemas tidak dapat dipastikan selepas bot membawa mereka dan keluarga mereka sebahagian dari Syria, lain-lainnya dari Afghanistan dan Myanmar karam dekat pantai Turki, berhampiran Pulau Lesbos, Greece.

Sementara itu, kejadian terbaharu itu berlaku pada ketika Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, beliau jangka sebahagian pendatang yang dibawa ke Jerman dari Syria dan Iraq dihantar pulang sebaik keamanan kembali di negara mereka. - AFP


01maut.transformed_zps6titfbzx.jpg
 
Tak mampu beli, kanak-kanak Afghan pakai 'jersi Messi' beg plastik

VIRAL di media sosial rakaman gambar seorang kanak-kanak lelaki yang memakai baju ala-ala jersi bintang bolasepak Argentina, Lionel Messi yang diperbuat daripada beg plastik.

Memetik laporan NDTV, kanak-kanak itu dikenali sebagai Murtaza Ahmadi dan berasal dari wilayah Ghazni, Afghanistan.

Dia dikatakan seorang peminat setia Messi.

Murtaza yang berusia lima tahun itu digambarkan memakai baju berjalur biru dan putih yang diperbuat daripada beg plastik dengan nama serta nombor Messi tertera di belakang 'jersi' berkenaan.

Menurut BCC Trending pula, bapa saudara Murtaza, Azam Ahmadi, yang menetap di Australia mendakwa kanak-kanak itu merupakan anak saudaranya yang tinggal di kawasan luar bandar di daerah Jaghori di wilayah Ghazni.

Azim turut menghubungi bapa kanak-kanak berkenaan, Arif, yang kemudiannya mengesahkan bahawa Murtaza adalah kanak-kanak yang sedang dicari oleh netizen di media sosial.

Reka jersi kerana tidak mampu untuk membeli

Menurut Arif, mereka tidak mampu untuk membeli sehelai jersi pasukan Argentina bagi Murtaza, maka dia bertindak untuk membuat sendiri jersi tersebut dengan menggunakan beg plastik.

“Murtaza benar-benar meminati Messi dan bola sepak.

“Saya hanya seorang petani. Tidak mungkin saya dapat membeli jersi Argentina bagi Murtaza, saya tidak mampu.

“Oleh itu, dia membuat keputusan untuk mereka jersi sendiri dengan menggunakan beg plastik," kata Arif seperti yang dipetik NDTV.

71453877718_Afghanboy_zpsl9erjz6p.png
 
Derita pelarian belum berakhir Jerman, negara EU ketiga timbang ketat polisi suaka -

BERLIN 29 Jan. - Nasib puluhan ribu pelarian dari Syria, Iraq dan Yemen kini menjadi tanda tanya selepas beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) mula mengetatkan polisi pemberian suaka politik ma*sing-masing, dalam usaha untuk menangani krisis kebanjiran pelarian ke Blok tersebut.

Selepas Finland mengikut jejak langkah Sweden untuk menghantar pulang puluhan ribu pelarian ke negara asal mereka, kini Jerman pula dijangka mengambil pendekatan sama secara berperingkat-peringkat.

Naib Canselornya, Sigmar Gabriel berkata, ketika ini, Jerman telah menyenaraikan beberapa negara termasuk Algeria, Maghribi dan Tunisia sebagai ‘negara asal yang selamat’.

Penyenaraian itu sekali gus bermaksud akan mengurangkan peluang rakyat negara-negara tersebut untuk memohon suaka.

“Sebahagian daripada kum*pulan pelarian dan pendatang ini juga akan dihalang daripada membawa masuk ahli keluarga mereka ke negara ini untuk tinggal bersama dalam tempoh dua tahun,” kata Gabriel.

Jerman yang merupakan satu daripada kuasa besar ekonomi Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini menerima kira-kira 1.1 juta pendatang yang kebanyakannya terdiri pela*rian dari Syria.

Sementara itu, Finland yang berdepan masalah hampir sama dengan Sweden dalam menangani kebanjiran pendatang asing ke negara mereka dijangka mengusir dua pertiga daripada 32,000 pencari suaka di negara itu, tahun lepas.

Pengarah Pentadbiran di Kementerian Dalam Negeri Finland, Paivi Nerg memberitahu AFP: “Secara prinsipnya, kita bercakap tentang dua pertiga yang bermaksud 65 peratus daripada mereka (pelarian/pendatang) akan ditolak permohonan suaka.”

Semalam, Menteri Dalam Negeri Sweden, Anders Ygeman berkata, pihaknya akan menghantar pulang kira-kira 80,000 pelarian yang gagal dalam permohonan mendapatkan suaka politik di negara tersebut.–AFP

imagerrr_zpskqwghgmr.jpg
 
'Visit my mosque' day di Britain

England, Sekitar 80 buah masjid akan adakan hari terbuka untuk semua orang. Ini dilakukan untuk elak Islamophobia.Muslim mempunyai 2.7 juta dari penduduk di Britain yang berjumlah 64 juta orang.

0eb991d8d3f14f12a91bd16e840d6db8_18_zpsra973xen.jpg
 
Manusia Akar meninggal dunia

BANDUNG, Indonesia – Seorang lelaki yang digelar Manusia Akar kerana tubuhnya dipenuhi ketuat meninggal dunia di Hospital Hasan Sadikin (RSHS) di sini semalam.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak RSHS mengenai punca kematian Dede Koswara, 52, yang menderita penyakit ganjil epidermodisplasia veruciformis.

“Dia menghembuskan nafas terakhir pukul 3.30 pagi waktu tempatan,” kata jurucakap RSHS, Dr. Nurul Wulanshani.

Dede yang berasal dari Kabupaten Bandung pernah menjalani rawatan bagi membuang ketuat seberat 13.2 kilogram itu beberapa tahun lalu di hospital sama.

Ketuat seperti akar dan kulit pokok itu mula tumbuh di badan Dede ketika dia berumur 15 tahun selepas mengalami luka pada kakinya.

Dalam tempoh 10 tahun, ketuat itu semakin membesar sehingga memaksa Dede berhenti bekerja sebagai nelayan.

Bagi menampung kehidupannya, dia terpaksa menjadi bahan pameran dengan menganggotai pertunjukan manusia pelik.

Seorang pakar kulit dari Universiti Maryland , Anthony Gaspari berkata, Dede dijangkiti sejenis virus, manakala sistem pertahanan tubuhnya gagal berfungsi.

Menurutnya, sistem pertahanan badan yang lemah menyebabkan ke*tuat yang berpunca daripada virus itu tumbuh dan membesar pada badan Dede. – Agensi

du_02.1_zpsuia3kp8w.jpg
 
Back
Top
Log in Register