BTC USD 84,573.8 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Arab Saudi sahkan dana RM2.6 bilion daripada Raja Abdullah -

LONDON 27 Jan. - Arab Saudi mengesahkan dana berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan bantuan kewangan untuk membantu beliau memenangi Pilihan Raya Umum 2013.

Sumber terdekat keluarga diraja Arab Saudi yang enggan dikenali mendedahkan kepada rangkaian BBC, pemberian bantuan kewangan itu sebenarnya daripada Almarhum Raja Abdullah menggunakan wang peribadi dan negara.

Menurut sumber itu, sumbangan tersebut selepas wujud kebimbangan Arab Saudi berhubung penularan pengaruh Pergerakan Ikhwanul Muslimin.

“Tujuan pemberian dana ini sangat mudah, untuk membantu Najib menang besar pada Pilihan Raya 2013 dengan memberi fokus kepada kerja-kerja kempen, memberi tumpuan kepada Sarawak selain pembiayaan program-program lain ketika pilihan raya,” katanya kepada BBC.

Menurutnya, pemberian dana oleh Arab Saudi kepada Najib merupakan perkara biasa dan turut diberikan kepada negara-negara lain.
-

najib_zpsq3khyekm.jpg
 
Israel umum pelan baharu

TEL AVIV - ISRAEL. Kumpulan hak asasi manusia, Peace Now mendakwa Israel mengesahkan rancangan untuk membina lebih 150 penempatan haram di Tebing Barat.

Kelmarin, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit mendedahkan pelan kontroversi itu diterima pakai, minggu lalu.

Difahamkan, langkah itu menandakan pembekuan projek pembangunan ditarik balik secara tidak rasmi di wilayah Palestin yang dikuatkuasakan sejak 18 bulan lalu.

Bulan lalu, Peace Now turut membongkar rancangan jahat Kementerian Perumahan Tel Aviv yang mahu membina 55,548 unit penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, di mana lebih 8,300 daripadanya akan dibangunkan di kawasan strategik, E1 di Baitulmaqdis.

"Kawasan Maale Adumim dan E1 adalah zon paling sensitif yang berpotensi menghalang usaha penyelesaian dua negara kerana projek penempatan haram tersebut akan membahagikan Tebing Barat kepada dua bahagian, utara dan selatan selain memisahkan Baitulmaqdis," jelas jurucakapnya.

Ketika ini, kira-kira 380,000 pendatang Yahudi tinggi di 135 kawasan penempatan haram di Tebing Barang manakala 200,000 lagi berada di Baitulmaqdis Timur. - AFP

image_zpsbzn1exum.jpg
 
44 orang awam maut serangan udara di Syria

Syria: Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh dalam serangan udara dipercayai dilakukan tentera Russia di bahagian utara dan timur Syria yang dikuasai militan Negara Islam (IS).

Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata serangan udara itu mengorbankan 29 orang awam di beberapa perkampungan di timur Wilayah Deir Ezzor dan ibu negeri wilayah itu, manakala 15 orang awam lagi di Bandar Al-Bab, di Wilayah Aleppo di utara. - AFP

homs28a.transformed_zpsfzrzycjn.jpg
 
Penggodam IS Muncul Di Mahkamah AS Selepas Diekstradisi Dari Malaysia

WASHINGTON: Seorang warga Kosovo yang diekstradisi dari Malaysia muncul di mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS) di Vriginia kerana didakwa menggodam data peribadi lebih 1,000 pegawai AS dan menghantar maklumat tersebut kepada kumpulan militan IS di Syria.

Buat pertama kalinya, Ardit Ferizi, 20, muncul secara terbuka di AS pada Rabu sejak diekstradisi dari Malaysia selepsa ditahan pada Oktober menggunakan waran tangkap sementara AS.

Menurut dokumen pendakwaan, Ferizi yang dipercayai ketua sebuah kumpulan penggodam Internet Kosovo, menggodam pelayan komputer sebuah peruncit dalam talian AS dan mencuri maklumat pengenalan peribadi seramai 1,351 anggota tentera AS.

Berdasarkan dokumen pendakwaan tersebut, Ferizi menyediakan senarai maklumat tersebut kepada ahli IS termasuk penggodam Britain, Junaid Hussain.

Mesej menerusi Twitter milik Ferizi digunakan untuk menyebarkan propaganda kumpulan IS.

Pegawai AS menyifatkan kes Ferizi sebagai yang 'pertama seumpamanya' apabila dia ditangkap pada tahun lepas.

Dia antara 79 individu yang didakwa berkaitan jenayah IS dalam tempoh dua tahun lalu.

Jurubahasa Albania dilantik sebelum penampilan keduanya pada Jumaat ini.

Ferizi berdepan hukuman penjara maksimum 35 tahun jika didapati bersalah.

CZxv3lAW0AAqlZc_zpszsbpjgaj.jpg
 
Video dedah kem latihan IS Indonesia di Syria

Jakarta: Satu rakaman video terbaru memaparkan beberapa anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) yang berasal dari Indonesia menjalani latihan di kem mereka di Syria.

Video yang dimuat naik di Internet itu turut menampilkan ketua IS Indonesia, Abu Ibrahim Al Indunisy atau dikenali sebagai Bachrum Syah yang memakai seragam tentera.

Bachrum yang diapit dua pengikut berdiri di hadapan puluhan lelaki yang berwajah penduduk Indonesia.

Dia kemudiannya mengeluarkan arahan kepada pengikutnya untuk bertempur.

Video selama 10 minit itu dipercayai dirakam pada Ogos 2015 di sebuah kem di Raqa, Syria.

Kem itu dipercayai dikhususkan untuk menempatkan militan berasal dari Indonesia dan Malaysia bersama keluarga mereka.

Bachrum dikatakan komander tentera IS yang ingin membangunkan kumpulan militan itu di Asia Tenggara.

Selain Bachrum, seorang pakar komputer Indonesia, Bahrunnaim juga disebut antara anggota IS di Syria yang mahu menyebarkan pengaruh radikal di rantau ini.

IS mengaku melancarkan serangan di Jakarta baru-baru ini yang mengorbankan empat orang awam. - Agensi
-

gambar_zpsx1yvbyat.jpg
 
Salji jejas persekolahan di wilayah utara Arab Saudi

ARAR: Salji yang meliputi sebahagian besar wilayah sempadan utara memaksa pihak berkuasa Arab Saudi, di sini menutup semua sekolah, hari ini.

Presiden Meteorologi dan Alam Sekitar (PME) Arab Saudi, berkata terdapat kemungkinan salji turun di kawasan tanah tinggi Haql disertai gelombang sejuk yang teruk. Menurut PME, suhu rendah dan gelombang sejuk itu dijangka berterusan sehingga Sabtu.

Pertahanan Awam di Wilayah Tabuk sudah menghantar pasukan peronda untuk memberi bantuan kepada penduduk di kawasan terjejas salji. - AGENSI

ok_zpso6iyhptw.jpg
 
Dua suspek militan diberkas

JAKARTA - INDONESIA. Polis antikeganasan Indonesia, Densus 88 memberkas dua lelaki disyaki anggota kumpulan militan IS dalam satu serbuan di pinggir Jakarta, semalam.

Ketua Polis Tangerang Selatan Ayi Supardan berkata, kedua-dua suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan pengganas di Jalan Thamrin pada 14 Januari lalu.

"Suspek diberkas di sebuah rumah di Ciputat.

"Peranan mereka masih belum jelas, namun kedua-duanya disyaki ada kaitan dengan serangan pengganas di tengah Jakarta dua minggu lalu," katanya.

Tambah Ayi lagi, dalam serbuan itu polis turut merampas sebuah laptop yang dipercayai mengandungi data dan maklumat mengenai aktiviti keganasan di Indonesia. - Liputan6

imagess_zpsu4ffskdd.jpg
 
Last edited:
Dua terbunuh serangan bom di masjid

DUBAI - UAE. Dua terbunuh manakala tujuh yang lain cedera dalam serangan bom dan tembakan d sebuah masjid di timur Arab Saudi, Kementerian Dalam Negeri berkata.

Pihak berkuasa Arab Saudi menghalang dua pengebom berani mati untuk memasuki Masjid Imam Rida di kawasan kejiranan Mahasen, wilayah al-Ahsa semasa sembahyang Jumaat, lapor agensi berita Saudi, SPA memetik kenyataan jurucakap kementerian.

" Ketika pengawal keselamatan cuba menghalang mereka, salah seorang penyerang meletupkan diri di pintu masuk masjid berkenaan dan berlaku tembak menembak antara mereka dan pihak berkuasa.

"Seorang lagi penyerang cedera dan ditahan memakai tali pinggang yang mempunyai bahan letupan," kata jurucakap.

imageee_zpsddbcu5iz.jpg
 
Israel musnahkan masjid

BAITULMAQDIS - PALESTIN . Tentera Israel bertindak biadab apabila memusnahkan sebuah masjid di perkampungan Palestin di Gurun Negev untuk kali kedua, bulan ini.

Diiringi jentolak, tentera Zionis merobohkan masjid berkenaan yang terletak di kampung Rakhama pada Khamis.

Awal bulan ini, tentera Yahudi merobohkan masjid sama namun ia dibina semula oleh penduduk tempatan.

"Amat menyedihkan melihat sebuah masjid dimusnahkan.

"Mereka (tentera Israel) yang merobohkan masjid ini sudah tentu tidak mempunyai masalah memusnahkan rumah anak-akan saya kelak," kata seorang penduduk kampung.

Minggu lalu, pihak berkuasa Israel bertindak memusnahkan sebuah perkampungan tradisional puak Badwi di wilayah al-Araqib.

Difahamkan, perkampungan tersebut telah dimusnahkan lebih 90 kali sejak 2010 namun ia dibina semula oleh penduduk Palestin.

Pihak rejim mengklasifikasikan hampir 40 kampung di Gurun Negev sebagai tidak diiktiraf dan perlu dimusnahkan. - Press TV


image_zps7a2ey96o.jpg
 
Belanda sertai serangan udara AS di Syria

HAGUE: Belanda setuju menyertai serangan udara diterajui Amerika Syarikat di Syria dalam perkembangan yang memperluaskan lagi misi sedia ada negara itu di Iraq. Kenyataan pihak berkuasa negara itu, semalam menunjukkan Belanda tunduk kepada permohonan tambahan serangan daripada Amerika Syarikat.

"Dalam usaha memastikan misi memerangi militan IS di Iraq berkesan, keputusan dicapai untuk menjalankan serangan udara ke atas militan IS di timur Syria," kata kenyataan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar negara itu. - AFP

29belanda.transformed_zpsacspmtzh.jpg
 
Back
Top
Log in Register