BTC USD 84,573.8 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

63 orang awam terbunuh

Syria – Serangan terbaharu yang dipercayai dilakukan oleh pesawat tentera Rusia menyebabkan 63 orang awam terbunuh di timur Syria kelmarin.

Serangan tersebut berlaku ketika tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan membina pengkalan udara bagi meningkatkan serangan terhadap kumpulan militan Islamic State (IS).

Sementara itu, beberapa diplomat kanan sedang bersiap sedia untuk menyelesaikan persoalan utama siapa yang akan mewakili pihak pembangkang Syria dalam rundingan penting minggu hadapan bagi menghentikan perang yang berlangsung lebih lima tahun.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, daripada sejumlah besar yang terbunuh di sebuah kampung di bandar Khasham yang dikuasai IS, sembilan daripada mereka ialah kanak-kanak manakala dua lagi wanita.

Kampung tersebut terletak di dalam wilayah Deir Ezzor yang kaya dengan minyak. IS dilaporkan berusaha untuk mara dalam beberapa hari kebelakangan ini walaupun berlaku beberapa siri serangan udara oleh kerajaan Syria dan Rusia.

Serangan yang berlangsung selama seminggu di ibu kota wilayah itu mengakibatkan kira-kira 500 orang maut dan mencetuskan kebimbangan pembunuhan beramai-ramai dalam kalangan 200,000 orang lain yang masih tinggal di situ.

Sementara itu, sumber ketenteraan Syria berkata, kira-kira 100 pakar AS dan kumpulan militan Kurdish Syria hampir menyiapkan lapangan terbang Rmeilan di wilayah Hasakeh.

“Pangkalan udara itu akan digunakan untuk helikopter dan pesawat kargo. Landasannya kini mencapai 2,700 meter panjang dan bersedia untuk digunakan oleh pesawat yang akan membawa peralatan dan bekalan peluru,” kata sumber terbabit. – AFP


du_02.1_zpskvbse6xi.jpg
 
Sheikh Miskeen jatuh ke tangan kerajaan

Daraa, Syria- kerajaan syria berjaya tawan bandar Sheikh Miskeen dari pemberontak.

37fd018400863ff5e30efca5fb5a3ca10b77cf2b_zpshkep8gaq.jpg
 
8 didakwa rosakkan topeng emas firaun

KAHERAH – Lapan kakitangan Muzium Mesir akan berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa membaiki topeng emas Firaun Tutankhamun secara sambil lewa pada bulan Ogos 2014.

Dalam kejadian tersebut, bahagian dagu topeng berusia lebih 3,300 tahun itu rosak ketika sekumpulan kakitangan mengeluarkannya daripada tempat pa*meran untuk membaiki lampu.

Dalam keadaan tergesa-gesa untuk membaiki topeng ber*kenaan, pekerja-pekerja itu dipercayai menggunakan terlalu banyak gam sehingga menyebabkan kerosakan pada barangan antik tersebut.

Jurucakap bahagian pendakwaan, Mohamed Samir berkata, disebabkan kecuaian itu, bekas pengarah muzium dan bekas ke*tua bahagian penyimpanan bersama empat pakar bahagian tersebut serta dua pekerja akan berdepan tindakan disiplin seberapa segera.

Katanya, siasatan mendapati, kelapan-lapan tertuduh itu menyebabkan kecuaian dan secara terang-terangan telah melanggar etika saintifik dan profesionalisme ketika mengendalikan barangan antik tersebut.

“Mereka mengendalikan topeng itu dengan kecuaian yang melampau,” kata Samir.

Semua kakitangan itu telah dipecat selepas insiden berkenaan sementara menunggu hasil siasatan.

Topeng emas seberat 11 kilogram bertatahkan pelbagai batu berlian termasuk permata biru itu merupakan satu daripada barangan antik yang dipamerkan di Muzium Mesir yang turut menempatkan mumia Firaun Ramses II. – AFP

imagefff_zps5jjearmx.jpg
 
Remaja Palestin selamat dikebumi

TEBING BARAT 25 Jan. – Seorang remaja perempuan Palestin yang ditembak mati oleh pasukan ke*selamatan Israel kerana didakwa cuba menikam seorang pengawal keselamatan Israel, selamat dikebumikan di sini.

Portal Mail Online melaporkan, upacara pengebumian Ruqayya Abu Eid diadakan di rumah keluarganya di perkampungan Yatta, selatan Tebing Barat.

Pasukan keselamatan Palestin mengusung mayatnya ke tanah pengebumian, diikuti ahli keluarga dan rakan-rakan yang turut mengibarkan bendera kebangsaan Palestin dan bendera parti Fatah ketika mengiringi perarakan tersebut.

Air mata ibu remaja perem*puan itu, Raida, dapat dilihat ketika jenazahnya disemadikan.

Roqavya didakwa cuba menikam pengawal keselamatan Israel di kawasan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, kelmarin sebelum ditembak mati oleh pengawal terbabit.

Kira-kira 156 penduduk Palestin dan 24 penduduk Israel dipercayai dibunuh akibat keganasan dalam tempoh tiga bulan lalu.

Kebanyakan penduduk Palestin yang mati didakwa kerana cuba melancarkan serangan dan kebanyakan penyerang merupakan golongan muda termasuk remaja.


imageddd_zps2ct3gia8.jpg
 
Kini, tiap hari Palestin menyerang puak Yahudi

UPDATE: 2 Palestinian terrorist stabbed at least 2 Israelis one of them was seriously injured , both terrorist shot


CZk0l2hWQAEzaXm.jpg

CZk0mDcXEAArH_d.jpg

CZk0l8aW0AEpxaJ.jpg

​
 
Bapa biar anak memandu sambil pegang pistol

RIYADH - ARAB SAUDI . Polis Saudi menahan seorang lelaki tempatan selepas sebuah video rakam yang menunjukkan dia membiarkan anaknya yang berusia tujuh tahun memandu kereta dan memegang pistol.

Rakaman tersebut mula tersebar di media sosial mendorong polis menjalankan siasatan dan memburu lelaki berkenaan.

Lelaki berkenaan dikenalpasti dan ditahan di ibu negara Riyadh pada Isnin.

Akhbar berkata, dalam rakaman tersebut kanak-kanak berkenaan dilihat memandu kereta dan memegang pistol sementara bapanya berada di sebelahnya dan mengalakkanya menggunakan senjata.

Akhbar Sabq yang dipetik Emirates 24/7 berkata, polis bertindak memburu lelaki berkenaan selepas netizen melahirkan rasa marah dengan tindakan lelaki berkenaan yang turut dikatakan memuatnaik rakaman itu.

ss_zps0gujo0oj.jpg
 
Penulis wanita Mesir dipenjara 3 tahun, hina ibadah korban

KAHERAH: Seorang penulis wanita tempatan hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menghina Islam selepas mengkritik ibadah korban besar-besaran di negara itu, kata seorang pegawai kehakiman. Tertuduh, Fatima Naoot dibicarakan tahun lalu selepas menulis "Happy Massacre" di laman Facebook miliknya pada Oktober 2014 ketika sambutan Aidiladha.

Sebuah mahkamah di sini hari ini mendapatinya bersalah "menghina Islam" dan menjatuhi hukuman penjara tiga tahun. Dia juga diarah membayar denda 2,000 pound Mesir (RM1,092). "Saya tidak sedih mengenai hukuman itu kerana saya tidak peduli jika dipenjarakan. Saya sedih kerana usaha reformis dibazirkan," katanya kepada AFP. Sementara itu, peguamnya berkata beliau akan merayu hukuman ke atas anak guamnya itu. -AFP

26fatima.transformed_zpsnzwwe7lm.jpg
 
Sembunyi 14 botol arak dalam seluar

Riyadh: Pihak berkuasa kastam Saudi kelmarin menahan seorang lelaki tempatan bersama beberapa botol arak yang disembunyikannya di dalam seluarnya.

Lelaki itu yang identitinya tidak didedahkan ditahan ketika cuba memasuki semula Arab Saudi di tambak Raja Fahd yang menghubungkan negara itu dengan Bahrain.

Dia diarah turun dari keretanya untuk menjalani pemeriksaan selepas pihak berkuasa mendapati dia berkelakuan mencurigakan.

Menurut laporan akhbar Sabq, kastam menemui 14 botol arak yang diikat pada tubuhnya di dalam seluar.

Dalam kejadian lain, kastam Saudi merampas merampas hampir 70,000 botol arak yang disembunyikan di dalam kotak sabun.

Rampasan itu dibuat selepas van yang mendakwa membawa sabun diperiksa ketika cuba memasuki negara itu menerusi pintu sempadan Al-Badaha dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sabq melaporkan, 3,600 botol besar berisi arak dirampas di samping 64,800 botol kecil dan tin bir.

Arab Saudi mengharamkan sama sekali arak dan mereka yang didapati bersalah menyeludupnya boleh dikenakan hukuman penjara yang lama. - Agensi


26hmkohol.jpg.transformed_zpsgkygxjps.jpg
 
Gusti unta popular di Turki

SELCUK, Turki 26 Jan. – Jika di Malaysia, masyarakat tempatan sinonim dengan permainan tradisi menyabung ayam, namun di Turki penduduknya pula menyambut festival gusti unta pada setiap awal tahun.

Menurut portal Mail Online, festival gusti unta sangat terkenal di barat Turki dan perayaan itu dipercayai telah bermula kira-kira 2,400 tahun lalu dalam kalangan penduduk normad Turki.

Menjadi kelaziman pada setiap bulan Januari, bandar Bergama yang terletak di wilayah Izmir dibanjiri dengan penonton yang menyambut Festival Gusti Unta Selcuk.

Dalam acara tersebut, beratus-ratus ekor unta akan dihiasi dengan ‘pakaian’ berwarna-warni sebelum bertarung di gelanggang.

Kebiasaannya setiap pertandingan akan berlangsung tidak lebih daripada 10 minit dan pemenang pertandingan tersebut ditentukan melalui pungutan mata daripada teknik yang ditunjukkan oleh setiap unta.

Kadang-kala ada juga unta yang meninggalkan stadium dan pihak lawan akan dinobatkan sebagai pemenang.

Festival itu turut diserikan dengan perarakan ratu cantik unta dengan diiringi muzik dan tarian.

Bukan sekadar unta dihiasi cantik, malah pemiliknya turut bergaya dengan pakaian tradisi.

Gusti unta juga merupakan satu daripada hiburan paling popular pada hujung minggu bagi ramai penduduk di kawasan pedalaman Turki.


imageeee_zpst1yrppex.jpg
 
Back
Top
Log in Register