BTC USD 85,307.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

tabah ditimpa musibah


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ يَقُولُ قَالَ
رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الاوُلَى

Dari Anas bin Malik r.a. katanya
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Sabar yang bernilai tinggi ialah tabah hati pada permulaan datang musibat"
Hadis sahih riwayat Muslim


china-xinjiang-desert-caravan_zpslmgkjgro.jpg
 
doa ketika ditimpa musibah


عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّهَا قَالَتْ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللَّهُ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا إِلَّا أَخْلَفَ اللَّهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا
قَالَتْ فَلَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ
قُلْتُ أَيُّ الْمُسْلِمِينَ خَيْرٌ مِنْ أَبِي سَلَمَةَ
أَوَّلُ بَيْتٍ هَاجَرَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
ثُمَّ إِنِّي قُلْتُهَا فَأَخْلَفَ اللَّهُ لِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَتْ أَرْسَلَ إِلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
حَاطِبَ بْنَ أَبِي بَلْتَعَةَ يَخْطُبُنِي لَهُ
فَقُلْتُ إِنَّ لِي بِنْتًا وَأَنَا غَيُورٌ
فَقَالَ أَمَّا ابْنَتُهَا فَنَدْعُو اللَّهَ أَنْ يُغْنِيَهَا عَنْهَا وَأَدْعُو اللَّهَ أَنْ يَذْهَبَ بِالْغَيْرَةِ

Dari Ummu Salamah sesungguhnya telah berkata
telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap orang Islam yang ditimpa musibah lalu dia mengucapkan
apa yang diperintahkan Allah iaitu
Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah
Ya Allah ! Berikanlah aku pahala kerana musibah yang kuderitai
dan gantikan yang lebih baik "
Nescaya Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik"
Ummu Salamah berkata : "Setelah Abu Salamah (suaminya) meninggal dunia
saya mengatakan (dalam hati) siapakah orang-orang Islam yang lebih baik
dari Abu Salamah orang pertama yang hijrah bersama keluarganya
kerana (mematuhi) Rasulullah s.a.w. ?
Kemudian saya mengucapkannya sekali lagi. Lalu Allah menggantikannya
dengan Rasulullah s.a.w. . Rasulullah s.a.w. mengutu Hatib bin Abu Baita'ah
meminang saya untuk menjadi isteri beliau.
Saya menjawab, bahawa saya mempunyai seorang anak perempuan
dan saya seorang perempuan yang cemburu.
Beliau menjawab : "Adapun anak perempuannya. Kita doakan
supaya dicukupkan Allah keperluannya dan tidak tergantung keperluannya
kepada ibunya dan aku mendoakan supaya Allah menghilangkan cemburunyamya".
Hadis sahih riwayat Muslim


Desert%20Wallpapers%205_zpsqbuyylpz.jpg
 
dilarang duduk di atas kubur


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صلعم
كأ نْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ
فَتُخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌلَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قُبْرٍ

Dari Abu Hurairah ra katanya :
Bersabda Rasullah saw. bersabda
"Seorang yang duduk di atas bara sampai terbakar pakaiannya dan kulit jasadnya
lebih baik daripada duduk di atas kubur
Hadis sahih riwayat Muslim


desert3_zpsqvyegaay.jpg
 
berkabung kematian suami


عَنْ أُمِّ حَبِيْبَةَ قَالَتْ
قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لايَحِلُّ لا مْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلا خِر
تُحِدُّ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلاثَ
الا عَلَى زَوْجٍ اَرْبَعَةَ اَشْهُرٍ وَعَشْرًا

Dari Ummu Habibah katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Tidak dibolehkan wanita yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat
kerana orang yang meninggal dunia, lebih daripada tiga hari,
kecuali kalau suaminya boleh berkabung selama empat bulan sepuluh hari.
Hadis sahih riwayat Muslim


ferret%20animal%20mars%20curiosity_zpsf3yykbhc.jpg
 
solat jenazah 40 orang


عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ مَاتَ ابْنٌ لَهُ بِقُدَيْدٍ
أَوْ بِعُسْفَانَ فَقَالَ يَاكُرَيْبُ اُنْظُرْ مَا اجْتَمَعَ لَهُ مِنَ النَّاسِ
قَالَ فَخَرَجْتُ فَاِذَا نَاسٌ قَدِ اجْتَمَعُوا لَهُ فَأَخْبَرْتُهُ
فَقَالَ تَقُولُ هُمْ أَرْبَعٌونَ قَالَ نَعَمْ قَالَ أَخْرِجُوهُ
فَاِنِّى سَمِعْتُ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
يَقُولُ مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلا
لا يُشْرِكُونَ بِاللهِ شَيْئًا إِلا شَفَّعُهُمْ اللهُ فِيْهِ

Dari Abdullah bin Abbas r.a. katanya :
"Bahawa seorang anaknya meninggal dunia dikampung Qudid atau 'Usfan
berkata Ibnu Abbas kepada sahayanya : "Hai Kurib!
Perhatikan orang-orang yang berkumpul untuk menyembahyangkan."
KataKurib : "Sayapun keluar , kiranya orang telah banyak berkumpul
lalu kuberitahukan kepadanya " Bertanya Ibnu Abbas :
"Adakah jumlah mereka itu empat puluh orang?
Jawab Kurib : "Ya." Berkata Ibnu Abbas : "Keluarkan jenazah ini,
kerana saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda katanya :
"Tiap-tiap orang Muslim yang meninggal dunia lalu disembahyangkan
oleh empat puluh orang lelaki yang tidak menyekutukan Allah
dengan sesuatu makhluq , nescaya mereka itu akan diizinkan Allah
untuk mensyafaatkannya"
Hadis sahih riwayat Muslim


gpw-200702-48-NASA-STS111-321-24-space-sunset-20020618-Sahara-Desert-medium_zps8jpa2u7w.jpg
 
kematian yang menyenangkan


عَنْ أَبِى قَتَادَةَ بْنِ رِبْعِىٍّ اَنَّهُ كَانَ يُحَدِّث
أَن رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
مُرَّ عَلَيهِ بِجَازَةٍ فَقَالَ مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرِحٌ مِنْهُ
فَقَالَ الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيْحُ مِنْ نَصَبِ الْدُّنْيَا
وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيْحُ مِنْهُ الْعِبَدُ وَالْبِلادُ وَالْشَّجَرُ وَالْدَّوَابُّ

Dari Abu Qatadah bin Ribi' katanya :
"Ketika suatu jenazah lewat dekat Rasulullah s.a.w. beliau berkata :
"Senang dan menyenangkan". Berkata hadirin : "Hai Rasulullah s.a.w.!
Apakah maksud senang dan menyenangkan itu? Jawab beliau :
"Hamba yang mati mu'min senang kerana terlepas dari kelesuan dunia,
dan hamba yang mati fasiq menyenangkan hamba Allah yang masih hidup
menyenangkan negeri, menyenangkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan,
kerana terlepas dari bencananya".
Hadis sahih riwayat Muslim


mars_interior_zpsah6wsgbp.jpg
 
Kubur yang gelap gelita


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة أنَّ أمْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَتْ تَقُمُّ الْمَسْجِدَ
أَوْ شَابًّا فَفَقَدْهَا رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
فَسَأَلَ عَنْهَا أَوْ عَنْهُ فَقَالُوا مَاتَ قَالَ أَفَلا كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِى
قَالَ فَكَأَنَّهُمْ صَغَّرُوا أَمْرَهَا أَوْ أَمْرَهُ فَقَالَ دُلُّونِى عَلَى قَبْرِهِ
فَدَلُّوهُ فَصَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ قَالَ إِنَّ هَذِهِ الْقُبُرَ مَمْلُوءَةٌ ظُلْمَةً
عَلَى أَهْلِهَا وَإِنَّ الله عَزَّوَجَلَّ يُنَوِّرُهَا لَهُمْ بِصَلاتِى عَلَيْهِمْ

Dari Abu Hurairah r.a katanya :
"Bahawa ada seorang perempuan hitam atau seorang pemuda perkerjaannya tukang sapu masjid
pada ketika Rasulullah s.a.w. mencari-carinya, dan ditanya oleh beliau kepada orang-orang.
Jawab mereka itu : "Dia telah meninggal dunia."
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Mengapa kamu tidak memberitahu saya?
Kata Abu Hurairah r.a. : "Seolah-olah mereka itu menganggap kematian soal yang sepi saja"
Bersabda pula Rasulullah s.a.w. : "Tunjukkan kepada saya kuburnya!"
Maka Rasulullah s.a.w. dihantar oleh orang-orang itu, lalu beliau menyembahyangkannya.
Setelah selesai bersabda beliau : "Kubur-kubur ini gelap gelita
moga-moga Allah Azawajalla memberikan cahaya kepada penghuninya dengan solatku"
Hadis sahih riwayat Muslim


mars-crater_zps9gyhhgas.jpg
 
memejamkan mata orang baru meninggal


عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ
دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ فَأَغْمَضَهُ
ثُمَّ قَالَ إِنَّ الرُّوحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ فَضَجَّ نَاسٌ مِنْ أَهْلِهِ
فَقَالَ لاَ تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلاّ بِخَيْرٍ
فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ
ثُمَّ قَالَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِأَبِي سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ
وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ
DAri Ummu Salamah r.a. katanya :
"Masuk Rasulullah s.a.w. ke rumah Abu Salamah ( ketika dia baru meninggal)
pemandangannya melihat ke atas, lalu mata Abu Salamah dipejamkan oleh beliau (s.a.w.)
Kemudian itu beliau (s.a.w.) bersabda :
"Sesungguhnya apabila jiwa itu di ambil, pemandangan mengikutnya ."
Beberapa orang dari keluarga Abu Salamah mereung, lalu beliau (s.a.w.) bersabda
"Janganlah kamu mendoakan dirimu (saudaramu), melainkan permintaan yang baik
kerana malaikat mengaminkan doa kamu!".
Kemudian beliau (s.a.w.) berdoa :
"Ya Allah ampunilah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya
dalam golongan orang-orang yang diberi petunjuk dan gantikanlah
untuk turunannya yang tinggal!
Ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosanya,
Wahai Tuhan seluruh alam!
Lapangkanlah kuburnya dan berilah cahaya terang di dalamnya!."
Hadis sahih riwayat Muslim


marslife_zpslgnqphtz.jpg
 
pandangan mengikut kepergian jiwa


عَنْ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَلَمْ تَرَوْا الْإِنْسَانَ إِذَا مَاتَ شَخَصَ بَصَرُهُ
قَالُوا بَلَى قَالَ فَذَلِكَ حِينَ يَتْبَعُ بَصَرُهُ نَفْسَهُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Bukankah engkau lihat manusia itu, apabila dia meninggal,
pemandangannya melihat ke atas?
Mereka menjawab :"Ya!" Beliau s.a.w. bersabda :
"Hal itu ketika pemandangannya mengikuti jiwanya".
Hadis sahih riwayat Muslim


o-MARS-LADY-facebook_zpsagjs2r9x.jpg
 
larangan meratapi mayat


عَنْ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ قَالَ قَالَتْ أُمُّ سَلَمَةَ
لَمَّا مَاتَ أَبُو سَلَمَةَ قُلْتُ غَرِيبٌ
وَفِي أَرْضِ غُرْبَةٍ لَأَبْكِيَنَّهُ بُكَاءً يُتَحَدَّثُ عَنْهُ
فَكُنْتُ قَدْ تَهَيَّأْتُ لِلْبُكَاءِ عَلَيْهِ إِذْ أَقَبَلَتْ امْرَأَةٌ
مِنْ الصَّعِيدِ تُرِيدُ أَنْ تُسْعِدَنِي فَاسْتَقْبَلَهَا
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ
أَتُرِيدِينَ أَنْ تُدْخِلِي الشَّيْطَانَ بَيْتًا أَخْرَجَهُ اللَّهُ مِنْهُ مَرَّتَيْنِ
فَكَفَفْتُ عَنْ الْبُكَاءِ فَلَمْ أَبْكِ

DAri 'Ubaid bin Umair r.a. katanya :
"Ummu Salamah berkata ketika Abu Salamah meninggal dunia,
saya mengucapkan : "perantau dan (meningal ) diperantauan !
Tentu saya akan menangis sepuas-puasnya, sehingga menjadi buah mulut orang!
Lalu saya bersiap untuk menangisnya, kebetulan datang seorang wanita dari
dusun ingin membantu saya menangis. Lalu Rasulullah s.a.w. menemui
Ummu Salamah dan mengatakan :
"Mengapakah engkau hendak memasukkan syaitan ke dalam rumah
yang Allah telah mengusirnya keluar?"
(Nabi mengucapkan itu) dua kali. Kerana itu saya menahan diri
dari menangis dan tidak jadi menangis.
Hadis sahih riwayat Muslim


sunsets-desert-nature-1080x1920_zpsqwunbcdv.jpg
 
Back
Top
Log in Register