Dari Hakim bin Hizam r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w bersabda : "Dua orang yang melakukan jual beli
boleh memilih (diterusan jual beli atau tidak) selama keduanya belum berpisah.
Kalau dia berlaku jujur dan menjelaskan (buruk baik barang jualan ),
keduanya memperoleh berkat dalam jual beli.
Tetapi kalau dia berdusta dan menyembunyikan (cacat
barang jualan) , dihilangkan keberkatan jual beli itu."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a. katanya :
"Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang (membayar dan
menerima) wang penjualan anjing, bayaran perempuan lacur dan
bayaran ahli tenung (tukang tilik)"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Jabir r.a katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Setiap Muslim yang menanam
pohon, maka setiap buahnya yang dimakan orang
penanamnya memperoleh pahala sesekah.
Yang dicuri orang, penanamnya juga memperoleh
pahala sedekah. Yang dimakan binatang, penanamnya
memperoleh pahala sedekah. Yang dimakan burung,
penanamnya memperoleh pahala sedekah.
Yang diambil orang, penanamnya juga
memperoleh pahala sedekah.
Dari Abu Qatadah Al Ansari r.a. katanya
Rasululullah s.a.w. bersabda :
Jauhilah banyak bersumpah dalam jual beli
kerana bersumpah itu menyebabkan banyak barang laku
tetapi berkatnya hilang
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Ibnu Umar r.a. katanya :
"Seorang lelaki menceritakan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa
ditipu dalam jual beli. Rasulullah s.a.w. menjawab :
"Kepada siapa engkau melakukan jual beli , ucapkan :
"Tidak boleh ada penipuan "
lalu kepada siapa yang berjual beli dengan dia selalu diucapkannya :
"Tidak boleh ada penipuan."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Jabir r.a. katanya :
Rasulullah mengutuk orang yang memakan riba,
yang menyuruh makan,
penulisnya dan dua orang saksinya.
Mereka sama-sama (berdosa)
Hadis riwayat Muslim
Dari Jabir r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa yang mempunya tanah hendaklah ditanaminya.
Kalau dia tidak sanggup menanaminya dan tidak mempunyai
kekuatan untuk menanaminya, maka hendaklah dipinjamkan kepada
saudara sesama Muslim dan jangan dipersewakannya
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Amir bin Saad bin Waqash r.a. katanya :
"Saya menulis kepada Jabir bin Samurah bersama seorang
pemuda bernama Nafi, isinya : "Hendaklah engkau beritakan
kepadaku, sesuatu yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w.
Lalu dibalas surat itu, dengan menyebutkan :
"Saya mendengar Rasulullah s.aw. Lalu dibalasnya surat
itu , dengan menyebutkan : "Saya mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda di hari Jumaat waktu petang, ketika seorang dari suku
Aslam dirajam, kata beliau : "Sentiasa agama (Islam)berdiri
tegak sampai kiamat terjadi, atau memerintahi kamu dua belas
orang khalifah, semuanya daipada kaum Quraisy." Dan saya
mendengar beliau bersabda : "Sekumpulan kaum muslimin akan
menakluk Rumah Putih, Istana Kisra (Raja Parsi) atau keluarga
Kisra". Dan saya mendengar beliau bersabda : "Sesungguhnya
sebelum kiamat terjadi, ada beberapa pembohong besar,
maka waspadalah terhadap mereka,". Saya mendengar
beliau bersabda : "Apabila Allah mengurniakan kebaikan
(kekayaan) kepada salah seorang daripada kamu, maka
hendaklah dimulai mempergunakan untuk dirinya, dan keluarga
rumahtangganya". Saya dengar beliau bersabda : "Akulah orang
yang pertama datang ketelaga (unuk mempersiapkan
minuman bagi orang-orang yang beriman di hari kiamat)."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Barang siapa yang menyembahyangkan jenazah, tetapi tidak menghantarnya
diganjarkan dengan sebahagian pahala sahaja, jika ia turut menghantarkannya
maka akan mendapat dua pahala"
Rasulullah ditanya tentang kadar dua bahagian pahala itu
jawab beliau : "Yang terkecil dari dua bahagian itu sebesar gunung Uhud."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
"barang siapa yang ikut menghantar jenazahnya seorang muslim
kerana digorong nya adanya rasa keimanan dan mengharap keridhaan
Tuhan dan ia terus bersama jenaza itu, sehingga ia juga ikut
sembahyang atasnya dan sampai diselesaikan pemakamannya,
maka sesungguhnya orang yang mengerjakan semua itu pasti kembali
ke rumahnya dengan membawa pahala dua qirath, setiap qirath adalah
sama besarnya dengan gunung Uhud. Adapun yang ikut sembahyang
atasnya lalu pulang kerumahnya dan tidak ikut ke kubur
sebelum jenazah dimakam, maka orang itu kembali dengan hanya
mendapat pahala sebesar satu qirath sahaja".
Hadi sahih riwayat Bukhari