BTC USD 84,629.4 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

kahwin paksa atas wanita


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ اَنَّ جَارِيَةً بِكْرًا اَتَتْ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
فَذَ كَرَتْ لَهُ اَنَّ اَبَاهَا زَوَّجَهَا وَهَىَ
كَارِهَةٌ فَخَيَّرَهَا النَّبِىُّ

Dari Ibnu Abbas bahawa seorang gadis datang kepada
Rasulullah s.a.w. lalu ia menceritakan kepada beliau s.a.w.
tentang ayahnya yang mengahwinkannya dengan lelaki
yang ia tidak suka. Maka Rasulullah menyuruh dia untuk memilih
(menerima atau menolak)
Hadis riwayat Ahmad Abu Daud , Ibnu Majjah dan Daruquthni


dew4_zpsmtap8mub.jpg
 
mas kahwin yang mahal


عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ
اِلَى النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
فَقَالَ اِنِّى تَزَوَّجْتُ امْرَاَةً مِنَ الاَنْصَارِ
فَقَالَ لَهُ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
هَلْ نَظَرْتَ اِلَيْهَا فَاِنَّ عَيُوْنَ الاَنْصَارِ
شَيْئًا قَالَ قَدْ نَظَرْتُ إِلَيْهَا قَالَ عَلَى
كَمْ تَزَوَّجْتَهَا قَالَ عَلَى أَرْبَعِ أَوَاقٍ
فَقَالَ لَهُ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
عَلَى أَرْبَعِ اَوَاقٍ كَاَنَّمَا تُنْحِتُونَ
الْفِضَّةَ مِنْ عُرْضِ هَذَا الْجَبَلِ مَا عِنْدَنَا
مَا نُعْطِيْلَ وَلَكِنْ عَسَى أَنْ نَبْعَثَلَ
فِى بَعْثٍ تُصِيْبُ مِنْهُ قَالَ فَبَعَثَ
بَعْثَا إِلَى بَنِى عَبْسٍ بَعَثَ
ذَلِكَ الرَّجُلَ فِيْهِمْ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan mengatakan :
"Sesungguhnya saya akan mengahwini seorang perempuan kaum Ansar"
Nabi s.a.w. bertanya kepadanya : "Sudahkah engkau lihat?
Kerana dimata Ansar ada seditit, mungkin menjadi cacat"
Dia menjawab : "Sesungguhnya saya telah melihat :"
Nabi s.a.w bertanya : "Berapa mas kahwinnya?"
Dia menjawab : "Sebanyak emauqiah (seratus enam puluh dirham)
Nabi s.a.w. bertanya : "Empat auqiah?"
seolah-olah engkau dapat menggali perak dekat bukit ini.
Kami tiada mempunyai apa-apa yang akan diberikan kepada engkau.
Tetapi boleh jadi kami dapat mengirim enkau dalam pengiriman tentera
nanti engkau akan memperolehinya."
Nabi s.a.w. mengirim pasukan untuk melawan kaum Bani 'Absi
sedang lelaki tadi termasuk di dalamnya".
Hadis sahih riwayat Muslim


embun%20pagi12_zpsf67ybpeh.jpg
 
doa kepada pengantin


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ تَزَوَّجَنِى النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَاَتَتْنِى اُمِّى
فَاَدْ خَلَتْنِى الدَّارَ. فَاِذَا نِسْوَةٌ مِنَ الاَ نْصَارِ
فِى الْبَيْتِ . فَقُلْنَ عَلَى الْخَيْرِ وَالْبَرَكَةِ وَعَلَى خَيْرٍ طَائِرٍ

Dari Aisyah r.a. berkata : Setelah Nabi s.a.w. mengahwiniku,
kemudian aku datang kepada ibuku, Beliau memasukkan aku ke dalam
rumah. Tiba-tiba beberepa perempuan Ansar sudah ada dirumah
dan mereka mengucapkan "Semoga sentiasa baik, penuh keberkatan
dan dalam kebaikan yang berpanjangan"
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Abu Daud


embun_zpscxwanppq.jpg
 
perkenankan undangan walimah


عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
اِذَا دُعَىَ أَحَدُكُم إِلَى وَلِيمَةِ عُرْسٍ فَلْيُجِبْ

Dari Ibnu Umar r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila salah seorang daripada kamu diundang kepada jamuan perkahwinan
hendaklah diperkenankannya"
Hadis sahih riwayat Muslim


embun2_zpsdouxjdty.jpg
 
isytihar penikahan


عَنْ عَائِشَةَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
قَالَ اَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوهُ فِى الْمَسَاجِدِ
وَاضْرِبُوا عَلَيهِ الدُّفُوفَ

Dari Aisyah r.a bahawa nabi s.a.w. bersabda :
Syiarkan nikah ini dan adakanlah dimasjid-masjid
dan pukullah untunya rebana-rebana"
Hadis riwayat Ahmad dan Tarmizi. Hadis Hassan


embunddd_zps18r5od6q.jpg
 
perkenankan jamuan


عَنِ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
اِذَا دُعِىَ أَحَدُكُم فَلْيُجِبْ فَإِنْ كَانَ صَائِمًا
فَلْيُصَلِّ وَاِنْ كَانَ مُفْطِرًا فَلْيَطْعَمْ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila salah seorang kamu diundang (jamuan makan)
hendaklah diperkenankannya. Kalau dia sedang berpuasa
hendaklah dia mendoakan dan kalau dia tidak puasa
hendaklah dia makan."
Hadis sahih riwayat Muslim


embun-di-atas-daun_zpszftgxpnx.jpg
 
kahwin adalah sunnah Nabi s.a.w.


عَنْ أَنَسٍ
أَنَّ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
سَأَلُوا أَزْوَاجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَنْ عَمَلِهِ فِي السِّرِّ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ
وَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ آكُلُ اللَّحْمَ
وَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَنَامُ عَلَى فِرَاشٍ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ
فَقَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي أُصَلِّي
وَأَنَامُ وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ
فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

Dari Anas r.a. katanya :
"Bahawa beberapa orang dari sahabat Nabi s.a.w. menanyakan dengan
rahsia kepada isteri-isteri Nabi s.a.w., tentang amal Nabi s.a.w. (ibadat)
Kemudian di antara sahabat itu ada yang mengatakan :
"Saya tidak akan mengahwini perempuan." Yang lain mengatakan :
"Saya tidak akan memakan daging." Yang lain mengatakan lagi
"Saya tigak akan tidur di atas hamparan (tikar)
(Setelah diberitakan kepada Nabi s.a.w.) beliau sesudah memuji Allah
dan menyanjungNya, beliau s.a.w. mengucapkan :
"Mengapa ada beberapa orang mengatakan begini .... dan begini?"
Tetapi aku sembahyang dan tidur, puasa dan berbuka dan
mengahwini perempuan. Sebab itu siapa yang tidak menyukai sunnahku
maka orang itu tidak termasuk golonganku."
Hadis sahih riwayat Muslim


embun-pagi_zpsf1ldl0we.jpg
 
tidak diizinkan hidup membujang


عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ
رَدَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَلَى عُثْمَانَ بْنِ مَظْعُونٍ التَّبَتُّلَ وَلَوْ أَذِنَ لَهُ لاَخْتَصَيْنَا

Dari Sain bin Abu Waqas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. menolak permintaan Usman bin Madh'un untuk
tidak berkahwin buat selama-lamanya. Kalau beliau s.a.w.
mengizinkannya , tentu kami akan melakukan pengebirian."
Hadis sahih riwayat Muslim


kilauan-embun-pagi-2_zpsqwp6deri.jpg
 
perkara terlarang waktu ihram


عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ لاَ يَنْكِحُ الْمُحْرِمُ وَلاَ يُنْكَحُ وَلاَ يَخْطُبُ

Dari "Usman bin 'Affan r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Orang yang ihram (sedang mengerjakan haji atau umrah)
tidak boleh mengahwinkan , tidak boleh dikahwinkan
dan tidak boleh dipinang."
Hadis sahih riwayat Muslim


morning_dew_zpsd7hhch0u.jpg
 
Nikah di waktu Ihram


أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ أَخْبَرَهُ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَزَوَّجَ مَيْمُونَةَ وَهُوَ مُحْرِمٌ

Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. mengahwini Maimunah dan beliau sedang ihram."
Hadis sahih riwayat Muslim


Nature__s_Tear_by_sourcow_zpswohopw9e.jpg
 
Back
Top
Log in Register