BTC USD 84,657.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

Doa ketika sujud


عَنْ أَبِى هُرَيْرَة َ
أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كانَ يَقُولُ فِى سُجُودِهِ اللهُمَّ اَغْفِرْلِى ذَنْبِى كُلَّهُ
دِقَّهُ وَجِلَّهُ وَأَوَّلَهُ وَاَخِرَهُ وَعَلاتِيَتَهَ وَسِرَّهُ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
"Adalah Rasulullah s.a.w. membaca ketika sujud :
"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, baik yang kecil maupun besar
yang mula-mula dan yang penghabisan, yang terang-terangan dan yang tersembunyi."
Hadis sahih riwayat Muslim


moon-tree-thumb1_zpsxdipa6nf.jpg
 
Doa keburukan terhadap musuh


عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ بِكِتَابِهِ رَجُلا وِاَّمَرَهُ
أَنْ يَدْفَعَهُ اِلَى عَظِيمِ الْبَحْرَيْنِ فَدَ فَعَهُ عَظِيمُ
الْبَحْرَيْنِ اِلَى كِسرَى فَلَمَّا قَرَأَهُ مَزَّقَهُ
فَحَسِبْتُ أَنَّ ابْنَ الْمُسَيِّبِ قَالَ فَدَعَا رَسُولُ
اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُمَزَّقُوا كُلَّ مُمَزَّقٍ

Dari Abdullah bin Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah sa.w.
mengirimkan surat dengan perantaraan seorang leleki dan menyuruh
agar menyampaikan surat tersebut kepada pembesar
yakni penguasa yang memerintah negeri Bahrain.
Kemudian pembesar Bahrain itu menyampaikannya kepada Kisra
yakni Raja Parsi atau Iran. Setelah Kisra membacanya lalu
ia pun merobek-robek surat itu. Aku yakni Abdullah bin Abbas
memperkirakan bahwa Ibnul Musayyab iaitu orang yang diutus
menyampaikan surat berkata :
"Kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa atas mereka ertinya
mendoakan agar bangsa Parsi ditimpa bencana iaitu supaya
mereka itu akan dirobek kesatuan dan kerajaannya dengan
robekan yang tersangat.
Hadis sahih riwayat Bukhari


salah%20saurang%20keur%20solat_zpsjis7plig.jpg
 
waktu Nabi s.a.w. beri'tikaf


عَنْ ابْنُ وَهْبٍ عَنْ يُونُسَ
أَنَّ نَافِعًا أَخْبَرَهُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ

Dari Ibnu Wahab dari Yunus bahawasanya Nafi' memberitahukan kepadanya
dari Abdullah bin Umar r.a. katanya:
"Rasulullah s.a.w. itu mengerjakan i'tikaf pada sepuluh hari
terakhir dari bulan Ramadhan"
Hadis sahih riwayat Bukhari


solat%20jemaah_zps1r8p7spp.jpg
 
Nabi s.a.w. beri'tikaf hingga akhir hayat


عَنْ اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ
حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

Dari Laits dari 'Uqail dari Ibnu Syihab
dari 'Urwah bin Zubair dari Aisyah r.a.:
"Bahawasanya Nabi s.a.w. itu selalu mengerjakan i'tikaf pada
sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan, sehingga beliau s.a.w.
dicabut ruhnya oleh Allah. Kemudian itu para isteri Nabi s.a.w.
terus beri'tikaf (sepeninggalan Nabi s.a.w.)
Hadis sahih riwayat Bukhari


solat2_zpsquns7qsd.jpg
 
beri'tikaf di waktu malam


عَنْ يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ أَخْبَرَنِي نَافِعٌ
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ عُمَرَ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ كُنْتُ نَذَرْتُ فِي الْجَاهِلِيَّةِ
أَنْ أَعْتَكِفَ لَيْلَةً فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ قَالَ فَأَوْفِ بِنَذْرِكَ

Dari Yahya bin Sa'd dari Ubaidillah, katanya:
Aku diberitahu oleh Nafi' dari Umar r.a. bahawasanya:
Umar r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w. dan berkata:
"Aku pernah bernazar di zaman Jahiliyyah dulu hendak
beri'tikaf pada malam hari di masjid haram (di Mekah)
jadi adakah wajib aku melaksanakannya ?"
Beliau s.a.w. lalu bersabda:
"Kalau begitu wajiblah kamu memenuhi nazar kamu"
Hadis sahih riwayat Bukhari


solat%20dhuha_zps0tu5lwmb.jpg
 
wanita beri'tikaf


حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى
عَنْ عَمْرَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَعْتَكِفُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
فَكُنْتُ أَضْرِبُ لَهُ خِبَاءً فَيُصَلِّي الصُّبْحَ ثُمَّ يَدْخُلُهُ
فَاسْتَأْذَنَتْ حَفْصَةُ عَائِشَةَ أَنْ تَضْرِبَ خِبَاءً
فَأَذِنَتْ لَهَا فَضَرَبَتْ خِبَاءً
فَلَمَّا رَأَتْهُ زَيْنَبُ ابْنَةُ جَحْشٍ ضَرَبَتْ خِبَاءً آخَرَ
فَلَمَّا أَصْبَحَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى الْأَخْبِيَةَ
فَقَالَ مَا هَذَا فَأُخْبِرَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَلْبِرَّ تُرَوْنَ بِهِنَّ فَتَرَكَ الِاعْتِكَافَ ذَلِكَ الشَّهْرَ
ثُمَّ اعْتَكَفَ عَشْرًا مِنْ شَوَّالٍ

Telah diberitahu Abu Nu'man berkata : Kami diberitahu oleh Hammad bin Zaid katanya
Kami diberitahu oleh 'Amrah dari Aisyah r.a. katanya :
Suatu ketika Nabi s.a.w. mengerjakan i'tikaf pada sepuluh hari terahir
dibulan Ramadhan. Aku telah membuat kemah untuk beliau s.a.w.
Selanjutnya beliau s.a.w. sembahyang di masjid dan selesai itu kemudian memasuki
kemah. Hafsah r.a..yang juga isteri Nabi s.a.w. meminta izin atau
persetujuan kepada Aiysah r.a. untuk membuat kemah pula
dan Aisyah r.a. mengizinkannya yakni tiada keberatan perihal apa
yang hendak dilakukan Hafsah r.a. lalu membuat kemah.
Setelah apa yang dikerjakan oleh ke dua orang itu oleh Zainab binti jashry r.a. yang juga
isteri Nabi s.a.w. iapun lalu membuat kemah yang lain pula. Pada waktu pagi harinya,
sepulang Nabi s.a.w. dari masjid, melihat ada beberapa kemah yang didirikan, kemudian
bertanya :"Apakah semuanya ini ?". Beliau s.a.w. diberitahu mengenai apa yang terjadi dengan
sebanarnya, Nabi s.a.w. kemudian bersabda :
"Apakah dapat dikatakn suatu kebaikan menurut persangkaanmu bagi mereka
maksudnya berlumba-lumba membuat kemah untuk mendapat
pujian dan bukan karena keikhlasan?".Beliau s.a.w. lalu meninggalkan atau menghentikan
i'tikafnya pada bulan itu,selanjutnya mengerjakan i'tikaf dalam bulan lain yaitu sepuluh
hari dari bulan Syawal".
Hadis sahih riwayat Bukhari


solat%20jumaat_zpsmpmmptpr.jpg
 
iktikaf


عَنْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ
عَنْ عَمْرَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَرَادَ أَنْ يَعْتَكِفَ فَلَمَّا انْصَرَفَ إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي أَرَادَ
أَنْ يَعْتَكِفَ إِذَا أَخْبِيَةٌ خِبَاءُ عَائِشَةَ وَخِبَاءُ حَفْصَةَ وَخِبَاءُ زَيْنَبَ
فَقَالَ أَلْبِرَّ تَقُولُونَ بِهِنَّ ثُمَّ انْصَرَفَ فَلَمْ يَعْتَكِفْ
حَتَّى اعْتَكَفَ عَشْرًا مِنْ شَوَّالٍ

Dari Abdullah bin Yusof, katanya :
"Malik memmberitahu kepada kami dari Yahya bin Sa'id
dari 'Amrah bt Abdurrahmah dari 'Aisyah r.a.:
Bahawasanya Nabi s.a.w. bermaksud hendak mengerjakan Iktikaf
tiba-tiba nampak olehnya beberapa kemah iaitu
kemah Aisyah, kemah Hafsah dan kemah Zainah r.a.
lalu beliau s.a.w. bersabda:
"Adakah anda sekelian dapat mengatakan bahawa dengan
adanya kemah ini merupakan hal yang baik?
Nabi s.a.w. kemudian pulang lalu tidak beriktikaf
sehingga datangnya bulan Syawal.
Dalam bulan itu beliau s.a.w. mengerjakan 'iktikaf selama sepuluh hari
dari bulan syawal tersebut.
Hadis sahih riwayat Bukhari


solat_zpsg4f4xhut.jpg
 
setiap amal menurut niat


عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَابِ قًالَ
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
فَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ إِلى اللهِ وَرَسُولِهِ
فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ
وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنَّيَا يُصِيْبُهَا أَوِمْرَأَةٍ
يَتَزَوَّجُهَا فَهَجْرَتُهُ إِلَى مَا هَا جَرَإِلَيْهِ

Dari Umar bin Khattab r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Amal itu hanya dengan niat,
Setiap orang hanya memperoleh menurut apa yang diniatkan.
Sesiapa yang ada niat hijrahnya kerana Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya memperoleh (pahala hijran) kerana Allah dan RasulNya
Dan barang siapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak
dicapainya atau wanita yang hendak dikahwininya, maka
hijrahnya (mendapat balasan) menurut tujuan hijrahnya".
Hadis sahih riwayat Muslim


solat%20malam_zpsqdysh8ht.jpg
 
berwasiat


عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَا حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ لَهُ شَئٌ يُرِيْدُ يَوصِى فِيْهِ
يَبِيْتُ لَيْلَتَيْنِ اِلاّ وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ

Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Kewajiban seorang muslim yang mempunyai sesuatu (harta)
yang hendak diwasiatkannya, dua malam kemudian
hendaklah wasiat itu telah ada ditangannya."
Hadis sahih riwayat Muslim


solat1vr5_zpsvlqcaofp.jpg
 
bersedekah menggantikan ibu


عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَجُلاً أَتَى النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ
عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولُ اللهِ اَنَّ أُمِّي
افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَلَمْ تُوصِ وَأَظُنُّهَا
لَوْ تَكَلَمَتْ تَصَدَّقَتْ أَفَلَهَا اَجْرٌ
اِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ

Dari Aisyah r.a. mengatakan :
Bahawa ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w.
dan bertanya : "Ya Rasulullah ! Sesungguhnya ibu saya telah
meninggal dunia dan tidak berwasiat. Saya mengira kalau dia
bisa bicara tentu akan menyuruh saya bersedekah.
Apakah dia beroleh pahala, kelau saya bersedekah
menggantikannya?" Nabi s.a.w. menjawab : "Ya !".
Hadis sahih riwayat Muslim


solat-berjemaah_zpss73hmohb.png
 
Back
Top
Log in Register