Dari Abu Hurairah r.a. katanya, :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : "Barang siapa yang mengerjakan solat tarawih
pada malam bulan Ramadhan kerana percaya dan kesadaran
nescaya Tuhan akan mengampunkan dosa-dosanya yang lalu."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Aisyah r.a. katanya :
"Pernah Rasulullah s.a.w. solat tahjud, maka apabila beliau hendak solat witir
beliau membangunkan Aisyah r.a. katanya : "Bangunlah solat witir".
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Ummu Athiyah r.a. katanya :
"Kami diperintahkan oleh Rasulullah .s.a.w. pada Hari Raya Fitrah dan Adha
supaya menyuruh keluar gadis-gadis dan wanita-wanita muda bahkan
wanita yang datang haid.
Adapun wanita yang haid tidak turut sembahyang tetapi hanya untuk ikut serta
dalam sesuatu kebajikan dan berdoa.
Kata Ummu Athiyah kepada Rasulullah s.a.w.
"Diantara kami wanita ada yang tidak mempunyai baju
bersabda Rasulullah s.a.w. : Hendaklah saudaranya meminjamkannya"
Hadis sahih Riwayat Muslim
Dari Ubadillah bin Abdullah r.a. katanya :
"Bahawasanya 'Umar bin Khattab r.a. bertanya kepada Abu Waqiq Al Laitsy
tentang surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. pada solat
dua Hari Raya Haji dan Fitri. Jawabnya :
"Dibacanya surah Qaf Walquranul majid dan
surah Iqtarabat al saah wansyaqqal qamar."
Hadis sahih Riwayat Muslim
Dari 'Urwah bahawasanya 'Aisyah r.a. berkata :
"Rasulullah s.a.w. mengakhirkan waktu untuk mengerjakan solat 'Isya'
sehingga Umar r.a. menyerunya untuk mengerjakan solat itu dengan katanya
"Solat , kaum perempuan dan anaka-anak sudah lama tidur.
Beliau s.a.w. lalu keluar, kemudian bersabda :
"Tidak seorang pun dari golongan bumi ini yang suka menantikan solat Isya'
sebagaimana sekarang iaitu dengan berjamaah melainkan kamu semua saja".
Beliau s.a.w. bersabda lagi :
"Pada saat ini tidak dikerjakan solat itu di Madinah selain di Masjid ini
dengan berjemaah"
Pada waktu para sahabat mengerjalan solat 'Isya' dalam jarak waktu
antara awan merah telah lenyap sampai pada sepertiga malam pertama
(kira-kira jam 11 malam)
Hadis sahih riwayat Bukhari
Dari Anas r.a katanya :
"Saya melihat Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua belah tangannya
ketika berdoa (minta turun hujan) sehingga kelihatan putih kedua ketiaknya"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Anas r.a (menceritakan)
"Bahawa Nabi Allah s.a.w. tidak pernah mengangkat kedua belah tangannya
dalam berdoa selain dalam memohon turun hujan, sehingga kelihatan putih ketiaknya"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Anas bin Malik r.a. (menceritakan):
"Bahawa da seorang lelaki masuk ke dalam masjid di hari Jumaat dari pintu yang sebelah Darul Wadla
ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang berdiri membaca kutbah.
Dalam keadaan berdiri Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya.
lelaki tadi berkata : "Ya Rasulullah ! Harta benda telah binasa dan jalan perhubungan terputus.
Sebab itu, mohonkanlah kepada Allah supaya diturunkanNya hujan kepada kami !"
Lalu Rasullah s.a.w. mengangkat kedua belah tangannya dan mendo'a :
" Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami ! Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami ! "
Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami !" Kata Anas :
" Tidak ada, demi Allah ! Tiada kami melihat awan di langit dan tidak pula gumpalan-gumpalan awan,
sedang antara kami dan Bukit Sal'i tidak ada yang membatasi pemandangan baikpun rumah atau perkampungan.
Maka naiklah dari balik bukit itu awan tebal serupa seperti perisai.
Setelah awan itu berada di pertengahan langit dia berkembang luas dan menurunkan hujan.
Tidak ada, demi Allah! Kami tidak pernah melihat matahari seminggu lamanya.
Kemudian itu pada Jumaat berikutnya ,masuk pula seorang lelaki dari pintu tadi dan Rasullah s.a.w
sedang berdiri mengucapkan khutbah.
Rasullah s.a.w. melihat kepadanya, ketika beliau sedang berdiri.
Lalu jalan perhubungan telah terputus. Sebab itu, doakanlah kepada Allah
supaya hujan itu diberhentikanNya! " Lalu Rasullah s.a.w. mengangkat kedua belah tangannya
dan berdoa : " Ya Allah! (Hujan itu) hendaknya di sekitar kami bukan di atas kami !
Ya Allah, (turunkanlah hujan) di bukit-bukit, di dataran tinggi,
di lembah-lembah di tempat tumbuh kayu-kayan! " Maka berhentilah hujan
dan kami keluar di panas matahari."
Hadis sahih riwayat Muslim