Dari saudara perempuan 'Amran r.a. katanya :
"Saya menerima ayat ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ
dari mulut Rasulullah s.a.w. sendiri di hari Jumaat,
sedang beliau membaca ayat itu di atas mimbar
setiap hari Jumaat
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya :
"Seorang lelaki masuk ke dalam masjid, ketika Rasulullah s.a.w.
sedang berkhutbah di hari Jumaat.
Lalu Nabi s.a.w. bertanya :
"Apakah engkau telah sembahyang ?" Dia menjawab: "Belum!"
Nabi s.a.w. berkata : " Berdirilah dan sembahyang dua rakaat !."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Abu Rifa'ah katanya :
"Saya sampai dekat Nabi s.a.w. dan beliau sedang berkhutbah
Saya berkata : " Ya Rasulullah ! Seorang yang baru datang
hendak menanyakan tentang agamanya, kerana dia tidak tahu
tentang agamanya. Lalu Rasulullah s.a.w. datang kepada saya dan
menghentikan khutbahnya sehingga sampat dekat saya
Lalu dibawa sebuah kerusi, saya menduga kakinya dari besi,
Rasulullah s.a.w. duduk di atas kerusi itu dan mengajarkan
kepada saya apa yang diajarkan Allah kepada beliau.
Kemudian beliau kembali menyambung khutbahnya
sampai cukup ke akhirnya."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari 'Amar r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya panjang sembahyang dan ringkas cukup khutbahnya adalah
tanda dia seoseorang yang faham. Sebab itu, panjangkanlan
sembahyang dan ringkaskan khutbah! Sesungguhnya di antara yang terang
itu ada kepalsuan
Hadis sahih riwayat Muslim
Al-Hasan berkata, "Apabila seseorang dilarang oleh ibunya mendatangi solat isya dengan berjamaah karena kasihsayangnya, maka hendaklah dia tidak menaatinya."
Abu Hurairah r.a. mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi Zat yang diriku berada dalam genggamanNya (di bawah kekuasaan-Nya). Sungguh aku bermaksud untuk memerintahkan mengumpulkan kayu bakar dan saya memerintahkan untuk solat lalu diazani (dalam satu riwayat: ditegakkan ) solat Kemudian saya menyuruh seseorang untuk mengimami manusia dan saya mendatangi rumah orang-orang yang tidak menghadiri solat jamaah, lalu saya bakar rumah mereka. Demi Zat yang diriku berada dalam genggamanNya, seandainya seseorang mengetahui bahwa dia mendapat tulang yang gemuk (banyak dagingnya) atau mendapat dua paha kambing yang baik, niscaya ia menyaksikan (ikut berjamaah) isya."
Dari Abu Hurairah r.a katanya :
Bahawasanya Rasulullah s.a.w. melarang solat sunat sesudah 'Asar hingga terbenam matahari
dan sesudah solat subuh hingga naik matahari"
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Ibnu Umar r.a. katanya : "Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Janganlah seseorang mengintai-intai waktu untuk mengerjakan solat sunat ketika naik matahari
dan tidak juga ketika terbenamnya (matahari)
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Nafi' dari Ibnu Umar r.a. bahawa sesunggunya
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tidak boleh seseorang dari kamu semua itu melaksanakan solat
lalu solat di waktu terbitnya matahari dan tidak boleh pula
di waktu terbenamnya.
Hadis sahih riwayat Bukhari
Dari Abdullah bin Mughafal Muzani r.a. katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Antara dua azan (bang dan iqamah) ada solat yang sunat",
dan perkataan beliau diulangi sampai tiga kali,
serta sesudah yang ketiga beliau bersabda :
"Untuk orang yang mahu mengerjakannya."
Hadis sahih riwayat Muslim
Dari Jabir r.a katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila salah seorang daripada kamu telah menunaikan solat (fardhu) dalam masjid
maka sebaik-baik pula ditunaikan solat dirumahnya,
kerana dengan solat (sunat) itu Allah akan memberikan
kebahagian dalam rumah tangganya
Hadis sahih riwayat Muslim