Kita kena ikhlas dalam semua perkara. Dalam pada keikhlasan tu, kita tentu menghadapi cabaran dan dugaan. Justeru itu ketabahan amat penting dalam meneruskan keikhlasan. Kalau kita tidak tabah, kita akan mudah merasai hati yang bergelora.
Hati yang tabah menjadikan kita lebih yakin pada diri sendiri dan teguh pendirian. Seumpama teguhnya banjaran gunung di mana angin taufan melanda pun, ianya masih kukuh berdiri. Semoga kita semua menjadi seorang yang tabah.
Dalam mengejar dan mencapai cita-cita adakalanya kita berjaya dan adakalanya kita gagal. Kalau impian tu begitu bermakna dalam hidup kita,kegagalan itu akan membawa kesan yang agak mendalam. Sekiranya kita tidak dapat menerima kegagalan tu,ianya akan memberi kesan yang buruk sepanjang hidup kita.
Sudah tentu kita akan merasai kecewa dan kekecewaan tu akan terus menghantui diri kita.Kalau kita tidak dapat mengatasinya dengan cara yang bijak, ini akan merugikan diri kita sendiri. Oleh itu carilah cara penyelesaiannya dan sekiranya kita masih buntu ,ini mungkin adalah cabaran dalam kehidupan ini yang mesti kita hadapi.
sebalik apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..
Ada setengah orang, bercakap bohong sudah sebati dengan jiwa. Sepanjang masa , setiap kali bercakap mesti ada yang berbohong. Terdapat banyak sebab mengapa sesorang itu suka berbohong. Antaranya mereka tidak tahu apa kesannya pada hati yang suka berbohong. Sekiranya seseorang itu suka berbohong ,hatinya akan timbul perasaan was-was dan sentiasa dalam keraguan. Ini sudah tentu memberi kesan buruk pada dirinya sendiri.
Oleh kerana itu, janganlah kita selalu bercakap bohong. Cuba belajar bercakap benar. Antara kaedah untuk bercakap benar adalah kurang kan bercakap. Bercakap apa yang penting sahaja. Sekiranya masih ada lagi percakapan bohong, kita kena lah insaf. Pastikan kita berazam cuba untuk menjadi insan yang bercakap benar.Ini semua untuk faedah kita juga.
Setiap orang mempunyai harapan masing-masing. Tetapi ianya berbeza-beza antara satu sama lain. Jika kita tiada mempunyai sebarang harapan tu, bermakna kita mempunyai masalah. Hidup ini sudah tentu ada cita-cita, untuk capai cita-cita tu , kita mestilah ada harapan.
Harapan tinggal harapan. Jangan mudah berputus asa. Semoga apa yang kita harapkan menjadi kenyataan. Apa yang pastinya kita kena banyak berusaha dan dengan cara yang sebaik yang mungkin. Antara sebab manusia tidak mempunyai harapan kerana tidak yakin pada diri sendiri.
Tanpa keyakinan , kita tidak ke mana-mana. Tanpa keyakinan juga semua kerja tidak menjadi. Keyakinan amat penting sekali dalam kehidupan kita. Keyakinan memerlukan pengetahuan dan pengalaman. Oleh itu kita kena mencari pengetahuan dan timba pengalaman yang sebanyak yang mungkin.
Dalam setengah perkara pengetahuan dan pengalaman belum cukup memberi kita keyakinan. Masih ada lagi sebab-sebab yang lain membuatkan kita masih belum lagi ada keyakinan. Namun begitu jangan lah kita merasa terlalu yakin kerana sebagai manusia kita hanya mampu yang merancang.
Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Dengan adanya kelebihan seseorang itu, kedapatan ada perasaan dengki orang yang melihatnya. Orang yang dengki tersebut merasa sakit hati dan begitu geram sekali melihat kelebihan pada orang lain.
Ada setengah itu cuba sebarkan fitnah dan memburuk-burukkan sebagai melepaskan geram. Antara sebab orang merasa dengki adalah kerana suka melihat orang lain dan dalam masa yang sama tidak suka melihat diri sendiri. Sedangkan diri kita sendiri sebenarnya masih banyak kelebihan tetapi tidak disedarinya. Walaupun seseorang itu ada kelebihannya tetapi semuanya adalah ujian dan pinjaman sahaja.
Apabila seseorang sedang marah, mukanya kelihatan merah. Ini menggambarkan aliran darah banyak tertumpu ke arah situ. Pada masa yang sama, orang yang marah tadi seolah tidak dapat mengawal keadaan diri. Sudah pasti tindakan nya nanti tidak rasional lagi.
Banyak sebab seseorang itu merasa marah ada yang sepatutnya dia marah dan ada juga yang tidak sepatutnya. Perkara yang kecil rasanya tak perlu lah kita marah pada seseorang. Sepatutnya kita mesti mengawal diri dari marah.
Kalau kita merasa bersalah pada orang, kita hendaklah memohon maaf. Ada juga setengah orang tu memohon maaf berulang kali pada kesalahan yang sama. Sepatutnya selepas menyedari kesalahannya dia kena lah berazam tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama.
Kita akan merasa sakit hati jika orang yang bersalah tidak meminta maaf. Mungkin mereka tidak buat begitu kerana mereka tidak merasa bersalah. Ataupun sekadar untuk menjaga ego mereka. Saling maaf memaafi adalah lebih baik dari menyimpan rasa dendam di hati.
Apabila seseorang itu mendapat kejayaan ataupun mempunyai kelebihan tertentu, biasanya orang ramai akan memberi pujian padanya. Pujian itu memungkinkan dia menjadi lebih bersemangat lagi untuk terus maju dalam hidup. Ada juga pujian yang menyebabkan dia menjadi lupa diri dan sombong.
Berdasar dari kemungkinan begitu nampaknya memuji sesorang boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan. Orang yang memberi pujian pun ada juga yang tidak seikhlas mana pun. Mereka bukan nya memuji tetapi sekadar membuat sindiran. Walau bagaimana pun janganlah kita memuji begitu berlebihan kepada seseorang.
Sesuatu pekerjaan mestilah bermula dari niat. Niat letaknya di hati kita. Banyak juga tugas hati ya. Di manakah letaknya hati kita ya. Susah untuk kita menjawabnya. Niat ada kalanya sering berubah. Diharapkan niat kita sentiasa untuk melakukan kerja yang baik.
Sesuatu niat yang baik mestilah dikerjakan dengan cara yang baik. Tiada gunanya kita menggunakan cara yang tidak baik untuk mencapai cita-cita kita itu. Ada juga seseorang itu berniat tidak baik tetapi menggunakan cara yang baik, tidak boleh diterima juga.