BTC USD 85,307.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dunia Islam

mohad

Active+ Member
Messages
2,875
Joined
Oct 4, 2015
Messages
2,875
Reaction score
38
Points
30
membicarakan tentang perkembangan dunia islam dulu,kini dan masa depan..

Islam_percent_population_in_each_nation_World_Map_Muslim_data_by_Pew_Researchsvg_zpsd0cdf429.png


Prevailing_world_religions_map_1_zps1fd1cab5.png



world-political-map-2000px_zpsfuv8glyn.jpg


http://vid1380.photobucket.com/albums/ah198/mohad66/Nasyid%20Ya%20Rasulullah%20Paling%20Sedap_zpssspmo6ir.mp4

https://www.youtube.com/watch?v=mIeKB9nwrSc
https://www.youtube.com/watch?v=XMj185RtVu4&feature=youtu.be
 
Last edited:
Nabi Adam

NABI Adam dan iblis laknatullah adalah dua jenis makhluk ciptaan Allah untuk
menghuni alam yang fana (tidak kekal) ini. Kedua-duanya diciptakan oleh
Allah menggunakan unsur berbeza.

Adam diciptakan daripada tanah, manakala iblis dijadikan daripada api.

Pada mulanya, kedua-dua makhluk ini ditempatkan di Syurga tetapi akibat
keengganan mematuhi perintah Allah, maka mereka dimurkai Allah dan
diperintah turun ke dunia.

Bagaimanapun, Adam dikurniakan beberapa kelebihan dan kedudukan istimewa di
sisi Allah. Kelebihan itu dijelaskan Allah dalam surah al-A'raf ayat 11
hingga 25.

Berdasarkan ayat itu, Nabi Adam dikurniakan kelebihan berikut :

l Nabi Adam diberi ilmu pengetahuan melebihi malaikat.

l Allah memerintah malaikat, jin dan iblis supaya sujud kepada Nabi Adam.

l Nabi Adam dan isterinya (Hawa) ditempatkan dalam syurga dan diberi
kesempatan untuk makan buah-buahan di dalamnya.

Bagaimanapun, kelebihan dan keistimewaan kurniaan Allah kepada Nabi Adam
terbatas.

Perkara ini diterangkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Hai Adam!
Tetaplah engkau tinggal bersama isteri dalam syurga. Makanlah engkau berdua
makanan yang engkau kehendaki. Jangan sekali-kali engkau mendekati pokok
kayu ini (pokok khuldi). Sesungguhnya engkau akan termasuk dalam golongan
yang zalim." (Surah al-A'raf : ayat 19).

Iblis pula adalah bapa kepada sekalian syaitan dan makhluk yang terlalu
banyak dipengaruhi hasad dengki, tamak dan takabur. Sikap dan perlakuan
iblis itu terbukti apabila ia (iblis) menolak arahan Allah supaya sujud
kepada Nabi Adam. Keengganan iblis mematuhi perintah Allah disebabkan ia
menganggap kejadiannya lebih mulia daripada Adam. Adam dijadikan daripada
tanah sedangkan dirinya dijadikan daripada api yang disangkanya lebih hebat.

Sikap sombong iblis itu dimurkai Allah lalu menghalaunya turun dari syurga.
Perkara itu dinyatakan Allah dalam firman-Nya bermaksud : "Turunkan engkau
(iblis) dari syurga. Tidak patut engkau sombong dalamnya. Keluarlah engkau
dari dalamnya. Sesungguhnya engkau termasuk ke dalam golongan yang hina dan
rendah." (Surah al-A'raf : ayat 13).

Adam dan Hawa tinggal dalam syurga dalam keadaan senang dan bahagia. Keadaan
ini menyemarakkan lagi perasaan hasad, dengki dan cemburu iblis.

Perasaan itu mendorong iblis untuk memperdayakan Adam dan Hawa dengan
memujuk serta merayu mereka berdua supaya menghampiri dan memakan buah
larangan Tuhan.

Usaha iblis yang gigih dan tidak mengenal putus asa itu, akhirnya berjaya
menyebabkan Adam dan Hawa terpengaruh lalu memakan buah yang dilarang oleh
Allah.

Balasan Allah kepada Adam dan Hawa yang melanggar perintah-Nya itu
dijelaskan dalam al-Quran. Firman Allah yang bermaksud : "Turunlah kamu!
Sebahagian kamu dengan yang lain bermusuh-musuhan. Kamu boleh tinggal di
atas bumi dengan bersuka ria sehingga sampai ajalmu."

Di dunia, Adam dilantik menjadi Nabi dan baginda adalah Pesuruh Allah yang
pertama yang ditugaskan menyampaikan syariat Islam.

Peristiwa yang berlaku kepada Nabi Adam dan iblis ini hendaklah dijadikan
pengajaran dan wasiat kepada diri sendiri serta anak cucu.

Di antara perkara yang boleh diambil pengajaran dari peristiwa itu ialah:

l Janganlah terpengaruh dengan kenikmatan hidup di dunia ini. Berkenaan
kisah Nabi Adam dan iblis, kita dapati Baginda telah 'menambatkan' hati
kepada kehidupan yang penuh nikmat dalam syurga.

Lantaran itu, maka Nabi Adam di atas desakan isterinya terpengaruh oleh
iblis akhirnya memakan buah yang ditegah oleh Allah. Akibatnya baginda
dikeluarkan dari syurga dan ditempatkan di dunia, meskipun Tuhan memaafkan
kesalahan itu. (Peristiwa ini berlaku sebelum Adam diisytiharkan sebagai
rasul).

l Jangan kita terpengaruh atau mudah mengikut kehendak hidup (hawa nafsu)
isteri tanpa terlebih dulu memikirkan kebaikannya.

Nabi Adam menyesal perbuatan Baginda yang terlalu mengikut kemahuan
isterinya supaya memakan buah yang terlarang dalam syurga.

l Fikirkan dengan teliti sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan supaya
tidak akan menerima akibatnya.

l Apabila hati masih bergoncang dan tidak tetap ketika hendak melakukan
sesuatu pekerjaan atau tindakan, maka tinggalkan atau berhenti saja.

Nabi Adam memakan buah terlarang dalam syurga ketika hatinya masih ragu.

l Berbincang dulu sebelum melakukan sesuatu urusan. Nabi Adam mungkin
terhindar dari akibat yang perit jika Baginda berbincang dengan malaikat
sebelum bertindak memakan buah yang sudah dilarang oleh Allah.

Peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Adam dan Hawa ini diharap dapat
dijadikan pengajaran, panduan dan teladan dalam menempuh liku hidup
seharian.
 
Last edited:
Nabi Muhammad

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.



Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.



BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’


Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/02/biodata-dan-sejarah-ringkas-rasulullah.html#ixzz3sGd95rw4
 
Last edited:
Khulafa ar-Rayidin

Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum.[1][2][3] Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:

Saidina Abu Bakar, 632-634 M
Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M
Saidina Uthman Affan, 644-656 M
Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M

Selepas kematian Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Isi kandungan

1 Kaitan
2 Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
3 Khalifah Umar al-Khatab
4 Khalifah Uthman Affan
5 Khalifah Ali bin Abu Talib
6 Garis masa Khulafa al-Rasyidin
7 Kronologi Khulafa al-Rasyidin
8 Lihat juga
9 Rujukan

Kaitan

Hassan bin Ali dan Umar bin Abdul Aziz sering dikaitkan dengan Khulafa ar-Rasyidin.

Hassan bin Ali

Setelah ayahnya, Ali, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun pucuk pemerintahan sudah diambil Muawiyah, penyokong Ali telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh Muawiyah dalam tahun yang sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah kerana tiada persetujuan am diadakan. Muawiyah kemudian memulakan zaman Ummaiyyah, zaman khalifah warisan yang pertama.

Umar bin Abdul Aziz

Beliau memang seorang khalifah pada zaman Ummaiyyah dan ternyata bukan antara Khulafa ar-Rasydin. Dikenali sebagai Umar ІІ, beliau juga dikenali sebagai seorang khalifah yang agung kerana menyerupai datuknya, Umar І (Saidina Umar Al-Khatab) dari segi sikap tegas tetapi adil dan kesentosaan yang dibawa kepada wilayahnya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir; punca beliau diangkat untuk memerintah. Keagungan dan keadilan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam sejarah yang disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini menyebabkan beliau lebih terkenal daripada Hassan bin Ali dan disalah anggap sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin.

Namun begitu para ulama' bersepakat dan mengakui mengatakan bahawa beliau adalah mujaddid bagi kurun pertama Hijrah
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Abu Bakar

Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.

Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah antaranya ialah golongan khawarij. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine.

Beliau wafat pada tahun 634.
Khalifah Umar al-Khatab

Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Umar al-Khatab

Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 M. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Pada tahun 638, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut.

Saidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam, seperti menubuhkan pentadbiran baharu di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera dan membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan pertanian dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Kota Basra dan Kufah juga dibina semasa pemerintahannya.

Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah.
Khalifah Uthman Affan

Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Uthman Affan

Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644 M. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan angkatan tentera laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik dan urusan dagangan. Beliau juga berjaya menyalin semula ayat al-Quran dalam bentuk yang sempurna dan dikenali sebagai Mushaf Uthman.

Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.

Saidina Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.
Khalifah Ali bin Abu Talib

Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Ali Abi Talib

Pada tahun 656 M, khalifah ketiga Islam iaitu Khalifah Uthman Affan wafat kerana dibunuh oleh pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan supaya Saidina Ali menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Namun selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya bersetuju menjadi khalifah.

Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam, iaitu Perang Jamal ("Perang Unta") antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut Saiditina Aisyah binti Abu Bakar. Dalam perang ini, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah telah terkorban. Perang Jamal berjaya dipadam oleh Khalifah Ali. Selepas tamat Perang Jamal, Khalifah Ali menghantar Saiditina Aisyah kembali ke Madinah sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua.

Saidina Ali wafat pada tahun 661 Masihi akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam ketika beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh.

Kronologi Khulafa al-Rasyidin

632 M - Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang Bani Tamim dan Musailimah.
633 M - Pengumpulan Al Quran bermula.
634 M - Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.
635 M - Penawanan Madain.
636 M - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637 M - Mesir ditawan.
638 M - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
640 M - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644 M - Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645 M - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646 M - Kempen menentang Byzantine.
647 M - Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
648 M - Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656 M - Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
657 M - Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
659 M - Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661 M - Saidina Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
 
Last edited:
Mazhab

Mazhab (مذهب) ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam.

Dalam agama Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai.

Bagaimanapun, mengikut pendapat ulama Sunni, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab, mengikut qaul yang rajih.

Bagi Islam Sunah, terdapat 4 mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab masing-masing. Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang Islam. Mazhab lain, tidak mempunyai kaedah cukup yang dibukukan untuk dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi. Umat Islam di Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, Thailand dan Indonesia kebanyakannya mengikuti mazhab Syafie.

Bagi Islam Syiah pula, ada tiga mazhab utama iaitu Jaafari, Ismaili dan Zaidi.

Isi kandungan

1 Ahli Sunnah wal Jamaah
1.1 Mazhab Hanafi
1.2 Mazhab Maliki
1.3 Mazhab Syafie
1.4 Mazhab Hanbali


Ahli Sunnah wal Jamaah
Mazhab Hanafi

Rencana utama: Mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi diasaskan oleh Nu’man bin Tsabit. Beliau lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah yang dihadapi.

Oleh kerana beliau seorang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka dapat membuat perhubungan rapat dengan pembesar negara.

Beliau mendapat tempat baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan tinggi dalam pemerintahan.

Imam Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di Iraq. Beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra’u). Golongan cerdik pandai pada masa itu menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan."

Ketika hayatnya, beliau dapat mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama serta ideologi dan ism yang pelbagai.

Beliau dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyah.

Sesungguhnya Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri

Mazhab Hanafi turut digelar mazhab yang sangat rasional
Mazhab Maliki

Rencana utama: Mazhab Maliki

Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas. Beliau lahir di kota Madinah pada tahun 93 hijrah.

Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah. Sewaktu hidupnya, Iman Malik mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan Abbasiyah, di mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku.Pada masa itu juga pengaruh ilmu pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya di kalangan masyarakat. Iman Malik menghafaz al-Quran dan hadis Rasulullah. Ingatannya sangat kuat. Beliau mendengar hadis daripada guru. Kemudian terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan hadis yang pelajarinya.

Pada permulaan hidupnya, Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau memadam hasrat itu. Ibunya kemudian mahukan anaknya mempelajari ilmu fiqh. Beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Iman Malik adalah seorang guru miskin. Pernah suatu hari, kayu bumbungnya rumahnya roboh. Beliau kemudian menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya. Namun, Allah murahkan rezekinya hingga menjadi kaya. Dengan kedudukan itu, beliau memakai pakaian mahal dan bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang cergas dalam menuntut ilmu.

Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadis. Sanad (sandaran) yang dibawa oleh beliau, termasuk salah satu sanad terbaik dan benar. Imam Malik adalah seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya serta cermat dan halus memilih rawi-rawi hadis. Pendek kata, Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini. Imam Malik tetap berpegang teguh pada ajaran Rasulullah bahawa hadis itu petunjuk dan penyuluh kepada manusia. Seseorang tidak harus meninggal dan membelakangkannya.

Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau terlebih dahulu mendalami ilmu yang dipelajarinya hingga kadang-kala tidak tidur. Selepas fikirannya matang dan benar-benar berkebolehan, barulah beliau mengajar. Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan al-Quran dan hadis. Imam Malik menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau juga sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum. Imam Malik berfikir panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa.

Beliau pernah berkata: “Kadang-kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang dikemukakan kepada aku.” Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata kepada penanya : “Pulanglah dulu supaya aku dapat berfikir.” Ramai manusia merendah-rendahkan Imam Malik kerana beliau melewat-lewatkan menjawab sebarang pertanyaan. Imam Malik menangis dan berkata “Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti (hari kiamat)”.

Mazhab Maliki turut digelar sebagai mazhab yang terlalu tradisional
Mazhab Syafie

Rencana utama: Mazhab Syafie

Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin.

Inilah tarikh paling masyhur dikalangan ahli sejarah.

Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf.

Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.

Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi.

Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai.

Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua.”

Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.

Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz dan menulis hadis.

Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.

Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun, Allah menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.

Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?”

Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.

Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.

Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.

Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.

Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam Syafie sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.
Mazhab Hanbali

Rencana utama: Mazhab Hanbali

Pengasas mazhab Hanbali ialah Ahmad bin Mohamad bin Hanbal. Beliau lahir di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah.

Ibnu Hanbal dari keluarga miskin. Sewaktu bapanya meninggal dunia, keluarganya tidak ditinggalkan harta yang banyak kecuali sebuah rumah kecil yang didiaminya. Untuk menampung kehidupan, beliau terpaksa bekerja di kedai jahit.

Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau mempelajari hadis hingga menjadi seorang imam.

Seseorang pernah berkata kepadanya: “Sampai bilakah engkau hendak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?”

Imam Ibnu Hanbal menjawab: “Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hingga ke pintu kubur.”

Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya.

Imam Syafie adalah salah seorang guru beliau. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan haji. Pada waktu itu, Imam Syafie mengajar di Masjidil Haram.

Ibnu Hanbal mempelajari ilmu daripadanya. Mereka kemudian bertemu kali kedua di Baghdad. Imam Syafie menasihatinya supaya mengikutnya ke Mesir. Imam Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tidak kesampaian.
 
mcm ni la kawan, ini tidak, di paste nya artikel panjang kat thread situasi terkini di syiria tu....
 
Sumber hukum Islam

Al Quran dan hadith adalah sumber asasi bagi ilmu fiqh Islam, yang mana permulaannya ialah pada zaman Rasulullah. Sumber ini bertambah mengikut peredaran masa dan bidang luas ilmu fiqh.

Selain al-Quran dan hadis ialah pendapat Rasulullah yang dinamakan ijma’. Maksud dengan ijma’ ialah persetujuan atau permuafakatan ulama di atas satu perkara atau hukum yang tidak ada nas dari al-Quran dan hadis pada satu-satu masa.

Di sana ada juga al-Qiyas. Ini kerana hukum syarak pada gholibnya mempunyai beberapa ‘ilah atau sebab-sebab yang boleh diketahui. Apabila ada hukum yang dinaskan, maka bolehlah dipindahkan hukum itu kepada perkara yang tidak ada nas jika ada ‘ilahnya. Ini seperti wajib zakat pada padi adalah diqiyaskan daripada gandum. Ini kerana ada sama pada ‘ilatnya iaitu mengeyangkan dan tahan disimpan.

Maka dapat dibuat kesimpulan, bahawa al-Quran, hadis, al-Ijma’ dan al-Qiyas adalah sumber hukum yang terus hidup subur dan menjadi perbendaharaan besar yang membuka luas pintu bidang ilmu fiqh Islam. Ia menambah perbendaharaan dan kekuatan dalam hukum Islam.

Pada tahun 100 Hijrah iaitu pada zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, beliau menghantar ulama dan fuqaha’ ke seluruh negara.

Seterusnya, kerajaan Bani Ummaiyah hilang, timbul pula kerajaan bani Abbasiyah. Selain itu, berlaku pertelingkahan antara orang ‘Alawiyyin dengan orang ‘Abasiyyin. Begitu juga antara Syiah dan Khawarij.

Turut berlaku pada masa itu, penyambungan antara pemikiran orang Arab dan Yunani iaitu sebagai natijah daripada terjemahan dan pemindahan ilmu pengetahuan.

Pada masa itu juga mula disusun sunnah nabi, fatwa dan pendapat ulama. Ilmu fiqh pada waktu itu masyhur ke seluruh pelusuk negeri. Ramai orang yang mengikutnya dan beramal dengannya. Sebagai natijahnya lahirlah beberapa golongan atau pengikut fuqaha.
 
Back
Top
Log in Register