BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DUN Kelantan Bubar Pertengahan Jun - Speaker

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836

DUN Kelantan bubar pertengahan Jun - Speaker​

10 Mac 2023 10:03pm

2122637.jpg


Abdullah (tengah) ketika merasmikan Program Penutup Festival Beliwanis Kelantan, pada Jumaat.


KOTA BHARU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan dibubarkan pertengahan Jun depan berikutan tempoh mandat DUN akan berakhir pertengahan tahun ini.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob berkata, pembubaran itu juga berikutan kesemua enam negeri mengambil keputusan membubarkan DUN.

Menurut beliau, pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

"Biasanya pilihan raya akan berlaku selepas tempoh 60 hari pembubaran DUN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penutup Festival Beliwanis Kelantan di sini pada Jumaat.

Abdullah memberitahu, persidangan DUN terakhir akan dilaksanakan selama dua hari bermula 20 depan.

Sebelum ini, enam negeri mencapai persetujuan membubarkan Dewan Undangan Negeri ketika tempoh dua minggu terakhir Jun depan untuk melaksanakan PRN.

Negeri berkenaan ialah Negeri Sembilan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun mengambil kira tempoh masa pembubaran, PRN dijangka diadakan pada Julai atau Ogos ini.

PRN diadakan berikutan tempoh mandat DUN di enam negeri berkenaan akan berakhir pertengahan tahun ini.

Sementara itu, lebih 1,000 beliawanis menyertai Festival Beliwanis Kelantan yang dimeriahkan dengan persembahan penyanyi popular, Khai Bahar.


 
Back
Top
Log in Register