BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dun bubar serentak!

bell_phd

Active Member
Messages
1,033
Joined
Mar 26, 2010
Messages
1,033
Reaction score
6
Points
25
Empat negeri pembangkang ikut keputusan Kerajaan Pusat

Kuala Lumpur: Empat negeri pembangkang sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serentak dengan Parlimen.
Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor bersedia berbuat demikian selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen yang dikatakan diumumkan selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam mengesahkan akan mengikuti langkah Najib dalam menentukan pembubaran DUN Kedah.

Kita sudah bersedia

“Kita sudah bersedia menempuh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Kita akan ikut keputusan terdahulu yang kita buat dan tunggu sajalah hari mengundi nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, sebelum ini menyatakan tidak akan mengadakan pilihan raya berasingan dengan Kerajaan Pusat kerana akan menyebabkan banyak kesulitan.
Beliau juga berkata, PAS dan rakan dalam pakatan pembangkang di Kedah mampu menghadapi PRU Ke-13 pada bila-bila masa.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga mengesahkan kerajaan PAS Kelantan akan mengikut langkah Kerajaan Persekutuan dan PAS negeri sudah bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa jika Parlimen dibubarkan hari ini.

Boleh jimatkan wang

“Kita sudah lama bersedia. Malah, masalah berkaitan calon boleh dikatakan selesai, tiada sebarang masalah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di Kota Darulnaim.

Nik Aziz sebelum ini pernah menegaskan bahawa Kelantan lebih selesa membubarkan DUN mengikut Parlimen kerana dapat menjimatkan wang rakyat.

“Saya sudah buat kenyataan ini dulu dan akan bubar DUN secara serentak bagi mengelak perbelanjaan besar dan terlalu menjadi tumpuan,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata, Kerajaan Selangor akan membubarkan DUN serentak jika Najib membubarkan Parlimen sebelum 22 April.

Katanya, ini selaras dengan keputusan sebelum ini untuk membubarkan DUN pada 22 April jika Najib tidak berbuat demikian sebelum tarikh berkenaan.
Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain pula berkata, pihaknya hanya menunggu pengumuman pembubaran Parlimen pada bila-bila masa.

“Kita sudah bersedia. Kita ikut bubar jika Parlimen dibubar.. itu pun kalau esok (hari ini). Selama ini, semua pihak hanya menunggu tarikh pembubaran kerana DUN Pulau Pinang akan tamat tempoh pada 2 Mei depan,” katanya ketika dihubungi.

“Jika bubar, kita bubar sajalah.... saya tidak mahu beri komen lebih... jika nak tanya apa-apa, rujuk Ketua Menteri,” katanya ketika dihubungi.

SUMBER BERITA HAIRAN
 
jibby belum bergambar kenangan lagi...
lepas bergambar ramai2... dia bubar kut?
 
empat negeri pembangkang ? ? ?

hampa ingat Kedah, Penang, Selangor & Kelantan tu Negeri
tidak sah ke macam negeri perak.

sepatutnya kena tulis perak sebagai negeri kerajaan Haram.


Malaysia pun patut kena tulis kerajaan haram sebab kemenangan umno/bn adalah drp undi yg ditipu di sabah & sarawak.
 
empat negeri pembangkang ? ? ?

hampa ingat Kedah, Penang, Selangor & Kelantan tu Negeri
tidak sah ke macam negeri perak.

sepatutnya kena tulis perak sebagai negeri kerajaan Haram.


Malaysia pun patut kena tulis kerajaan haram sebab kemenangan umno/bn adalah drp undi yg ditipu di sabah & sarawak.

betul betul betul :))
 
takde maknenyer abam jib nak bubar...masih terlalu awal katanye!:))
 
telor jib kak ros dah genggam...kalau bersuara nanti kak ros picit...baik diam saja atau tunggu kat ros yang umumkan...hehehe
 
Tah bila la nak mengundi ni.... pakjib nak tunggu last minit kot baru bubar...
 
Back
Top
Log in Register