BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dulu RM10 kini RM50

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Bermula bulan ini, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan mengenakan caj RM50 bagi kerja pemotongan dan penyambungan semula bekalan air seperti dinyatakan secara terperinci dalam Kaedah-Kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006.

Berikutan caj terbaru itu, Syabas berharap orang ramai lebih peka serta prihatin mengenai kepentingan untuk menjelaskan bil air bulanan mereka, sekali gus membolehkan Syabas menjalankan kerja penyelenggaraan untuk memastikan pengguna menikmati air bersih dan berkualiti.

Oleh demikian, orang ramai diingatkan supaya membuat pembayaran bil air dengan segera bagi mengelakkan pemotongan bekalan.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som, berkata operasi pemotongan yang dilaksanakan pihaknya bukan bertujuan menindas pengguna atau mengaut keuntungan seperti yang didakwa.

“Ia menjadi tanggungjawab Syabas untuk mengingatkan pengguna supaya membuat pembayaran bil air dengan segera bagi mengelakkan tunggakan yang tinggi sehingga menyebabkan Syabas terpaksa memotong bekalan.

“Tidak dinafikan caj yang dikenakan sebelum ini RM10, namun melalui caj baru, kami berharap tiada tunggakan terlalu banyak oleh pengguna kerana ia juga bertujuan mendidik pengguna supaya menjelaskan bil air bagi mengelakkan pemotongan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, Syabas juga menggunakan budi bicara memberikan pertimbangan kepada pengguna yang kurang kemampuan termasuk membuat pembayaran secara ansuran.
 
emmm...kadangkala terfikir juga...kenapa rakyat sering dipermainkan....agaknya kalau setiap orang ada perigi di rumah..agaknya camner yek!
 
takyah la charge sampai tinggi gitu...
serba serbi nak makan doit rakyat....
ada sebab orang tertunggak nak bayor bil....
udah le jerih nak clear bil..kena lak lagi rm50..
 
takyah la charge sampai tinggi gitu...
serba serbi nak makan doit rakyat....
ada sebab orang tertunggak nak bayor bil....
udah le jerih nak clear bil..kena lak lagi rm50..

Salah satu cara depa nak bantu rakyat yang terhimpit:(scam
 
bkn bil air murah ke kat selangor?? nape ada yang xnak byr bil plak..
 
kepala ***** bersihh!.. berkarat ada lah..
 
mari lah kite mambayar bil air...
huhu...
:p:p
 
peringatan utk membayar bil..

he3..
 
TQ TT, ni peringatan terbaik untuk teman yg selalunya akan byr bil hanya setelah dapat surat WARNING je...
 
Back
Top
Log in Register