balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
PENDANG - Sebelum ini, heboh mengenai kejadian curi duit tabung Masjid Batu Hampat dan kini ia berlaku pula di Masjid Kobah awal pagi Selasa lalu.
Kejadian dijangka berlaku kira-kira jam 3 pagi selepas anak kariah selesai tadarus al-Quran dan meninggalkan masjid kira-kira jam 1 pagi namun, pintu pagar dan pintu utama masjid tidak dikunci pada pagi kejadian.
Anak kariah, Rozali Puteh, 57, berkata, hasrat jawatankuasa masjid untuk membuka tabung masjid pada hari ini tidak kesampaian selepas semua sumbangan orang ramai dalam tiga tabung masjid itu dicuri.
Katanya, kejadian disedari jemaah ketika datang menunaikan solat Subuh dan terkejut mendapati dua tabung masjid yang diletakan di ruang solat dikopak, manakala satu lagi berada di luar masjid.
“Semua tabung masjid akan dibuka pada setiap Jumaat dan setiap kali tabung dibuka wang sumbangan terkumpul pada setiap tabung kira-kira RM200.
“Saya rasa wang sumbangan di dalam tabung lebih banyak pada bulan Ramadan dan wang itu digunakan untuk pengurusan masjid,” katanya kepada Sinar Harian.
Anak kariah, Hasbullah Mahmud, 46, berkata, kejadian itu merupakan kali ketiga berlaku sejak beberapa tahun lalu kerana masjid berkenaan tidak berkunci.
Dia yang tidak menyangka kejadian itu berlaku menyifatkan kegiatan tidak bermoral itu mencemarkan kesucian dan kemuliaan Ramadan.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Pendang, Syeikh Ahmad Shukri Muhamed berharap agar individu terbabit dapat memulangkan kembali wang sumbangan itu.
Beliau juga meminta agar pegawai masjid khususnya di Pendang dan Kedah agar dapat membuka tabung masjid sekerap mungkin atau tiga hari sekali bagi mengeluarkan wang sumbangan itu dan dimasukkan ke dalam akaun masjid.
“Simpan di dalam akaun bank lebih selamat, bukan sepertimana lazim kebanyakan masjid membuka tabung dalam jangka masa lama,” katanya.
Ahmad Shukri berkata, masjid juga perlu dikunci dalam keadaan selamat namun perlu menyediakan kelengkapan solat seperti kain telekung, sejadah dan sebagainya di luar masjid untuk orang musafir menunaikan solat di masjid itu.
“Saya juga menyarankan agar setiap masjid dapat memasang gerigi besi yang bersesuaian di kawasan masjid menggunakan sumbangan orang ramai untuk memelihara keselamatan kelengkapan masjid,” katanya.
sumber;http://www.sinarharian.com.my/duit-tabung-masjid-dicuri-lagi-1.184321