BTC USD 80,654.2 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duit Syiling Siri Baharu Malaysia

g_kan

Active Member
Messages
2,279
Joined
Jan 22, 2008
Messages
2,279
Reaction score
180
Points
33
Tadi dok saja2 tengok tenet terjumpe plak satu website ni bntk citer tentang duit jer je nak share dgn warga cg,x pasti dah ada ke belum sblm ni,kalau dah ada mod boleh kasi delete..


duit syiling baru siri ketiga.jpg


50sen_baru.jpg

50 sen – Sulur Kacang


Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan. Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk ciri-ciri keselamatan.

20sen_baru.jpg

20 sen – Bunga Melur

Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling baru Malaysia 20 sen ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.

10sen_baru.jpg

10 sen – Motif Orang Asli

Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

5sen_baru.jpg

5 sen – Destar Siga


Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

Ciri-ciri Am Duit Syiling Baru Malaysia

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’. (sumber dari Bank Negara Malaysia)
 

Attachments

Last edited:
Perkataan "BAHARU" itu cuma wujud dalam Kamus Dewan Edisi Ke-2. Sekarang sudah Edisi Ke-4. Baharu adalah bahasa lama yang Najib guna (baru aku sedar bila dia baca belanjawan, banyak guna gaya bahasa lama). BARU adalah ejaan yang sepatutnya.
 
saiz syiling baharu memang kecil skit dari sblm2 ni,font dia pun lain
 
Perkataan "BAHARU" itu cuma wujud dalam Kamus Dewan Edisi Ke-2. Sekarang sudah Edisi Ke-4. Baharu adalah bahasa lama yang Najib guna (baru aku sedar bila dia baca belanjawan, banyak guna gaya bahasa lama). BARU adalah ejaan yang sepatutnya.

"Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Bahasa DBP pada 16 Ogos 2010, dan disahkan pada 8 November 2010, mengesahkan bahawa ejaan perkataan "baru" dan "baharu" itu adalah variasi ejaan yang dapat diterima pakai. Tidak ada perbezaan makna dan fungsi nahu".
 
Sepupu sy keje bank.katenye coin baru ni hujung thn ni release kot kat pblic..die tunjuk ari tu dah mcm token main game.
 
lawa gaks..tp 50 sen nampak kecik jer..dah macam same size 20 sen
 
Back
Top
Log in Register