Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Duit Syiling Sempena Pertabalan Agong
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan tiga jenis duit syiling peringatan bersempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah pada April lalu.
BNM melalui satu kenyataan media memberitahu, duit syiling peringatan itu telah dipersembahkan kepada baginda di Istana Negara Kuala Lumpur hari ini.
“Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan. Spesifikasinya syiling tersebut adalah Duit Syiling Peringatan Emas, Duit Syiling Peringatan Perak dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic.
“Duit Syiling Peringatan Emas diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Nilai muka duit syiling ini RM100 dan dijual pada harga RM1,800 sekeping dan cuma 500 keping ditempa,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Duit Syiling Peringatan Perak pula diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping adalah 21 gram manakala nilai muka duit syiling itu RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping dan hanya 600 keping ditempa.
Kata kenyataan itu, nilai muka Duit Syiling Peringatan Emas Nordic adalah RM1 dan dijual pada harga RM10 sekeping dan sebanyak 15,000 keping duit syiling peringatan itu telah ditempa.
Tambah kenyataan itu, duit syiling peringatan terbabit boleh didapati dalam set tiga dalam satu dan set dua dalam satu yang mana set tiga dalam satu mengandungi duit syiling emas, perak dan emas nordic dan setiap set duit syiling terbabit dijual pada harga RM2,000 dan hanya terdapat 500 set sahaja.
Manakala, set dua dalam satu pula mengandungi duit syiling perak dan emas nordic dan setiap set duit syiling itu dijual pada harga RM200 dan hanya terdapat 500 set.
“Duit syiling peringatan ini akan mula dijual pada 28 Jun ini di ibu pejabat BNM, Muzium dan Galeri Seni BNM, pejabat wilayah di Pulau Pinang dan Johor Bahru serta cawangan di Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching,” kata kenyataaan itu lagi.
Media hari ini melaporkan Tuanku Abdul Halim berkenan menerima persembahan wang syiling peringatan yang dikeluarkan sempena pertabalan baginda pada April lepas.
Tuanku Abdul Halim menerima persembahan itu bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah di Istana Negara, di sini.
Dua set wang syiling yang setiap satu mengandungi tiga keping syiling peringatan itu dipersembah oleh Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim.
sumber : http://mynewshub.my/2012/06/22/duit-syiling-sempena-pertabalan-agong/