fadl
Active Member
- Messages
- 1,019
- Joined
- Feb 3, 2013
- Messages
- 1,019
- Reaction score
- 227
- Points
- 43
Saya ada buat part-time sebagai freelance 3d designer (Blender 3D). Setakat ni semua kerja saya amik adalah dari luar negara. Bayaran pulak masuk dalam akaun Paypal. Memandangkan saya buat kerja ni pasal minat semata2 dan bukan kerana nak duit, jadi saya tak pernah amik tahu berapa bayaran saya dapat. Malah saya tak pernah jenguk pon akaun paypal saya sejak saya buka akaun tu beberapa tahun dulu. Sampai password dia pon saya dah lupa. Lepas saya naik pangkat baru2 ni dan gaji saya dah naik, saya semak balik income saya untuk pastikan saya dah perlu kene bayar cukai ke tak. Saya access akaun paypal saya buat pertama kalinya sejak bertahun tak pernah bukak. Saya tengok duit dalam tu dah boleh tahan banyak jugak. Jadi saya terfikir, duit saya dalam paypal tu kat mana lokasi dia? Adakah dalam Malaysia atau luar negara? Lepas tu pendapatan saya dari part-time ni (dari klient luar negara) adakah dikira sebagai taxable income atau tak?