balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
KUALA LUMPUR – Empat pegawai polis dan tiga kontraktor ditahan kerana disyaki terlibat menyeleweng wang peruntukan berjumlah RM1.5 juta bagi membaik pulih serta menaik taraf Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Pegawai polis yang ditahan masing-masing berpangkat Deputi Superintendan (DSP), Asisten Superintendan (ASP), Inspektor dan Koperal. Tiga lagi suspek merupakan kontraktor. Empat pegawai polis yang ditahan itu bertugas di Jabatan Logistik Bukit Aman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, kesemua suspek itu ditahan dalam siri tangkapan bermula kelmarin hingga awal pagi semalam.
Menurut beliau, bersama mereka yang ditahan, polis menyita beberapa buah kenderaan mewah, cop palsu dan akaun bank milik pegawai polis serta kontraktor yang ditahan.
“Kesalahan salah laku ini dikesan oleh Unit Naziran (Tatatertib) Polis Diraja Malaysia (PDRM). Susulan itu, kita membuka kertas siasatan dan mengesan mereka yang terlibat sebelum membuat tujuh tangkapan termasuk empat pegawai polis dalam PDRM sendiri,” kata beliau selepas merasmikan Majlis Sunathon 2015 Peringkat Bukit Aman di Masjid Bukit Aman di sini semalam.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm