BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Duda miang dijel 15 bulan

irsaffy

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,961
Joined
May 13, 2007
Messages
42,961
Reaction score
268
Points
131
Duda miang dijel 15 bulan
Oleh Sahlina Sahkirin
[email protected]
2010/01/22


MERSING: Duda miang yang ditahan polis kerana mengintai dan merakam aksi ranjang beberapa penduduk di beberapa taman perumahan di sini, dihukum 15 bulan penjara selepas mengaku salah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Mersing, semalam.

Sehubungan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM7,000 atau penjara 15 bulan dan disebabkan gagal membayar denda yang dikenakan, Abdul Hamid terpaksa menjalani hukuman penjara.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mengintai dan merakam menggunakan alat perakam video melalui tingkap di belakang rumah seorang penduduk di No 88, Jalan Utama, Taman Sri Daik, di sini kira-kira jam 11.15 malam, Khamis lalu. Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan sabit kesalahan boleh dihukum denda atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Abdul Hamid mengaku bersalah sebelum menundukkan kepala ketika pertuduhan itu dibacakan. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Lee Chong Heng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
 
tu lah sekodeng lagi..kan dah kena dok dlm penjara
 
da elok la tu...
 
hmm.. macamana dia rakam ranjang tuu??
 
dlm hotel besi nnti dia leh skodeng jiran dia gak...lagi open heheheh
 
Duda miang dijel 15 bulan
Oleh Sahlina Sahkirin
[email protected]
2010/01/22


MERSING: Duda miang yang ditahan polis kerana mengintai dan merakam aksi ranjang beberapa penduduk di beberapa taman perumahan di sini, dihukum 15 bulan penjara selepas mengaku salah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Mersing, semalam.

Sehubungan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM7,000 atau penjara 15 bulan dan disebabkan gagal membayar denda yang dikenakan, Abdul Hamid terpaksa menjalani hukuman penjara.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mengintai dan merakam menggunakan alat perakam video melalui tingkap di belakang rumah seorang penduduk di No 88, Jalan Utama, Taman Sri Daik, di sini kira-kira jam 11.15 malam, Khamis lalu. Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dengan sabit kesalahan boleh dihukum denda atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Abdul Hamid mengaku bersalah sebelum menundukkan kepala ketika pertuduhan itu dibacakan. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Lee Chong Heng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


eee kuar alamt umah, kalau aku si tuan umah, mau malu giler kuar paper aksi dirakam :D :">
 
Back
Top
Log in Register