BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua warga Thailand maut

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Kejadian mengakibatkan pemandu dan seorang penumpang van terbabit maut, dua lagi penumpang cedera parah.​

BENTONG - Dua warga Thailand maut dalam nahas melibatkan sebuah van dan sebuah lori di Kilometer 12 Jalan Bentong-Raub berhampiran Kampung Asap, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi itu turut mengakibatkan dua lagi penumpang van cedera parah.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, van yang membawa muatan 15 penumpang warga Thailand terbabit dalam perjalanan dari Thailand menuju ke Kuala Lumpur.

"Hasil siasatan mendapati sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu van dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori," katanya.

Disebabkan itu, pemandu, Musofa Cheana, 27, dan seorang penumpang sebelah belakang pemandu, Rasidah Chimamali, 34, maut di tempat kejadian.

Manakala, seorang penumpang, Aminah, 25, parah di kepala dan seorang lagi penumpang, Mohd Nur Sama, 37, patah tangan kanan.

"Kesemua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut manakala penumpang selebihnya bersama pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Mangsa yang maut di bawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Mohamad Mansor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
 
Back
Top
Log in Register