ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
IPOH - Dua pekerja warga Nepal cedera parah dipercayai dipukul dan ditikam di dalam bilik asrama kilang di kawasan Perindustrian Pengkalan, Lahat di sini, awal pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu disedari pemilik kilang yang menemui kedua-dua mangsa berusia 27 tahun terbabit dalam keadaan cedera parah.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pemilik kilang terbabit kemudiannya menghubungi pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan bermotosikal di Persiaran Perindustrian Pengkalan untuk membantu kedua-dua mangsa terbabit.
"Pengawal keselamatan berusia 32 tahun itu bertindak menelefon polis dan hospital untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
"Anggota dari Balai Polis Lahat yang menerima laporan segera ke tempat kejadian bersama Unit Forensik untuk menjalankan siasatan.
"Ketika mereka tiba di tempat kejadian, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, polis masih belum merakamkan keterangan daripada mangsa dan motif kejadian tidak dapat dikenal pasti.
Katanya, setakat ini tiada rampasan barang atau tangkapan dibuat dan siasatan masih diteruskan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan kecederaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.