hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,515
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,515
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Dua wanita 'kantoi' curi bungkusan
"Tangkapan terhadap kedua-dua wanita itu dipercayai berlaku pada jam 3.49 petang susulan tular video dua wanita berkenaan yang berjaya ditangkap.
"Pihak polis juga telah menerima video kejadian tersebut yang tular di laman sosial Facebook dengan durasi satu minit 31 saat.
"Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 3.49 petang, Jumaat lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Tambahnya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya.
Ketika ini, polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan syarikat penghantaran, pemilik bungkusan, serta suspek yang terlibat.