BTC USD 82,963.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua peragut berputih mata

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KLUANG - Dua suspek yang baru meragut seorang guru di sebuah kedai di Jalan Kampung Paya, di sini, berputih mata apabila mereka ditangkap orang awam ketika cuba melarikan diri, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi, mangsa, seorang wanita berusia 33 tahun berkunjung ke kedai milik adiknya sebelum didatangi seorang lelaki berusia 30-an di kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, lelaki berkenaan yang memasuki kedai tersebut terus meragut beg tangan mangsa.

Menurutnya, dalam kejadian berkenaan, berlaku sedikit adegan tarik-menarik antara mangsa dan suspek.

“Tetapi peragut berjaya mengambilnya manakala seorang lagi rakannya menanti di luar kedai dengan menaiki motosikal. Namun begitu, mereka berdua tidak sempat melarikan diri apabila orang awam berjaya menangkap mereka.

“Mangsa masih mengalami trauma selain lebam-lebam di lengan kiri akibat bergelut dengan peragut berkenaan,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, semalam.

Mohd Rozee berkata, ketika polis tiba di lokasi kejadian, kedua-dua peragut sudah ditangkap oleh orang awam dan hasil pemeriksaan badan, polis menjumpai satu pisau lipat berukuran 8 sentimeter pada salah seorang peragut.

“Hasil rampasan barang daripada peragut adalah beg tangan mangsa yang mengandungi dokumen dan kad-kad bank serta wang tunai RM500, pisau, sejambak kunci motosikal serta sebuah motosikal.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan denda," katanya.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Rabu ini dan hasil soal siasat mendapati kedua-duanya mempunyai rekod jenayah.

Polis berjaya menyelesaikan lima kes ragut yang melibatkan kawasan sekitar bandar Kluang dengan tertangkapnya dua peragut berkenaan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/dua-peragut-berputih-mata-1.277428
 
kenapa mesti meragut beg tangan..??

bek meragut rumput di padang...
 
dua peragut merah mata sebab kena ragut balik dengan org awam..
 
kena ragut lebam ckit2...peragut kompom lebam banyak2...hahaha...xpikiaq panjang...
 
Badan sehat tapi nak buat keje hina gak dia..

dasar pemalas nak wat macam mana..

Kalau dah sihat tu try lah cari keje bukan dok nak meragut je..

Bagus lah dapat dorang kalau kat tempat aku peragut ne dah nyawa2 ikan kena belasah kot..
 
Nasib makang le jawabnya tu kalu ada hudud mau kena potong tu
 
sebelum ni kes area yg sama juga tp suspek dpt lari.. maybe org yg sama..
 
area kluang? mana pegi kluang man???
 
Back
Top
Log in Register