BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua penumpang kejar pesawat di landasan ditahan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,165
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,165
Reaction score
346
Points
141
Jerman-landasan2-scaled.jpg

DUA lelaki (dalam bulatan) berdiri dekat pesawat Wizz Air. - Foto Tangkap Layar/Newsx

BERLIN – Sebuah video tular di media sosial memaparkan dua penumpang yang terlewat mengejar pesawat yang sepatutnya dinaiki mereka, dengan berlari di landasan sebuah lapangan terbang di Jerman, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Dalam rakaman tersebut, dua lelaki itu dilihat berlari dalam keadaan panik di landasan Lapangan Terbang Cologne/Bonn menuju ke sebuah pesawat Wizz Air.

Rakaman itu menunjukkan mereka melambai tangan ketika berlari dalam cubaan menarik perhatian juruterbang untuk menghentikan pesawat.

Dalam kejadian Sabtu lalu, pesawat yang sedang menuju ke Bucharest, Romania itu sedang bergerak ke landasan untuk berlepas.

Jurucakap lapangan terbang berkata, kedua-dua individu tersebut ditahan oleh kakitangan lapangan terbang sebelum diserahkan kepada polis.

“Meskipun kejadian itu berlaku, keselamatan penerbangan di lapangan terbang tidak diabaikan dan operasi penerbangan tidak terjejas,” katanya.

Polis berkata, mereka dikenakan tuduhan jenayah kerana menceroboh landasan terbang. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register