BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua penagih curi kabel diberkas

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
KUANTAN: Dua lelaki yang sedang memotong kabel milik Telekom Malaysia di belakang sebuah rumah di Kampung Melayu Cheroh, Raub diberkas semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Samsuddin Wan Osman berkata sepasukan anggota yang diketuai Ketua Balai Polis Cheroh, Sub Inspektor Radzi Saad bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat orang awam, kira-kira 3.30 petang semalam.

"Semasa menyerbu tempat kejadian, kedua-dua suspek yang berusia 32 tahun sedang mengerat kabel sepanjang lebih 10 meter dengan parang, pemotong wayar dan pisau lipat.

"Suspek yang terkejut dengan kehadiran polis cuba melarikan diri namun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Samsuddin berkata kedua-dua suspek turut didapati positif dadah.

Mereka direman selama empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Duapenagihcurikabeldiberkas/Article/index_html
 
Yang beli barang tu pun satu hal. Kalau ade org jual wat la report le ni dak terima je janji masuuk
 
kalau mat dadah,macam2 dorang wat nk dapat duit mudah
 
mau kena elektrik tu baru berakai...biar kena tangkap dah..
 
napelah x curik kebel letrik,untung2 kena karen terus ke alam yg abadi.
pasal diorg la tenet kat tempat aku prob
 
betul menyusahkan orang .. kebal semua selalu kena curi.. line telefon xde lepas 2 silap line internet pun xder
 
Back
Top
Log in Register