BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua motosikal dikebumi bersama jenazah

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,782
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,782
Reaction score
289
Points
146

Dua motosikal dikebumi bersama jenazah​

3574959.webp

Dua motosikal dikebumi bersama jenazah di Desa Rampa Mea di wilayah Kalimantan Tengah, Indonesia. Foto: Jawa Pos Radar Kediri.

JAKARTA – Suasana pilu menyelubungi Desa Rampa Mea di wilayah Kalimantan Tengah, Indonesia apabila ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk setempat mengebumikan dua beradik, Agus dan Willy.

Memetik laporan agensi Jawa Pos Radar Kediri, kedua-duanya terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa menunggang motosikal pada 22 Jun lalu.

Proses pengebumiannya bagaimanapun menarik perhatian orang ramai apabila dua motosikal yang dinaiki mereka ketika kemalangan turut dimasukkan ke dalam liang lahad.

Kedua-dua jenazah juga dikebumikan dalam satu liang lahad.

Sementara itu, dua motosikal tersebut diletakkan antara kedua-dua keranda sebelum proses pengebumian selesai.

Video upacara pengebumian tersebut tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Ramai mempersoalkan tujuan kenderaan tersebut ditanam bersama-sama, di samping yang lain menyampaikan ucapan takziah serta doa buat keluarga mangsa.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada keluarga berhubung alasan untuk mengebumikan kedua-dua motosikal tersebut bersama jenazah.

 
Back
Top
Log in Register