BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua maut, tigaparah kemalangan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

SEBUAH kereta remuk teruk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rantau Manis, Gua Musang, Kelantan, semalam.​

GUA MUSANG 5 Sept. - Dua maut dan tiga parah dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 21, Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Rantau Manis di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Saiful Bahri Abdullah berkata, mangsa yang maut dalam kejadian pukul 7.05 pagi itu ialah Siti Syuhada Abdul Aziz, 24, dan Nor Hazimah Azman, 19.

Menurutnya, mangsa yang parah pula ialah Mohamad Hizwan Rusli, 24, Halimah Yacob, 58, dan Muhammad Alif Abdul Aziz ,19.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila kedua-dua kereta iaitu Proton Persona dan Honda City bertembung.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, kereta Honda City yang dipandu Mohamad Hizwan menghala ke Kota Bharu gagal memotong kenderaan di hadapan sebelum bertembung dengan kereta dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Gua Musang, Pegawai Bomba Kanan II, Azman Dollah berkata, pihak menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.22 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.



Source: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/dua-maut-tiga-8232-parah-kemalangan-1.131989
 
memotong ikut suka,tak lepas orang lain jadi mangsa
 
Ingatkan mohdamin td. Baru perasan honda city bukan civic
 
jenis kepala batu mcmni yg banyak buat orang xbersalah mati sekali...

kalau dia nk mati sengsorang pi mampuih ler...
 
Back
Top
Log in Register