BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua maut, tiga cedera

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Gelam, Tanjung Kling, kelmarin​

TANJUNG KLING - Dua remaja maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian kemalangan membabitkan pelanggaran tiga motosikal di Jalan Kampung Gelam dekat sini, malam kelmarin.

Mangsa yang maut adalah Muhammad Amirul Adam, 14, dari Kampung Gelam dan Suhaiming Lemlaeh, 19, dari Sungai Udang.

Menurut sumber polis, siasatan awal mendapati kemalangan jam 9.36 malam itu berlaku apabila salah sebuah motosikal yang ditunggang salah seorang mangsa dari arah Tanjung Kling terbabas lalu berlanggar secara berdepan dengan dua motosikal lain dari arah bertentangan.

Akibat kemalangan itu, Suhaiming, seorang daripada mangsa terlibat cedera parah di badan dan kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa, Muhammad Amirul meninggal dunia di hospital.

Tiga mangsa lain, iaitu Mohd Hamdan Syahkirin Amirruddin, 18, yang membonceng motosikal ditunggangi Muhammad Amirul dan sebuah lagi motosikal terlibat ditunggangi Jamaludin Abdul Hadi, 47, bersama anaknya, Muhammad Farid Hakimi Jamluddin, 12, cedera dan
dikejarkan ke Hospital Melaka.

Sementara itu, bapa saudara kepada Suhaiming, Yahya Ahmad Kadar, 50, ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Melaka berkata, arwah adalah anak tunggal.

Menurutnya, bapa Suhaiming seorang tentera kini sedang menyertai misi pengaman antarabangsa di Lubnan.

"Saya difahamkan arwah dalam perjalanan ke stesen bas di Melaka Sentral untuk mengambil seorang kawan.

"Saya terkejut apabila diberitahu, dia (Suhaiming) terlibat dalam kemalangan dan maut di lokasi kejadian," katanya.

Dalam pada itu, bapa kepada Muhammad Amirul, Adam Ali, 46, berkata, anaknya, adalah anak bongsu daripada tiga adik-beradik dan bersekolah di Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung.

"Saya tidak tahu, dia keluar ke mana pada malam kejadian kerana ketika dia keluar, saya sedang solat Isyak," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Dearah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian itu.
 
Back
Top
Log in Register