BTC USD 86,008.4 Gold USD 4,155.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua maut nahas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Sebuah bas ekspres terbabas dan mengakibatkan pemandunya maut di Kilometer 317, Lebuhraya Plus semalam.​

TAPAH - Seorang lelaki maut apabila bas ekspres tanpa penumpang dipandunya terbabas di Kilometer 317, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa, Yeoh Tian Bun, 24, maut di tempat kejadian akibat tercampak keluar.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati, bas itu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar besi pengadang lebuh raya.

"Keadaan itu menyebabkan mangsa tercampak keluar dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa berasal dari Batu Belah, Klang dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa untuk urusan pengkebumian," katanya.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Batu 8, Lekir, semalam.

Ketika kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 50 tahun dan merupakan penumpang kereta jenis Kia meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, nahas dipercayai berlaku, apabila kereta jenis Kia yang dipandu wanita berusia 26 tahun cuba memotong kenderaan di hadapan, namun gagal sebelum bertembung kereta jenis Nissan Navara yang datang dari arah bertentangan.

"Mangsa bersama pemandu dan seorang lagi penumpang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan menuju ke Sitiawan, nahas itu turut menyebabkan pemandu parah manakala seorang lagi penumpang cedera ringan.

"Pemandu serta penumpang sebuah lagi kereta pula, hanya mengalami cedera ringan," katanya.

Pelanggaran menyebabkan kedua-dua kereta mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kereta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
 
Lagi2 berita nahas bas. Sistem pengangkutan paling tidak selamat di Malaysia.
 
Back
Top
Log in Register