BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua kali jari kena calit

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Ina menunjukkan kedua-dua jari telunjuknya dicalit dakwat kekal kerana kecuaian petugas SPR, di Pusat Mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, semalam.

TELUK INTAN - Gara-gara kecuaian petugas di pusat mengundi menyebabkan seorang gadis menerima dua calitan dakwat di kedua-dua jari telunjuknya ketika mengundi di Pusat Mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, di sini, semalam.

Gadis itu seorang pekerja swasta yang mahu dikenali sebagai Ina pertama kali mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi kerusi Parlimen Teluk lntan dan kerusi Dun Pasir Bedamar.

Katanya, sebaik sahaja selesai menunjukkan kad pengenalannya kepada pegawai petugas, dia berusia 26 tahun telah beredar ke meja tempat dakwat.

“Ketika saya menghulurkan jari telunjuk tangan kanan kepada pegawai wanita yang duduk di kaunter bertugas di tempat dakwat kekal terus mencalit dengan dakwat kekal.

“Selepas itu saya telah bertanya kepada petugas itu adakah betul jari telunjuk kanan untuk disapu cat pegawai itu mengatakan betul namun tidak lama kemudian, wanita itu meminta maaf kepada saya setelah menyedari dia telah melakukan kesilapan,” katanya.

Ina berkata, petugas wanita itu suruhnya menunggu lima minit supaya dakwat itu kering sebelum petugas itu terus mencalit dakwat kekal pada jari telunjuk tangan kiri.

Menurutnya, dia yang kesal dengan tindakan petugas SPR turut membuang undi di pusat mengundi setelah memasukan kertas undi dalam peti undi

“Nampaknya, saya mencipta rekod pertama dalam PRU13 kerana kerana dua jari telunjuk kanan dan kiri dicalit dakwat kekal di atas kecuaian petugas pilihan raya,“ katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/dua-kali-jari-kena-calit-1.157437
 
alamak...itu pun masuk surat khabar...tempat aku jaga undi pun ada gak...biasalah kesilapan manusia...rasanya bukan satu masalah besar kerana disitu ada ejen-ejen parti
 
salah dye yg hulur tgn kanan terus ke atau salah petugas yg terus calit dakwat tu tanpa tgk tgn dye dulu....?
 
ok kita cari salah siapa .... ?

ingat undi 2 kali
 
ini pun nak dijadikan isu...
salah tuan jari jugak, siapa suruh hulurkan jari kanan...
 
hehe... ni nak glemer cepat ni.. :)):))
 
suruh la petugas tu calit sepuluh jari..xyah pakai inai lg dah..
 
Kiri ke kanan ke mana2 pun boleh adoi
 
Back
Top
Log in Register