BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Gelanggang Satu Khidmat, Syafiqa Haidar Afif Terus Berbakti Kepada Negara

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dua Gelanggang Satu Khidmat, Syafiqa Haidar Afif Terus Berbakti Kepada Negara​

400de0ba85a6f7557b5c84912fe519026a96c95bcdcd3

9c350155a5c00c500dfa80395b95faef6a96ca992a645

5c32174ef5f3992cb66d9dc2d716f6b86a96cabc29b5c

0eebb39c8fec7ab82e41b5120d9939566a96c94a839e7

842b36ac9f0d26f1232fe9735dd7af616a96c96bda980

Atlet boling padang kebangsaan Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman

Bagi Syafiqa Haidar Afif Abdul Rahman, khidmat kepada negara tidak hanya bermula apabila Jalur Gemilang dikibarkan di gelanggang antarabangsa, sebaliknya turut diterjemahkan setiap hari melalui tugasnya membantu masyarakat di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Wanita berusia 32 tahun itu menggalas dua peranan serentak sebagai pembantu tadbir di MBSA dan atlet boling padang kebangsaan, dengan kedua-duanya dilihat sebagai wadah untuk menyumbang kepada rakyat dan negara dalam bidang masing-masing.

“Bagi saya, dua-dua adalah khidmat. Di MBSA saya berkhidmat kepada masyarakat, manakala sebagai atlet saya bawa nama Malaysia,” katanya ketika ditemui Bernama di Wisma MBSA baru-baru ini.

Syafiqa Haidar Afif berkata keputusan menyertai MBSA pada 2024 ketika berusia 30 tahun dibuat sebagai persediaan membina kerjaya jangka panjang selepas menyedari perjalanan sebagai atlet mempunyai tempoh dan pasang surutnya.

Pada masa sama, sokongan MBSA membolehkannya mengimbangi tanggungjawab sebagai penjawat awam dengan komitmen menjalani latihan serta menyertai pertandingan di dalam dan luar negara.

Beliau berkata kedua-dua peranan itu mempunyai tujuan yang sama, iaitu memberikan yang terbaik kepada masyarakat dan negara, sama ada melalui tugasan harian di pejabat atau mengharumkan nama Malaysia pada pentas antarabangsa.

Perjalanan Syafiqa Haidar Afif dalam boling padang bermula sejak di bangku sekolah rendah di Perlis sebelum diteruskan ketika melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Minat itu membawanya mewakili Perlis dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dari 2008 hingga 2014, termasuk meraih pingat emas pada edisi 2012 dan 2014, sebelum diserap ke pasukan kebangsaan selepas tamat pengajian.

 
Back
Top
Log in Register