BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua ditahan ketika tangkap ikan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Dua nelayan warga asing yang ditahan Maritim Malaysia ketika sedang menangkap ikan.​

PELABUHAN KLANG - Keasyikan dua lelaki warga asing sedang menangkap ikan terbantut selepas mereka ditahan dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) di perairan 1.8 batu nautika, Kuala Selangor, kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Klang, Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata, aktiviti tersebut dikesan dalam satu rondaan anggotanya.

Menurutnya, melihat keadaan bot nelayan jenis fiber yang mencurigakan, satu pemeriksaan dijalankan kira-kira jam 12.35 tengah hari berjaya menahan dua lelaki warga asing berusia 41 dan 43 tahun.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mereka bekerja tanpa dokumen sah.

"Kedua-dua tangkapan kemudian dibawa ke jeti daerah Maritim Klang untuk disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat dalam lesen dan Peraturan 39 (b) Akta Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat permit atau pas lawatan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan lagi pemantauan dan rondaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang laut.
 
Back
Top
Log in Register