BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua bot, 20 nelayan ditahan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Seramai 20 nelayan Vietnam yang ditahan dibawa ke Pangkalan Maritim Wilayah Timur di Teluk Kalong untuk siasatan lanjut.​

KEMAMAN - Sebanyak dua bot bersama hasil tangkapan bernilai RM1.2 juta berjaya dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Wilayah Timur setelah menangkap dua kumpulan nelayan asing warga Vietnam, petang kelmarin.

Tangkapan itu dilakukan Kapal Maritim (KM) Gemia di kawasan 62 batu nautika dari Tanjung Mat Amin, di sini, pada Ops Perkasa Timur Siri 37/2015.

Kesemua nelayan yang ditahan dari kedua-dua bot terbabit berjumlah 20 orang dan berusia 18 hingga 53 tahun.

Pegawai Pemerintah KM Gemia, Leftenan Komander Maritim Mohammad Othman berkata, sebelum penahanan itu dibuat, beliau bersama lima pegawai dan 10 anggota sedang melakukan rondaan sempena Ops Perkasa Timur yang dilakukan selama lima hari bermula 30 Mac lalu.

Menurutnya, kedua-dua bot tersebut diperiksa kira-kira jam 3 petang berikutan kesemua nelayan dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"KM Gemia bertindak menahan dua bot bernombor KG 93236 TS dan KG 93580 TS yang disyaki nelayan asing apabila kita sedari kehadiran mereka di perairan Kemaman.

"Hasil pemeriksaan didapati sebuah bot tidak mempunyai sebarang dokumen sah manakala di dalam sebuah lagi bot disyaki sebahagian awak-awaknya tidak memiliki dokumen yang sah," katanya.

Katanya, kedua-dua bot tersebut disyaki melakukan kesalahan menangkap ikan tanpa kebenaran di bawah Akta Perikanan 1985.

Bot bersama awak-awak yang ditahan kemudiannya dibawa ke Pangkalan Maritim Wilayah Timur di Teluk Kalong untuk siasatan lanjut.

Tambah beliau, hasil tangkapan dirampas turut melibatkan sotong yang dijemur kering selain pelbagai jenis ikan.

"Orang ramai terutama nelayan tempatan diminta segera buat laporan sekiranya kesan kehadiran nelayan asing di perairan negara," katanya.
 
Back
Top
Log in Register