BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua beranak hilang bot karam

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
DUA beranak dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka bersama ahli keluarga lain, karam ketika cuba merentasi Sungai Jelai, dekat Kampung Bertang, di sini, tengahari tadi.


Lipis: Dua beranak dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka bersama ahli keluarga lain, karam ketika cuba merentasi Sungai Jelai, dekat Kampung Bertang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Rozi Omar, 52, bersama anaknya, Zakirah Ahmad Husin, 19, dan suaminya, Ahmad Husin Mad Aris, 52, serta seorang lagi anak mereka, Nur Aina, 23, sedang menaiki bot dipercayai untuk meninjau rumah mereka yang ditenggelami banjir.

Penghulu Mukim Ulu Jelai, Asyhar Amin Ahmad berkata, dia menerima maklumat berhubung kejadian daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Bertang kira-kira 12 tengah hari tadi.

"Setakat ini kedua-dua mangsa iaitu Rozi dan anaknya, Zakirah masih belum ditemui, manakala suaminya bersama seorang lagi anak mereka berjaya menyelamatkan diri.

"Kami sudah memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang dilakukan dengan kerjasama penduduk kampung," katanya.

Katanya, pihaknya menasihatkan penduduk kampung supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil keputusan yang berisiko berikutan keadaan arus Sungai Jelai masih deras dan paras air juga melepasi paras bahaya.


== hmetro
 
Back
Top
Log in Register