BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua anak tiada sijil lahir

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Keluarga Khairil Amri (kanan) mendapat perhatian Japerun Ayer Keroh dan Pembela BN Melaka selepas dua anaknya yang berusia enam dan dua tahun tiada sijil kelahiran.​

BATU BERENDAM - Akibat faktor kekangan ekonomi keluarga, dua daripada lima anak seorang pengawal keselamatan di Kampung Batu Berendam, di sini berusia dua dan enam tahun tidak mempunyai sijil kelahiran.

Khairil Amri Abd Khalid, 48, berkata, disebabkan masalah itu juga, anaknya yang berusia enam tahun tidak dapat mendaftarkan diri di mana-mana sekolah.

"Sebelum ini, pendapatan saya tidak tetap menyebabkan saya sekeluarga sering berdepan masalah ekonomi. Puncanya, saya terlewat daftar. Bila orang kata kena denda disebabkan lewat mendaftar, saya tidak mampu jadi saya abaikan sehinggalah sekarang.

"Akhirnya apabila hendak mendaftarkan anak ke sekolah, kami tidak dapat kerana ketiadaan sijil kelahiran," katanya ketika ditemui di rumahnya semasa lawatan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Dun (Japerun) Ayer Keroh, Mohd Arif Yusa dan Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz, Pengerusi JKKK Batu Berendam Gapar Othman serta Pengerusi Dun Ayer Keroh, Azizan Daud.

Sementara itu, menurut Mohd Arif, kebanyakan kes-kes kebajikan yang dilaporkan di Dun Ayer Keroh membabitkan individu atau keluarga dari luar kawasan tinggal menyewa di situ.

Bagaimanapun katanya, yang menjadi masalah, sekiranya tiada pihak tampil melaporkan sesuatu kes sehingga pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dilihat seolah-olah tidak mengambil peduli masalah berkenaan.

"Selalunya kami berdepan masalah orang luar yang datang menyewa di kawasan ini. Oleh kerana mereka tinggal di sini, kami tetap mengambil berat terhadap mereka.

"Kebanyakan kes membabitkan kemiskinan, sakit atau tiada dokumen pengenalan diri," katanya.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata, Pembela BN akan mengambil semua dokumen berkaitan kelima-lima anak pengadu sebagai usaha mempercepatkan permohonan mendapatkan sijil kelahiran berkenaan.

"Japerun Ayer Keroh sudah pun mengusahakan bantuan sewa rumah bulanan yang dibayar secara tahunan. Saya percaya dengan kerjasama antara JKKK dan Japerun masalah keluarga ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya.
 
Back
Top
Log in Register