Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,458
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,458
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
04.01.2020 - Johor Bahru, Dua lelaki maut apabila kereta dinaiki terbabas lalu merempuh pam di stesen minyak di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru, hari ini.
Dalam kejadian 6.15 pagi itu, dua lelaki yang juga pemandu dan penumpang hadapan kereta Honda City itu maut di tempat kejadian.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Khairul Azhar Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan pada 6.26 pagi.
“Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan lapan anggota.
“Siasatan mendapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah Honda City dinaiki tiga individu yang merempuh pam stesen minyak,” katanya.
Beliau berkata, dua lelaki disahkan maut di tempat kejadian, manakala seorang wanita yang turut berada dalam kereta terbabit cedera dan dihantar ke hospital dengan EMRS.
“Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Prem Jayapal, 32, berasal dari Taman Sri Putri, Kulai yang juga pemandu kereta itu.
“Dia dipercayai terpelanting dan dihempap kereta, manakala penumpang di bahagian hadapan yang turut maut dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an, namun identiti belum dapat dikenal.
“Penumpang di bahagian belakang dikenali sebagai C Edriana berusia 20-an, cedera,” katanya.
Menurutnya, pihaknya menggunakan ‘air lifting bag’ untuk mengangkat kereta terbabit bagi mengeluarkan mangsa yang berada di bawah kenderaan,
“Bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang maut dari kawasan kereta, dan diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.
“Mangsa yang terselamat masih dalam keadaan trauma,” katanya.
Operasi kemudian ditamatkan pada 7.40 pagi.
Berita asal https://www.sinarharian.com.my/article/64529/BERITA/Tragedi/Dua-maut-kereta-rempuh-pam-minyak