BTC USD 84,167.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DSAT Group bakal saman Sanusi RM1 bilion

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,623
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,623
Reaction score
4,821
Points
266

DSAT Group bakal saman Sanusi RM1 bilion​

18 November 2024 11:21am

Hantaran yang di muat naik di Facebook milik Azizul yang memutuskan akan menyaman Sanusi RM1billion.

Hantaran yang di muat naik di Facebook milik Azizul yang memutuskan akan menyaman Sanusi RM1billion.

ALOR SETAR - Kumpulan DSAT memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor sebanyak RM1 bilion.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Azizul Tandek melalui hantaran di Facebook miliknya pada Isnin menjelaskan tindakan itu diambil susulan kenyataan Sanusi pada 7 November lalu ketika sidang media di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

"DSAT Group memutuskan akan saman MB Kedah 1 bilion atas kenyataannya pada 7 November 2024 di MPSPK. See u in court," tulisnya.

Dalam sidang media pada 7 November lalu, Sanusi mengharapkan syarikat yang berminat untuk mengambil alih pasukan bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC agar benar-benar mempunyai kemampuan untuk menguruskannya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) itu berkata, walaupun urusan pemilikan kelab itu tidak bersangkutan dengan kerajaan negeri, namun beliau tetap memberi pesanan agar tidak berlaku sebarang penipuan dalam perkara itu.

"Kalau ada kemampuan, silakan. Kita harap dan berdoa dia adalah kemampuan, jangan 'scam' lah, belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah.
"Macam scammer tak bagus lah. Dia tak ada sangkut paut dengan kita (kerajaan negeri) dia tak berurusan dengan kita dan dia tak perlu kebenaran saya atau Exco Sukan... perlu jumpa pihak peguam KDA,” katanya.

Sebelum ini, Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mempelawa mana-mana pihak yang berminat memiliki pasukan itu untuk menghantar surat tunjuk minat atau surat tawaran secara rasmi kepada mereka.

Menurutnya, tiada halangan untuk mempertimbangkan mana-mana tawaran yang munasabah serta tulen demi kepentingan dan kelangsungan KDA FC
Pelawaan itu kemudian disambut Azizul yang mengutuskan surat rasmi melalui anak syarikatnya, Mahsuri Medical Centre (MMC) pada Ahad lalu mengenai minat mendapatkan pasukan bola sepak tersebut.

pe kaitan dsat group ni?? ayat berita pon tak berkait gan isu saman sebb ape
 
pe kaitan dsat group ni?? ayat berita pon tak berkait gan isu saman sebb ape

Terima nasib sama, kisah DSAT Group-Kedah tak ubah seperti yang pernah dialami kem The Rhinos, TBG termasuk Kelantan​

3013294.png

Penyokong KDA FC bersetuju dengan keputusan pihak pengurusan yang kurang yakin terhadap kredibiliti Azizul dalam bola sepak. — Facebook/Dato' Seri Azizul Tandek

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) memutuskan untuk tidak meneruskan perbincangan untuk menjual pemilikan saham pasukan berpangkalan di Utara tanah air berkenaan kepada Mahsuri Medical Centre (MMC).

Menerusi kenyataan media pada Isnin, pihak pengurusan KDA FC memutuskan untuka menutup pintu rundingan dengan DSAT Group Sdn Bhd yang dimiliki usahawan kelahiran Tawau, Sabah, Datuk Seri Azizul Tandek.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Dr Zaki Zamani Abd Rashid mengemukakan surat tawaran kepada KDA FC pada 3 November lalu untuk memiliki kepentingan yang ditanggung kelab berkenaan.

Empat hari kemudian pihak KDA FC memberi maklum balas untuk merujuk tawaran itu dengan pihak peguam kelab bagi membincangkan asas serta terma tawaran dengan lebih lanjut dan terperinci.

Meskipun masalah kewangan Kedah masih belum menemui jalan penyelesaian namun penyokong Sang Kenari bersetuju dengan keputusan pihak pengurusan yang kurang yakin terhadap Azizul.

Situasi tidak menemui kesepakatan bersama potensi pemilik seperti yang dialami Sang Kenari juga sebenarnya pernah berlaku kepada tiga kelab Liga Malaysia (Liga M) sebelum ini;

1) DSAT Group-Sabah FC

Bukan hanya berminat untuk memiliki skuad Hijau Kuning, malah DSAT Group juga menyatakan hasrat untuk mengambil alih Sabah FC yang merupakan kelab di negeri kelahiran Azizul.

Hasrat Azizul yang dilihat cukup berminat untuk menceburi bidang bola sepak itu pasti mahu memiliki Sabah kerana skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee sebelum ini pernah terpalit dengan isu tunggakan gaji pada awal musim.

Namun, hasratnya untuk menjadi pemilik skuad Sang Badak juga seakan-akan tidak kesampaian selepas The Rhinos mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan dijual ke mana-mana pihak.

Dalam satu hantaran di laman media sosial Sabah FC pada minggu lepas, mereka menegaskan pasukan berkenaan bukan untuk dijual selain menjelaskan tiada pihak yang sudah menemui mereka.

2) Kelantan-Datuk Seri Vida
3013290.png

Vida (kanan) ketika bertemu Norizam pada tahun lepas. — Facebook/Ammar Zahar

Sebelum menyaksikan Kelantan FC terkubur dalam saingan domestik dek kegagalan pemiliknya iaitu Norizam Tukiman atau lebih mesra dengan sapaan Zamsaham dalam menguruskan kewangan sehingga berlaku hutang tertunggak mereka.

Norizam yang mula mengambil alih Kelantan pada musim 2020 dengan nilai RM6.8 juta tidak mampu bertahan lama apabila gagal untuk menyertai mana-mana saingan liga susulan masalah hutang tertunggak mereka.

Kehilangan The Red Warrios (TRW) dalam saingan domestik juga dikatakan berpunca kerana keengganan Norizam untuk menerima tawaran usahawan ternama tanah air, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih mesra disapa Datuk Seri Vida.

Vida sebelum ini meluahkan hasrat untuk mengambil alih Kelantan FC dengan hasrat mahu menyelamatkan pasukan itu dari kemelut kewangan namun Norizam kekal dengan pendiriannya untuk menerajui Kelantan FC untuk tempoh semusim lagi.

Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd sebelumnya sudah berkongsi bahawa pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim merupakan rujukan utamanya untuk membina semula empayar Kelantan.

3) Perak-RCL
3013293.png

Perak FC dilandar krisis kewangan pada musim 2021. — Facebook/Perak FC

Perak FC juga pernah mengalami situasi hitam mengenai tunggakan gaji pada musim 2021 sehingga menyaksikan mereka terjatuh ke divisyen kedua bola sepak negara pada tahun yang sama.

Sebelum skuad The Bos Gaurus (TBG) dipulihkan pada 2022 oleh syarikat telekomunikasi, XOX Bhd melalui anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd, Perak FC sempat menarik minat beberapa organisasi.

Antaranya ialah Riau Capital Live (RCL). Organisasi tersebut merupakan salah satu syarikat di bawah Riau Capital Group yang bertumpu pada industri pelaburan, media dan hiburan.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC ketika itu, Muhammad Yunus Zakariah menyatakan bahawa RCL bakal mengambil alih TBG pada waktu berkenaan adalah tidak tepat dengan dia juga tidak diberikan surat tunjuk minat (LOI) dari organisasi berkenaan. — Majoriti

Attachments

'See you in court', DSAT mahu saman MB Kedah RM1 bilion?​

Oleh FREZELLA AMIL
  • PODIUM
  • Isnin, 18 Nov 2024
    11:20 AM MYT
3022617.jpeg

Pengerusi Eksekutif DSAT Group, Datuk Seri Azizul Tandek dipercayai akan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

PENGERUSI Eksekutif DSAT Group, Datuk Seri Azizul Tandek dipercayai akan memfailkan saman terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung ucapan dalam satu majlis pada 7 November lalu yang didakwa berunsur fitnah.

Perkara tersebut dikongsikan oleh usahawan kelahiran Tawau, Sabah itu di laman Facebook pada Ahad yang memutuskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kedah itu.

"DSAT Group memutuskan akan saman MB Kedah RM1 bilion atas kenyataannya pada 7 November 2024 di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK). See you in court," tulisnya.

3022616.jpeg

Tangkap layar hantaran Azizul Tandek yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap MB Kedah.

Difahamkan, keputusan itu diambil susulan ucapan Sanusi yang didakwa memfitnah DSAT Group sebagai syarikat 'scam'.

"Kalau dia ada kemampuan, sila. Boleh selesai masalah. Kita harap dia ada kemampuan. Doa-doalah dia ada kemampuan. Jangan 'scam' lah. Belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah. Macam 'scammer' tak bagus lah.

"Dia tiada sangkut paut dan tak perlu kebenaran kita pun, dia berurusan dengan KDA FC. Harap-harap ada sinar di hujung terowong," katanya ketika Mesyuarat Exco di Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah pada 7 November.

Sebelum ini, kancah bola sepak tanah air dihebohkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh anak syarikat DSAT Group Sdn Bhd, Mahsuri Medical Centre yang mendapat arahan daripada Azizul bagi menyatakan minat pengambilalihan saham KDA FC.

Namun, hasrat itu seperti tidak kesampaian kerana pemilik KDA FC, Tan Sri Daud Bakar menolak tawaran berkenaan meskipun menerima desakan daripada penyokong. — Majoriti

Kalau dia ada kemampuan, sila. Boleh selesai masalah. Kita harap dia ada kemampuan. Doa-doalah dia ada kemampuan. Jangan 'scam' lah. Belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah. Macam 'scammer' tak bagus lah.

nape sanusi ckp mvm ni?? dsat group ckp ape sampai sanusi label dia scam?
 
nape sanusi ckp mvm ni?? dsat group ckp ape sampai sanusi label dia scam?
Rasanya Sanusi xder tuju pada DSAT pun, dia ckp secara umum.

Bkn x pernah terjadi pun, scammer saja nk raih perhatian. Team Perlis dah pernah kena scam dulu, masa tu siap borong Safee Sali, Piya, dan nk beli Akhyar Rashid dari Kedah.
 
klu baca balik bukan teguran umum ..sanusi sebut "dia"

------
Kalau dia ada kemampuan, sila. Boleh selesai masalah. Kita harap dia ada kemampuan. Doa-doalah dia ada kemampuan. Jangan 'scam' lah. Belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah. Macam 'scammer' tak bagus lah.
 
Back
Top
Log in Register