BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Drebar bas ekspres dituduh ambil morfin

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Bentong: Pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan tiga penumpang terbunuh di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, tengah malam Jumaat lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, bagi menghadapi tuduhan menggunakan dadah jenis morfin.

Bagaimanapun tertuduh, Wan Khairul Efendi Wan Mustapa, 39, dari Kubang Kerian, Kelantan, tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Md Nor.


Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan morfin selepas hasil ujian air kencingnya di Hospital Bentong pada jam 10.30 pagi, 12 April lalu, menunjukkan dia positif menggunakan dadah berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu turut ditemani isteri serta saudaranya sepanjang prosiding berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Anuar Afindi, manakala tertuduh diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 namun tertuduh merayu jumlah jaminan dikurangkan atas alasan perlu menyara isteri serta lima anaknya yang masih bersekolah.

Mohd Isa membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Mei depan untuk tarikh sebutan semula kes.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, tiga penumpang terbunuh termasuk sepasang suami isteri, 10 cedera parah manakala 55 lagi penumpang cedera ringan.

Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dengan membawa seramai 68 penumpang.

Bagaimanapun, Wan Khairul Efendi ditahan semula selepas prosiding semalam mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membantu siasatan berhubung kemalangan terbabit.

pix_gal1

Foto
WAN Khairul dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Bentong selepas dikenakan pertuduhan, semalam.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Drebarbasekspresdituduhambilmorfin/Article/index_html
 
jgn bg muka..denda maksimum jer..menyusahkan org lain..
elok buat roadblock urin abis driver bas express ni..bw kat bentong ni semua mcm setan laju
 
ada ke bawak bas g ambik morfin ....

mmg lena masuk parit la jwbnya....
 
syarikat patut kena humban masuk jail skali. gagal memastikan pekerja bebas dadah.
 
Dah terjadi..baru nak fikir pasal anak isteri. Apa boleh buat.
 
kepala dah sedap bwk bas masuk parit la..
 
Pemamdu bas ni selalunya dapat tips dari 'trip' atau kekerapan bas di bawa. Jadi kemungkinan pemandu bas ni amik dadah untuk mengelakkan diri dari mengantuk atau tidak rasa lesu. Satu cara jalan pintas yang merbahaya. Saya pernah bertanya kepada pemandu bas ketika jadual bas padat, apa mereka buat? Jawab mereka..bas takkan rehat. Sampai destinasi B, amik penumpang dan pergi ke Destinasi A. Ulang laa begitu..time rehat hanya berlaku ketika tukar driver.
 
Back
Top
Log in Register