BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Drama terbaru - Kalkulator ku dicampak kamu

cikgu ni nk hiburkan hati semua orang... serius moment best ni...hahahahahaha
 
Peh ada harapan budak ni.
Cekgunyer pun pekat kole kangsornyerr
 
lakonan ke? mcm real punya situasi ni
 
sib baek kalkulator tu berfungsi balek..klu tidak...masak la kau budak kelling...hahahaha
 
Bagus budak ni nak mempertahankan hak dia.

:)cgrock

Semoga anak saya boleh jadi kuat dan tegas macam budak ni bila dah besar.

Baru orang takut nak buli. :)
 
Menangis ketakutan selepas dituduh jatuhkan kalkulator

pelajar.jpg


PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah tidak dapat menahan ketakutannya lantaran terus menangis selepas digertak seorang pelajar perempuan gara-gara dituduh menjatuhkan kalkulator miliknya.

Aksi mereka yang dirakam di sebuah sekolah dan menarik perhatian netizen selepas menjadi viral di laman sosial dan dianggap sebagai sesuatu yang melucukan.

Dalam rakaman itu, pelajar wanita berkenaan meninggikan suara kepada pelajar lelaki berkenaan yang didakwa membulinya.

“Saya kena meninggikan suara sebab mempertahankan hak saya.

“Dia yang jatuhkan kalkulator saya tanpa sebab!,” kata pelajar perempuan tersebut ketika disiasat oleh guru disiplin di sekolah berkenaan.

"Adakah saya buat tuduhan? Adakah? Adakah ya atau tidak? Tidak.. :eek:

“Pengaruh drama tv3 banyak sangat adik ni. Dialog tersusun macam dalam skrip. Part marah. Dia marah kaw-kaw.. Part cakap dengan cikgu, intonasi suara rilex jer.. Pandai dia mainkan watak… Hahaha,” komen seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Pantai Pasir Berdengung.

“Dia tahu bila dia patut marah…dan bila dia bercakap dengan hormat pada gurunya…tahniah adik ni dan ibu bapanya..bahasanya bagus!!!,” komen Salbiah Sujah di ruangan yang sama.

Sementara seorang lagi pengguna Facebook, Salbiah Sujah memberikan komen;

“Dia tahu bila dia patut marah…dan bila dia bercakap dengan hormat pada gurunya…tahniah adik ni dan ibu bapanya..bahasanya bagus!!!,” ujarnya.

Berdasarkan rakaman audio, pelajar lelaki itu memanggil pelajar perempuan berkenaan dengan penggilan kakak.

Dia bagaimanapun tidak mengaku terhadap tuduhan yang dilemparkan ke atasnya itu.


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...etakutan-selepas-dituduh-jatuhkan-kalkulator/
 
budak ni boleh jd peguam....
" Adakah saya buat tuduhan? Adakah? Adakah ya atau tidak? Tidak.. "

"saya nak awak mengaku didepan semua cikgu yang awak jatuhkan KALKULATOR saya!!'

tang kalkulator tu aku dah gelak....... :eek:
 
budak pompuan ni klu dh besor keja polis soal siasat penjenayah mau terkencing kena jerkah :)):)):eek:
 
Back
Top
Log in Register