BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr Mahathir Akan Duduk Di Blok Pembangkang

lelabah

Super Active Member
gem
Messages
5,779
Joined
Nov 2, 2007
Messages
5,779
Reaction score
927
Points
121
1587396216283.png



Dr M akan duduk di blok pembangkang
Diterbitkan Hari ini 7:02 pm

Dikemaskini Hari ini 7:11 pm


Sejarah akan tercipta pada 18 Mei ini apabila Dr Mahathir Mohamad akan duduk di blok pembangkang ketika sidangan Dewan Rakyat bersambung semula.

Perkara ini disahkan oleh dirinya sendiri dalam satu kenyataan kepada The Star. Dr Mahathir akan menjadi bekas perdana menteri kedua yang duduk di bangku pembangkang. Sebelum ini Najib Razak menjadi bekas perdana menteri pertama yang berbuat demikian.

Ini juga adalah kali pertama anggota dari parti yang sama tetapi duduk di kedua-dua blok yang bertentangan.

Mahathir menjelaskan bahawa Bersatu - dengan dirinya sebagai pengerusi - kini terbelah dua.

"Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

"Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan," katanya.
Pada 24 Februari lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH dan akhirnya Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri baru, dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen Bersatu dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang.

Mengenai pemilihan ketua pembangkang, Mahathir berkata bahawa beliau tidak akan merebut jawatan itu.

Katanya, ini akan diputuskan oleh ahli parlimen pembangkang dan ahli parlimen Bersatu di blok pemangkang akan menerima sesiapa yang dilantik sebagai ketua pembangkang.

 
terbaik!! akhirnya mahathir berjaya menjadi ahli parlimen pembangkang, usaha berpuluh tahun dlm politik akhirnya membuahkan hasil.. gunakanlah pengalaman berpuluh tahun sbg kerajaan utk meningkatkn prestasi pembangkang malaysia agar dpt terus menjadi pembangkang profesional sekurang2nya 60 thn lg.. tahniah dan teruskan usaha..
 
1587396216283.png



Dr M akan duduk di blok pembangkang
Diterbitkan Hari ini 7:02 pm

Dikemaskini Hari ini 7:11 pm


Sejarah akan tercipta pada 18 Mei ini apabila Dr Mahathir Mohamad akan duduk di blok pembangkang ketika sidangan Dewan Rakyat bersambung semula.

Perkara ini disahkan oleh dirinya sendiri dalam satu kenyataan kepada The Star. Dr Mahathir akan menjadi bekas perdana menteri kedua yang duduk di bangku pembangkang. Sebelum ini Najib Razak menjadi bekas perdana menteri pertama yang berbuat demikian.

Ini juga adalah kali pertama anggota dari parti yang sama tetapi duduk di kedua-dua blok yang bertentangan.

Mahathir menjelaskan bahawa Bersatu - dengan dirinya sebagai pengerusi - kini terbelah dua.

"Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

"Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan," katanya.
Pada 24 Februari lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH dan akhirnya Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri baru, dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen Bersatu dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang.

Mengenai pemilihan ketua pembangkang, Mahathir berkata bahawa beliau tidak akan merebut jawatan itu.

Katanya, ini akan diputuskan oleh ahli parlimen pembangkang dan ahli parlimen Bersatu di blok pemangkang akan menerima sesiapa yang dilantik sebagai ketua pembangkang.

rasanya kena game lagi puak puak pembangkang ni...huhuhuh
 
moga Tun M terus suksess dlm politik.. DUduk di kerusi pembangkang, tapi bukan anggota PH.. Bijak2 Tun M...
 
PH mesti serba salah, Tun bukan kalangan dorang, tapi kena ikut kata Tun.
 
Terbaiklah tun..kami setuju..barulah kerajaan PN bertambah intergriti..yg betul kita sokong..
 
PH mesti serba salah, Tun bukan kalangan dorang, tapi kena ikut kata Tun.

tak perlu pun ikut kata tun.. bersatu dah keluar ph.. so automatically tun pun dah keluar ph.. cuma maybe tun mesra ph je.. so utk parti komponen ph.. takde keperluan utk menurut or setia dgn tun pun..
 
kesian kek atuk, dh tuo2 pun masih susah payah laie kojo utk rakyat & negara.

semangat apo yg ado dlm diri atuk? kuat betul smangat dio

klu den dh pencen baik dok rumah rehat2 berkebun main2 cucu & lepak2 surau masjid dengan geng KPOP


KPOP = kuliah pengajian orang2 pencen

ekekkekkeke
 
Tun Mahathir Bakal Dipecat Dari Bersatu?

NASIONAL BERITA UTAMA
a14e286606b472c4b193331b2268f43d.jpg

By Khairul Anuar

21/04/2020

Kuala Lumpur – Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan bakal berdepan dengan tindakan di pecat dari parti itu kerana di anggap melanggar disiplin.

Menurut sumber parti itu, ia ekoran dari kenyataan Tun Mahathir yang memilih untuk duduk di blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat 18 Mei ini.

“Keputusan Tun Mahathir itu bermakna beliau sudah dianggap melanggar disiplin parti di mana sebelum ini Bersatu sudah pun membuat keputusan untuk meninggalkan PH (Pakatan Harapan) untuk bersama-sama dengan PN (Perikatan Nasional) bagi membentuk kerajaan baru.

“Sehubungan itu, Lembaga Disiplin Bersatu yang dipengerusikan oleh Megat Najmuddin Megat Khas dijangka akan mencadangkan dalam waktu terdekat kepada parti agar tindakan disiplin diambil terhadap Tun Mahathir.
“Tindakannya mungkin dipecat atau digantung keahlian,” ujar sumber itu.

Semalam bekas perdana menteri itu dalam satu kenyataan kepada The Star berkata akan menjadi bekas perdana menteri kedua yang duduk di bangku pembangkang.

“Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.
“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota Pakatan,” katanya.

Sebelum ini Najib Razak menjadi bekas perdana menteri pertama yang berbuat demikian.
Pada 24 Februari lalu, Bersatu menarik diri dari PH sementara Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Ini membawa kepada kejatuhan kerajaan persekutuan PH dan akhirnya Muhyiddin Yassin diangkat sebagai perdana menteri baru, dengan sokongan sebahagian besar anggota parlimen Bersatu dan semua wakil Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Sekumpulan kecil anggota parlimen yang dipercayai masih setia kepada Mahathir akan bergabung dengannya dengan duduk di bangku pembangkang.

Mengenai pemilihan ketua pembangkang, Mahathir berkata bahawa beliau tidak akan merebut jawatan itu.
Katanya, ini akan diputuskan oleh ahli parlimen pembangkang dan ahli parlimen Bersatu di blok pemangkang akan menerima sesiapa yang dilantik sebagai ketua pembangkang. – SuaraTV
 
Back
Top
Log in Register