kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
MUNYONYO (Uganda): Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan Pas untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat sebagai tidak ikhlas dan bermotifkan politik.
Beliau berkata ini kerana pemimpin mereka hanya berusaha untuk memperkukuhkan Pas dan bukan memantapkan Barisan Nasional (BN).
"Saya tahu kerana saya sudah melalui pengalaman ini. Dalam skim Felda kita masukkan orang Umno, dan selepas pemimpin Pas (allahyarham Tan Sri Asri Muda) jadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Felda, semua orang Felda cenderung menentang kita.
"Sebabnya mereka kempen untuk Pas dan bukan untuk kerajaan," katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri sesi hari pertama Dialog Perkongsian Pintar di sini.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat dan melupakan sengketa politik demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.
mymetro online news.