BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak benar belia tak hargai merdeka, kata Dr M

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

Tak benar belia tak hargai merdeka, kata Dr M​

67237be0-ff18-4843-90bc-d9df004a89ca-mahathir-mohamad-fb-010926.jpg

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau melihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India hadir menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam. (Gambar Facebook)

Katanya, beliau melihat rakyat berbilang kaum hadir menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan semalam.

“Tak benar sangkaan kononnya anak muda tidak hargai merdeka,” kata negarawan berusia 101 tahun itu dalam catatan X.

“Saya lihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India dalam barisan pemerhati. Muka mereka ria dan jelas mereka sedang sambut kemerdekaan seolah-olah mereka baru merdeka selepas dijajah.”

Beliau berkata, semangat yang dimiliki belia itu akan memelihara negara dan “tidak ada yang lebih mulia daripada mempertahankan negara tercinta”.

Mahathir berkata demikian susulan kebimbangan disuarakan generasi lebih tua terhadap tahap patriotisme dalam kalangan belia.

Bekas pegawai Cawangan Khas, Paul Kiong, dalam wawancara dengan New Straits Times baru-baru ini menggesa Gen Z mengingati keamanan dicapai melalui “peluh dan darah”.

Kiong yang menghabiskan enam tahun menyamar dan menyusup ke dalam Parti Komunis Malaya, turut menyeru generasi muda kekal bersatu sebagai sebuah negara.
 
Back
Top
Log in Register