BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dr M puji usaha Najib

Sukakulah

Fun Poster
Messages
180
Joined
Nov 6, 2007
Messages
180
Reaction score
0
Points
10
KULIM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau gembira dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana mempraktikkan ciri pentadbiran yang memenuhi kehendak serta kepentingan rakyat dan negara.

“Saya sudah beberapa kali menemui Najib sejak beliau mengambil alih kepemimpinan negara dan rasa senang dengan cara beliau mentadbir sehingga kini,” katanya ketika berucap pada program Mesra Rakyat anjuran bersama Umno Bahagian Padang Serai dan Yayasan Pembangunan Insan Pulau Pinang di sini, malam kelmarin.

Beliau berharap Najib meneruskan tradisi bekerja dan berjasa kepada rakyat.

Dr Mahathir berkata, beliau yakin krisis dalaman membabitkan beberapa parti komponen Barisan Nasional (BN) akan selesai sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Katanya, pemimpin parti itu sedar penyelesaian segera pergeseran dalaman akan menjamin masa depan BN kembali cerah untuk menang pilihan raya akan datang dengan majoriti lebih baik.

Dr Mahathir berkata, pemimpin yang bertelagah sedar mereka tidak ada pilihan kecuali berbaik semula.

Katanya, rakyat Malaysia harus bersyukur kerana pembangunan dalam pelbagai bidang sejak Merdeka hampir 53 tahun lalu banyak mengatasi negara lain di dunia yang merdeka dalam tempoh sama. - Bernama
 
setuju laa..sbb pak jib nak masukkan balik anwar dlm penjara..
 
nampak sangat kot tun masih memerintah dia pasti akan buat apa yang najib buat
 
ok la tu..

lagipun tun M nih banyak pengalaman memerintah..

jadi elok ambil nasihat dan pelajari pendekatan yang beliau gunakan..yang elok2 jelah..:)

yang baik jadikan tauladan, buruk jadi sempadan..
 
bapak jews mmg setuju la dgn anak jews xkan setuju dgn anak muslim kot
 
puji yer puji aa makna tu.... hehehe ;)
 
Dulu, Dr. M pon bukan main puji Anwar ......seperti bapak dgn anak.
 
Back
Top
Log in Register