BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Double stemcell phytoscience Dapat Sijil Halal Indonesia.

apa pendapat anda


  • Total voters
    0
apa-apa pun cina yang punya bisness...
 
Hehehe apasal amk indon? Indon sendiri tak leh jamin makanan tepi jalan die halal hahaha
 
Isu HALAL antara IFRC Asia vs JAKIM : Suatu analisa
Posted by zaza haruno at 6:24 AM

Jom baca sama2..

Sepertimana regulation & dasar perundangan negara yang mana belum secara jelas atau clear menetapkan standard piawaian halal itu dikuasai atau dimonopoli JAKIM semata-mata. Ini kerana piawaian atau standard itu sendiri sebenarnya ada banyak kriteria yang perlu dipatuhi.

Tak semestinya JAKIM sahaja yang menjadi pihak berwajib mengeluarkan logo halal ini kerana ada juga pihak lain yang diiktiraf oleh pihak antarabangsa seperti World Halal Council (WHC) boleh beroperasi di mana-mana negara Islam. Oleh itu jelas negara kita perlu membuka pintu bagi mana-mana pihak yang mempunyai pengalaman dan kepakaran halal ini menyebarluaskan lagi satu perjuangan untuk ummat Islam seluruh dunia.

Oleh itu adalah lebih baik secara adil, IFRC atau Islamic Foods Research Centre wajar kita teliti kemampuan dan pengalamannya selama 15 tahun pengasasnya terlibat dalam penyelidikan halal di Malaysia & Antarabangsa.

Kelebihan IFRC Asia :
Satu badan piawaian standard halal di Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa World Halal Council pada tahun 2007. Boleh lihat sijil pengiktirafan WHC bagi IFRC.

IFRC – ASIA is one of the international halal certifier operating in Malaysia. It was established in 2002. So far it issues certificate for more than 700 companies in Malaysia and almost 20 companies in China. It strictly follow the guideline of halal as set by Malaysia, Singapore and Indonesia. This guideline appears in the Codex Alimentarius (1997). That has been approved by all Muslim countries in the world. This includes the standard of halal slaughter, halal food, halal cosmetics and halal usable goods.

IFRC Halal Certification are true and legal based on Malaysia Standard (MS 1500:2004), Halal Food-Production, Preparation, Handling and Storage-General Guidelines (First Revision) and Trade Description (Use of Expression “Halal”) Order 1975 and Trade Description (Marking of Food) Order 1975.

Pengasas IFRC adalah Hj Abdullah Fahim iaitu bekas Pengarah Bahagian Penyelidikan JAKIM yang merupakan 'mastermind' kepada logo halal JAKIM dari 1993-1998. Beliau juga aktif di arena antarabangsa terutamanya IFANCA pada tahun 2001 sbg wakil Asia Tenggara.

Oleh itu tidak hairanlah kalo mastermind utama bahagian penyelidikan halal JAKIM telah menubuhkan IFRC Asia untuk memberi peluang perkhidmatan piawaian halal pada ummat Islam seluruh dunia dan bukannya terhad di JAKIM atau Malaysia sahaja.

Cik Zaza merasakan ummat Islam di Malaysia perlu terbuka dalam mendapatkan maklumat penting sebegini dan bukannya berharap pada institusi atau jabatan kerajaan semata-mata. Kita berhak untuk membuka mata bahawa potensi halal di Malaysia dan luar negara begitu besar sekali. Industri halal hub adalah cukup hebat, oleh itu bagi mereka yang punya kepakaran, ilmu, pengalaman, modal adalah dituntut untuk menyumbangkannya kepada maslahah ummat.

Cik Zaza harap tiada lagi kekeliruan ttg IFRC vs JAKIM kerana kedua-duanya menjalankan fungsi piawaian standard halal. Malah pengasas IFRC adalah mastermind utama bahagian penyelidikan halal JAKIM dan sbb itulah ia cukup mantap, penuh pengalaman dan kepakaran tahap antarabangsa dan bukannya sekadar di JAKIM, Malaysia semata-mata...

Jom kita tengok pulak apa kata IFRC mengapa mereka tidak diiktiraf JAKIM. Terang lagi Jelas sebab FAKTOR PERSAINGAN.. petikan yang sangat memeranjatkan Cik Zaza sebenarnya..

"Pengarah BLSB, Abdullah Fahim A Rahman, berkata keadaan itu berlaku berikutan dasar JAKIM yang tidak mahu mengiktiraf BLSB kerana faktor persaingan walaupun mereka bersedia menerima apa juga syarat jika dimasukkan dalam senarai badan diiktiraf JAKIM. Katanya, di Malaysia hanya IFRC saja berdaftar sebagai ahli Majlis Halal Sedunia"


Tau tak apa isu IFRC ni?

Abdullah Fahim bekas Pengarah JAKIM. Takde isu kat situ. Dia well-verse dgn pensijilan Halal Malaysia. Takde issue knowledge kat situ.

Yang isunya:
IFRC ni company kecil, staf tak sampai 10 orang. Aku pernah check databse dia masa tahun 2008-2009 dulu, ada lebih 300++ company dah dapat pensijilan halal bawah dia. Database tu pun dah takde.

Kalau ikut logik, macam mana penguatkuasaan dia? Macam mana etika audit dijalankan? Sedangkan JAKIM pun tak cukup tangan. Itu pun dibantu JAIN.

At least, sekarang ni food company ada Halal Exec masing-masing. Ringan sikit beban JAKIM.
 
Kalau dah dapat sijil halal MUI, Alhamdulillah. Sijilnya pun diiktiraf JAKIM. Takde issue pun.

YANG ISUNYA:
Kredibliti: Kau dah tau dia pernah tipu, kau tetap gak nak jual? Kalau kau beragama Islam, selama ni ko tipu orang Islam sendiri.

Jangan salahkan pengguna kata kenapa tak check dgn JAKIM. Tapi sebagai penjual, kau tak rasa tanggung jawab ke nak lampirkan surat pengesahan halal dari JAKIM? Bila dah start orang siasat, mula-mula kau kata sijil dah expired. Bila orang dig lagi kes kau, rupanya tak pernah dapat pun. Cuma no. surat je. Siap kantoi guna logo SIRIM lagi.

Jadi aku nak tanya kau sebagai penjual produk ni, mana kredibliti produk ni? Tuan punya produk ni tipu sana, tipu sini, kau pun nak ikut gak? Kau sendiri sebagai orang Islam meperkotak katikkan sijil halal yang orang Islam percaya. Bila orang cakap, kau kata nak rosakkan bisnes orang Melayu..

*Sori TT, 'kau' di atas bukan untuk TT. Tetapi untuk penjual yang tak berilmu dan beriman.

biasanya kalau jadik macam ni kebanyakan adalah ahli2 yang dah masuk n join DAN dah invest sejumlah wang utk niak pangkat. Bila dah busuk product/company, mula takut la xboleh jual barang. So ikut kauorg la nak jual benda haram or kena bambu kat bakal potential ahli....
hahahahahaha
 
boleh ke stem cell tumbuhan leatak kat manusia kemudia bina stemcell manusi..pelik hairan bin ajaib
 
kt indon pon ade separuh halal.. kah kah kah
 
MUI boleh dapat ek? laju gak tu
bos aku kilang kat jakarta tak dapat2 lagi
kilang sini pun dah dapat halal jakim walau dua tahun

kalau kilang asal sana mmg dia mintak sana dan jakim iktiraf disini
tapi pakai logo MUI la
kalau nak logo jakim kena sponsor pegawai mengaudit kilang sana
nak lagi best dua2 logo halal dia dapat
 
Back
Top
Log in Register