BTC USD 81,576.8 Gold USD 4,088.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dosa-Dosa & Facebook-Ustaz Zaharuddin

byk keburukan dari kebaikan.. sng nak nampak kelemahan org kat facebook ni.. mmg facebook ni bleh mengurangkan produktiviti pihak kerajaan atau pihak swasta.. bek layang CG byk info bisnes dpt kat sni..
 
tq tt
memang kebaikan kita selalu nampak..sebab tu ramai yg join..
tapi kelemahan xberapa ramai tg nampak..
 
terima kasih kongsi berkenaan facebook :)

ni juga salah satu contoh akibat penyalahgunaan lama sosial:


facebo10.jpg


PELAJAR Aswara, Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, keluar dari Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas diikat jamin. Beliau didakwa secara sedar memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding...". Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Foto Sairien Nafis
Jan 18, 2010 1:45 pm

Bicara pelajar guna Facebook ancam keselamatan 1 November


PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 1 November ini bagi perbicaraan pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin, yang didakwa menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain di laman Facebook pada Januari lalu.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan selama dua hari untuk mendengar kes tersebut selepas pihak pembelaan yang diwakili Mohd Radzlan Jalaludin menerima semua dokumen yang diperlukan daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad.

Pada 18 Januari, Mohamad Tasyrif mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mohamad Tasyrif, 25, didakwa secara sedar telah memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..."

Pelajar tahun pertama jurusan perfileman itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 Januari lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register