BTC USD 85,545.6 Gold USD 4,346.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Domain .ML dilancar

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
KUALA LUMPUR: Dot ML, syarikat pembekal domain, meramalkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah antara dua hingga tiga juta pengguna Malaysia yang akan mendaftar untuk domain .ML.

Ketua Pegawai Operasi, Jeremie Godreche berkata, pemilikan sifar kos dan pendaftaran yang cepat untuk domain berkenaan adalah beberapa strategi untuk menarik 20 juta pengguna online Malaysia.

"Dengan .ML, pengguna dan PKS boleh meningkatkan promosi perniagaan mereka. Tempoh penggunaan untuk nama domain itu boleh mencapai 10 tahun, bergantung kepada keperluan pengguna," katanya.

Godreche berkata demikian selepas pelancaran domain .ML di sini, hari ini.

Mereka yang berminat untuk mendaftar untuk domain percuma itu boleh berbuat demikian di www.dot.ml.

Dot ML adalah anak syarikat Freenom, sebuah syarikat Belanda, menubuhkan .ML dengan Agence des Technologies de Information et de la Communication (AGETIC), sebuah organisasi infrastruktur dan komunikasi kerajaan berpangkalan di Mali. - Bernama


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31294#sthash.ecMWLzzn.dpuf
 
Back
Top
Log in Register